Friday, October 23, 2009

AKU KAH MEREKA

21 hingga 23 Oktober, aku bertugas sebagai urusetia di konferensi antarabangsa anjuran institut. Membuat kerja-kerja buruh kasar yg seperti kebiasaan dan bersyukur diberi tinggal dan makan minum di hotel mewah di tengah ibukota Kuala Lumpur. Untungnya hotel tengah kotaraya ini ialah view adalah sangat cantik terutama malam hari. Andai di hotel2 kawasan pantai, kalau namanya bilik complimentary pastilah view sekadar bumbung parking.


Post ini bukan ingin bercerita tentang kerja2 di konferensi ini. Tapi sekadar ingin bercerita betapa beruntungnya aku bekerja bersama orang-orang berilmu tinggi. Bukan semua orang boleh bertemu secara langsung dengan mereka ini tambahan orangnya hanya seperti aku ini. Aku sendiri jauh dari faham apa sebenarnya bidang mereka ini selain dari dasarnya - mereka ini pakar dalam sains matematik.


Berjumpa dan berbual sesekali dengan mereka sebenarnya membuatkan aku semakin tahu manusia ini dinilai oleh mata kasar (aku) bukan sahaja dengan ilmunya, malah tingkah lakunya. Beratus malah mungkin sudah beribu kini aku bertemu dan berurusan dengan mereka2 ini sejak bertugas dari tahun 2004, ada berjuta pula keletah dan gelagat mereka.


Lantas, apa kesimpulannya bagi orang yang tidak tahu seperti aku? Cerdik tapi tidak terletak pada akal? Cerdiknya nun letak jauh di langit tinggi hingga tak nampak langsung tanah tempat kaki berpijak sehingga terpijak pula kaki orang lain. Perasan ilmu tinggi tapi tak sedar konsep lagi banyak ilmu yg dipelajari, bertambah banyak lagi yang kita tak tahu? Ilmu manusia ibarat setitis air di lautan bagaimana pula?


Aku setuju dengan diri sendiri, penyamun tak semestinya kurang ajar; orang bodoh tak semesti tak tahu, orang buta selalunya nampak dan pencuri pun ada yang memberi kembali. Kadang-kadang umur baru setahun jagung (aku tak pasti sama ada jagung boleh berjangka hayat sehingga setahun), sudah bercakap lagak bagai seusia dengan dunia. Keringat belum tumpah tapi sudah lencun berpeluh busuk satu badan. Langkah baru setapak tapi jatuh sudah berkali-kali kerana jalan mendongak. Cakapnya banyak tapi tiada yang boleh pakai. Bila menjawab panjang menjela tapi jawapannya salah belaka. Jadi agaknya aku yang tidak tahu ini nak letak mereka di mana?


Aku tidak tahu. Kalau aku tahu pun mungkin orang tak percaya aku tahu. Dan aku tak rugi apa-apa. Cuma di akhir hari selalunya aku tetapkan satu sahaja; berkat hidup aku kalau berkhidmat untuk orang berilmu. Mulianya tugas aku memberi kemudahan bagi orang- orang yang berilmu. Jangan banyak cakap kerana aku ialah orang yang tak tahu. Aku sudah cukup beruntung kerana berada dalam lingkungan itu. Garis sempadan tetap ada walau sehalus sehelai rambut yang dibelah tujuh.


Terima kasih kepada bijak pandai yang membawa aku yang tidak tahu ke dalam duniamu!

6 comments:

myQza said...

berkawan dengan prg yg kurang cerdik juga banyak ilmu yang kita dapat belajar. :)

tinggi ilmu atau rendah kedudukan.. masing punya kelebihan dan kekurangan :)

Pok Li said...

banyak yang kita pelajari samada berkawan dengan yang cerdik dan kurang pandai. Berilah perhatian

imHepPie said...

aku mmg suka duduk hotel mewah mkn free haha

Rasaksa Mini said...

hehe. best entry ni. menusuk kalbun.hahaha.

Miss FZ said...

meaningful la k.zah..hehe.lagi pulak pekataan bombastik artistik punyer.hehe.

bungacahaya said...

sI tEDI, Pok Li & imHepPie : Thanks for the comment. Kisah kerja saya di kalangan manusia ilmuwan.

rasaksa & fanadz : korang paham la kisah ni ek...kerja kerja kerja....