Friday, July 10, 2009

Belated Besday Yg Terbakar dan Kek Carrot

27 Jun 2009 yg lepas aku dan beberapa org kawan telah menganjurkan satu jamuan harijadi syok sendiri bertemakan "Majlis Sambutan Hari Lahir Anak2 Bulan Jun dan Bulan2 Lain Pun Boleh Jugak" - ni Nik Afirah punyer idea la nih (tocey very much ek). Selepas berbalas e-mail rantai yg lagi beberapa je nak jadi 100 replies (korang tak caya tgk gmail masing2), makanya keputusan dibuat berkenaan lokasi, masa, menu dan persediaan2 lain.

Aku sampai di lokasi majlis dengan Encik Anuar lewat lima minit jam 6.00 petang...Masih belum ada tanda2 kehadiran jemputan2 lain tetapi tuan rumah sedang sebok menyiapkan api BBQ. Acara memasak dimulakan terus sebaik saja semua jemputan datang (jemputan masak sendiri @ selfservice laaa....). Antara menu yg disediakan oleh kami ialah :

1. BBQ (menu utama) yang terdiri dari ayam, daging, udang dan sotong.
2. Nasik goreng pandai.
3. Ikan siakap stim halia (tahniah kerana tuan rumah ada steamer).
4. Air laici.
5. Sandwich sardin dan telur.



Dan yang best bangat ialah kek karot sponsored oleh Nik Afirah serta kek lapis Sarawak yg betul2 fresh dari Sarawak.

Jadi aturcara majlis malam tu ialah dua je...masak dan makan. Diet la konon...makan selagi boley sumbat ape kesssss....Tapi memang best bangat. Agak2 kul 11 lebih gak kitorang balik tu pun sebab tuan rumah ada tetamu lain.

Ini adalah gambar yg dikopipes dari blog Mek.


Ni baru ayam tau.... 2 ekor lak tu.


Laki Ita & laki aku....


Ni la kek karot tu...ni 1st time aku mkn yg mmg betul2 rasa karot. Selalu tu kaler cam karot rasa cam butter je. TQVM Nik Afirah.


Aku segan sebenarnya....sume yg ada tu pegawai2 atasan aku kat opis (selain dari cha la kannn...). Terima kasih lah bebanyak yer from aku ini dan Encik Anuar...Aku tak rasa banyak relationship camni. So hargai kawan anda...hormati bos anda...(ala2 feeling gitu).


Disebabkan takde gambar semua, aku nak mention kat sini jemputan merangkap tukang masak dlm majlis tu...Ejard, aku + Encik Anuar, Ita + Faisal + Cha, Ida dan 2 org cik mek molek Wanie dan Nik Afirah. P/S Mu pm molek gak ida tapi mu buke oghe kelate.


ADIOS & TQVM againnn....

4 comments:

azlidaami said...

ala...xyah kak zah mention mmg owg dh tau owg ni molek, cun, n sewaktu dgn nye...insiden kbakaran xde ke?nape xmention kul brp blh ade bara tu..

bungacahaya said...

Tgk tajuk entry ler...paham2 sudah.Kuikuikuikui

afira said...

Kzah...carrot cake tu Ejard pom sponsor gak...kang kecik ati lak pakcik tu mention nama saya sorg jek kui3.. :)

bungacahaya said...

Ye ke...sowi la.Timakasih la ye...kpd yg bukan lahir bulan Jun sbb sponsor kek. Ala teringat la plak...nyum..nyum..