Wednesday, April 23, 2008

Renjis-renjis Dipilis,Ditepungilah Tawar


Musim kenduri kahwin dah tiba...menjelang Mei sehingga Ogos jemputan hampir setiap minggu.Tambahan pula sekarang ramai mengadakan kenduri pada hari Sabtu, berbanding dulu hanya menunggu hari Ahad dan cuti sekolah.Ada pulak yg mula perkenalkan budaya resepsi...majlis di dewan kadang-kala dinner bukan makan tengahari spt kelaziman.Cara hidangan sudah tentu buffet tak kiralah masaknya gotong-royong atau katerer sahaja.Penanggah?Masih ade bg yg masak sendiri,tp kalau guna katerer..pastinya semua masuk dlm pakej.Hermmmmm....mudah la,tp wangnya pun mesti kencang.

Aku yg dah melalui zaman kenduri kahwin hampir 5 tahun...macam baru jer kan?Tapi aku rasa banyak yg berbeza sekarg.Jgnkan pasal wang hantaran (aku dulu tak tinggi pun...sampai ramai org tak caya),bilik pengantin,khemah,makanan semuanya dah lain.Macam2 style ade.

Tapi di sebalik semua ni, cuma satu je point aku.Jangan sampai ade yg tertekan,terpaksa,terasa dan makanhati terutamanya keluarga kita.Bagi aku, si pengantin cukuplah menguruskan diri sendiri.Jgnlah sampai menu kenduri pun nak masuk campur...itu urusan org dapur.Dah pasti semua kerja2 kendara ni ade ketua atau kepalanya.Jgn masuk campur urusan2 tu...malah di tempat aku yg masih sedaya upaya mengekalkan budaya gotong-royong,tuan rumah pun hanya cukup sediakan keperluan belanja sahaja.Tak perlu bersusah di dapur ke hulu ke hilir kerana sudah ade yg pakar dalam hal tu.

Sesungguhnya ketika walimatul urus inilah kita rapatkan semua ahli keluarga, jiran tetangga malah musuh pun wajar dijemput ke majlis kita...seramai mana tetamu datang sebanyak itu jugalah dosa kita dibawa pulang oleh mereka.Tak perlulah ade klasifikasi...VVIP lah,VIP lah...cukup sekadar ada satu ruang mungkin bg memastikan kehadiran mereka2 ini berjalan dengan teratur.Apa salahnya buah tangan yg sama diberikan pada semua org.Inilah budaya yg kadang2 aku sendiri tak boleh nak terima.

Apa pun,zaman berubah...semoga yg baik akan terus kita kekalkan dan yang baru biarlah lebih baik dari yg sedia ada.

No comments: