Malam tadi aku temankan Encik Anuar ke final Golden Voice of PJ di Dewan Sivik MBPJ. Bukan sebagai peserta, tapi penonton dan penyokong kepada beberapa rakan yg jadi finalis. Sampai di sana dalam jam 8.00 malam, dewan masih kosong. Dalam buku program tertera acara akan mula jam 8.35 malam tapi sehingga lewat limabelas minit masih belum ada tanda2 mula.
Sedikit lagi jam 9.00 malam Dato' Bandar PJ tiba (aku tak kenal pun yg mana satu...sorry). Acara yg aku hadiri saban tahun ini (diadakan 2 tahun sekali) dijangkakan hambar seperti yg lepas. Ohhhhh betapa ku bosan tapi dek kerana aku dh janji dengan Encik Anuar maka dicuba juga utk have fun. Harapnya jgnlah MBPJ gunakan pengacara majlis yg sama. Lelaki yg tiada style sendiri, ikut meniru gaya Pak Nil itu memang mematikan selera aku yg tak berapa berselera.
Beberapa minit selepas jam 9, acara bermula. Yesss.....pertamanya pengacara sudah ditukar. Gandingan Sharifah Saheera (yg sarat lagi nampaknya) dan Azrol Raja Lawak. Hermmmm mujur gabungan ini aku boleh terima. Acara terus dimulakan...bagus tanpa ucapan itu dan ini spt lazim program2 agensi kerajaan.
Peserta2 memulakan dengan lagu2 pilihan sendiri (seramai 8 org rasanya). Aku dapat rasa betapa mereka ini lebih bagus dari peserta realiti TV (ini pendapat telinga aku). Tak over dari segi gaya dan persembahan serta sgt fokus pada vokal. Lupa pula barisan jurinya...bukan calang2. Cikgu Siti Hajar, Salamiah Hassan dan Aidit Alfian. Penilaian 100% dari mereka ini (rasanya sebelum ini ada menggunakan vot dari website). Cuma kategori Peserta Popular diserah pada undi awam (adil rasanya).
Untuk 2nd round peserta menyanyikan lagu wajib dari zaman 60an - 80an. Agak malang bagi peserta2 yg dapat lagu2 lama yg tak popular (mungkin Salamiah Hassan je yg tau). Fokus mereka ini hilang. Tetapi bagi 2 kenalan Encik Anuar iaitu Hakim dan Dayana, mereka dapat lagu popular yg evergreen. Nampak macam kelebihan di situ.
Sepanjang program diselang-selikan dengan persembahan 3 peserta Raja Lawak yg sgt talented; pandai menyanyi dan melawak. Dan yg paling best ialah kemunculan Ali XPDC setelah sekian lama. Memang ROCK! Best betul dapat dengar semula lagu Semangat Yang Hilang dan Bunga Angkasa (semasa dia dalam Terra Rossa) from the original artist.
Keputusannya : Aku tak ingat sangat tapi Hakim dapat 2nd place dan persembahan terbaik (mana Bentara Guru bro...sampai last tak nampak pun makcik tu?). Buta2 je dapat RM4000 malam tu dan Dayana (Jangan Lupa Lirik dapat berapa ek?) juara Rm5000. Both of them kenalan Encik Anuar; kenalan sekaraoke tapi aku tak tau sejauh mana rapatnya diorg ni.
End at 12 a.m....kami terus balik tp tak rasa nak balik pun sebenarnya. So at last melencong ke Bazaar Malam di Kajang. Sampai rumah jam 2 am....
Ya...aku mmg tak berapa suka entri ni. Citer pasal pertandingan menyanyi? Bukan jenis aku kot.
No comments:
Post a Comment