Dan tahun 2008 aku mula semula berblog. Thanks to the owner of this blog. Dia ni SO kat opis aku. Tak rapat pun ngan dia...sebab tak berurusan secara langsung ngan dia.Tapi pernahlah sembang sekali dua. Aku tak ingat macam mana aku boleh terjumpa blog ni tapi rasanya pastu aku cam makin suka jer ngan dunia blog ni. Ye...blog aku adalah gabungan roti canai + nasi lemak paru + char kuey teow + kopi old town + BigMac + cendol pulut + sushi. Maknanya bukan cerita pasal makanan tapi amatlah cacamarba. Takde halatuju pun. Sukati aku nak tulis ker...nak kopipes ker...nak letak bling2 ke...nak wat sajak ker...nak letak gambar ker...sukahati aku la kan. Tapi most of the entries...cerita pasal keje la kan. Yela...kalau ada anak, org cerita la pasal anak. Kalau suka memancing orang cite la pasal memancing. Kalau ada bisnes, depa letak la citer pasal bisnes depa kan. Yerrrr...aku telah berjumpa dengan berbagai umat manusia dalam dunia blog ini. Dan mereka ini amatlah kreatif.
Setelah dekat2 setahun aku berblog, baru lah aku "ter"jumpa blog2 yg aku kenal tuan empunyanya...ye lah kawan2 di opis la mostly. Mungkin sebelum ni diorg tak open to public kot. Dunno la and I tak kesah pun. So jdlah satu cara berhubung dan mengetahui gosip2 secara sengaja dan tak sengaja. Hehehehehehe... Dan antara komen terawal yg aku dapat dalam blog ini amatlah mengejutkan. Komen dari blogger ini ttg entry aku yg ini. Dan selepas itu aku jd pengikut blog ini. Kepada yg berminat dalam bidang Fizik silalah layari blog beliau.
Aku bukanlah org yg banyak cerita. Hidup aku mudah jer...sebagai isteri, anak, pekerja and ofcos hamba Allah. Aku suka jd org yg disukai (tp aku tak kesah pun kalau org tak suka aku). Kawan mungkin...sahabat? payah sikit la...besfren?no..no..no..Tak biasa la ada besfren (tak pernah pon). Setengah org dah tau...aku adalah sangat suke lost contact. Reunion & gathering bukan dalam kamus hidup sosial aku. Aku suka jumpa org baru..jahat/baik bukan ukurannya. Bijak atau tidak pun aku tak peduli.
My personal life?
Aku dan Encik Anuar ialah 2 org yg sgt berbeza tetapi tetap ada persamaan. Ye surely kalau yg kenal kami tahu aku lebih outspoken dari dia (ini agak tak baik yer kawan2ku). Dia adalah seorang yg softspoken (sebelum kawen aku rasa dia kategori tanam tebu di bibir...huhuhuu). Dia suka muzik (korang tau SareGamaPa? tu pun dia tgk tau), aku suka membaca. Dia suka warna-warni aku suka itam putih. Dia sangatttttttt metrosexual ok....manakala aku sgtttttttt celomot. Dia mencuci muka sekali siap ngan toner pelembab bagaiiiii...aku kalau ada sabun mandi pun ok jer huhuhuhu. Dia di depan cermin 20 minit...aku tak tgk cermin pun. Dia sangat sabar aku sangat kurang sabar (ini pun tak baik tau). Tetapi kami sangat bahagia alhamdulillah dah kawin 6 tahun pun. Anak? jawapan standard...lom ada rezeki.... Ada kesah yg aku masih dlm perancangan utk tulis tetapi aku rasa cam over plakkk. Takpe la nnt2 la kot kalau ada KISAH TAK BERTAJUK EMPAT.
So...kesahnya blog aku ni dh nak dekat 2 tahun la umurnyer.....
SEKIAN
3 comments:
kita satu kapal...
Salam singgah,
Owhhh lama dah berblog:)
Salam singgah;
Owhhh lama sudah berblog:)
Post a Comment