Friday, July 31, 2009

PRPI 2009 vs H1N1 @ UPM

Hari ini Jumaat...payah la nak jadi blogger tegar ni. Last post Ahad lepas. Huh! Tak sesuai tau. Bukan sebok mende pun. Sebok main game hohohohohoo. Anyway pengumuman for today - HARI NI AKU CUTI!!!!!!! Tu la yg pepagi buta dh melangut depan pc nih. Sambil main game kikikikiki....

So start ngan Monday...takdak apa la kannnn. Standard ar Monday blues. Pegi keje settle kan preparation PRPI; termasuk la tampal poster kat dewan besar. Tahun ni ada 22 poster from us. Stay kat opis print out all the posters dlm size A4 utk hand out. Kul 8 pm kot baru balik.

Tuesday... appointment kat sepital serdang. Sambil menunggu, membelek-belek senarai penyertaan PRPI dn sms gud luck to all (poyos kan?). Juga melayan sms & call Ida yg jadi mangsa keadaan kat dewan tu (nak wat camner hang kan Sukarelawan Negara!). Tunggu lama jumper doc 15 minit je. Tu pun borak2 cam kat kedai kopi. Hampesss. Next Thursday kena amik darah plak. Balik Ita amik ngan Situt tp tapau makanan kat kafe sepital dulu then terus ke dewan. Takde apa dah masa tu sebab dah tengahari. Sekali khabar angin bertiup kencang kata semua kena clear - UPM shut down coz HINI. Ha? Alaaaa tak bestnyer...... PRPI sehari jek. Busannn la. Dah la tahun ni takde pameran apa pun. Yg ni pun sehari je. Gamaknya takde bintang langsung la aku tahun ni. Apa pun...clear gak la. Terus cabut poster2 tu ngan barang2 pameran lagi. Sekali lagi tocei la Ida ngan Ita...anda berdua je la kannnnnn. Ishhh..ishhh..ishhh...hampes tul.

Rabu...nothing special. Pegi keje balik keje. Malam umi ngan adik-adik gua datang melantak makanan yg ofkos umni yg masak. Aku siapkan air je (air suam - jaga kesihatan anda okeyyy).

Khamis...Pagi takdok aper la. Cam biasa je. Petang seriau tunggu result PRPI (sekali lagi ciri2 poyo pada aku ngan Ida). Beriya je tunggu depan pc tgk web RMC. Sekali lepas 4 pm baru kuar result. Heheheheheh spt dijangka institut kitorang tak pernah terlalu kecewa. Out of 22, 20 dapat medal. So lebih kurang 90%. Statistiknya; 5 gold, 11 silver and 4 bronze. Huhuhuhu sungguh excited! Yo la dh tahun ni hapa medal pun takdak. EncikDeen-yg-rajin-dan-pandai-buat-senarai tu telah mempersembahkan result pada Dato' Pengarah. Komen beliau idak la aku tau. Dok kesah ponnnn..... janji keje aku dh selesai.

Today...Jumaat aku cuti. So nnt2 la kalau rajin aku update. Anyway malam nih gerak Penang konvoi beramai-ramai. Adussss sungguh koyakz.

Refer to tajuk - ye UPM telah mengawalkan cuti semester kerana H1N1. Tapi student je la.... staff keje cam biasa...tapi sumer bekerja as doktor bedah la. hahahahah.

PEACE

No comments: