Monday, December 31, 2012

Amar Hafiy


Budok nih lom appear dlm blog ni lagi....dh besar ponnn... 5 bulan dah kot...merasa duk berpantang di kampung.

Sebelum dan selepas...entry syok sendiri






Oh begini rupanya kalau buat gambar sebelum dan selepas...hahahaha. Okay...mmg entri syok sendiri lah. Nak maintain???? Itu azam 2013. 

kbaiiii....

Sunday, December 9, 2012

Just Do It! @ APCWQIS2012

3 - 7 Disember 2012 ialah hari jimba-jimba di Pullman Lakeside Putrajaya. Institut menganjurkan Asia-Pasific Conference and Workshop in Quantum Information Science 2012 (APCWQIS2012). Okayyhhh sampai la ni aku tk hapal nama panjangnya.

Cerita-ceriti ini adalah dari kacamata seorang yang bukan ahli fizik, bukan ahli matematik, bukan ahli teori dan bukan ahli sains. Kalau nk lebih detail berkenaan bidang ini, boleh jengah blog orang kuatnya iaitu Dr. HZ.

Okaysss...kesahnya aku adalah JK Kecil Teknikal untuk acara ni. Rasanya ini 1st time aku jd JK Teknikal International Conference tanpa Pegawai IT sobbb..sobbb... dan 1st time jugak team Teknikal adalah wanita-wanita belaka. Wahhhhh..... tapi serammmm jugak lah memikir kemungkinan2 yg akan berlaku.

Setting Ballroom adalah pada 2hb (Ahad). Tapi disebabkan malam tu dewan tersebut digunakan utk Gala Dinner with Tun M, makanya kami tak boleh buat apa2 lagi. Seb baik Tun M...kalau org lain...dah lama zahraTUN redah ajerrr...hahaha (berani ke kawwww?). Akhirnya jam 1 pagi jugak baru boleh masuk dewan. Huhhhh...ngantok and lapar hokayyyy... Tq to Waja Hitam sebab bwk wakil tapaukan tomyam yg sedapppp itu...nyammm...nyammmm... ye ke tomyam? Lupa sudahhhh...

Awal2 lg budak banquet hotel tu dh pelik. 1. Setting PA system ialah wanita. 2. Angkut display board pameran pun wanita. Akak tau ko nk tanya tp ko segan kannn??? pastu ko buat muke pelik-pelik plak tgk kitorg...hehehehehe. Ini zaman millenium okayyy. Sama aje tau semua org boleh buat. Just do it! Itu ini begitu begini kul 2.30 am gak selesai semuanya.

Dan pagi esoknya jam 630 am kitorg dh mula setting sebab ada perasmian paginya. TNC datang dan yg pentingnya BigBos datang. Serammmm nihhhh....huhuhuhu...semuanya okay...kecuali : 1. Bila lagu Negaraku, projector telah dihalang oleh TNC....OMG....awat la tak terpikir. Arrggghhhhh.....

Dan hari2 seterusnya tugas berjalan seperti dirancang. Adalah beberapa technical errors yg tak dijangka. Itulah risikonya. Tambah pulak kebanyakan speakers guna laptop sendiri; so kitorg asyik la nk kene cabut2 VGA cable. Hehehehe...

Ok lah...cerita banyak pun tak guna. Setakat ko cabut wayar sambung wayar...takkan tu pun nak sembang. Jadinya layan gambar aje lah ye.


hahaha....

with our director

Panel juri tersengih


Debat Piala Perdana Menteri


Pinky


The Mokaba

Academician/Musician/Pelakon iklan Colgate


Troli hotel troliku jua
Poyo je lebih

International JJCM

Makan Tomyam sampai abesss!!!!!

Besar kan video camera nihh???

Friday, November 23, 2012

Thursday, November 22, 2012

Pantun



Hitam pekat disangka arang
Kelip-kelip terbang menari
Jangan dihitung budinya orang
Diri sendiri kedekut memberi 


Indahnya alam cantik tak kurang
Gilang cahaya sinar berseri
Andai hendak bercakap terang
Mesti sanggup menelan duri



Ingat pantun buah keranji? Inilah buah keranji. Kredit : http://colinjong.com

Thursday, October 11, 2012

What a Wonderful Life!

Eh tajuk omputih. Ye lah aku geli kot kalau translate; "indahnya hidup ini". Sangat geli okay.

Entry terakhir aku ialah pasal marah ke apa kan? Ha ye lah. Ok. Takpe lah. No need to ulas. So carry on ngan cerita lain plak. Cerita psiko lagi. Nak?

Kalau ko dh kawen dekat sepuluh tahun, instinct ko lain towards pasangan ko (read : husband). By this phase of marriage, ko akan tau sendiri apa yg dia nak makan at that particular moment. Even ko akan beli/masak something yang exactly dlm fikirannya walaupun tak diberitahu. Cth : Ko pegi kedai runcit, ko beli abarang2 utk masak tomyam udang campur cendawan. Then bila ko sampai rumah, laki ko cakap; "Eh mana u tau I nak makan tomyam udang campur cendawan?"... See..itu lah instinct. Tp kalau ko kawen baru sepuloh hari ko dh rasa camtu, tu bukan instinct. Tu namanya cinta memabara-bara yang poyo. Hahaha.

Okay, apa yang aku nak cerita sebenarnya nih? Baik....1. Ko jangan main-main dgn instinct, terutama instinct isteri. Aku xnak cerita pasal instinct ibu sbb aku blom ade anak, tak fair rasanya. 2. Instinct selalunya lebih kuat kalau ade hal2 yg tak elok berlaku, cth : kemalangan, penipuan. Ko boleh ckp la bisikan syaitan ke hapa...tapi wth...up to u!

Kekdah apanya aku sebok menceritakan hal-hal kejiwaan manusia ni ialah sebab aku nak bagitau, trust your instinct. Aku tau sebab aku ade pengalaman. Sorry to say, pengalaman baik dan buruk. Selalunya betul. And plis, to all ladies out there, rasa2 ur BF macam p****...selamatkan diri dulu. Kalau dah kawen kang, banyak bende lain nak kene pikir.

Dan kenapa aku masih berada dalam hubungan ini walaupun aku dah ada berkali-kali bad experiences? Sebab aku suka. FUN. Ko tau perasaan bila ko rasa mcm best giler kot kalau aku dapat kenekan orang ni orang tu sampai dia dah tak boleh nk cakap apa dah. Hehehe. Ok ko nk ckp apa pun sukahati. Aku tak kesah pun. Aku rasa hidup aku takde la bosan sangat. O ye kalau ko semua rasa life korang best, bagus lah. Rasa best tu datang dengan mcm2 cara kan? Aku perlukan thrill kot baru leh rasa best. Oh-lepas-ni-kene-tgk-CSI.

Bersyukur dengan apa yang kita ada, pasti ALLAH akan tambah lagi nikmatNya.

Lama dah informer aku tak bagi clue and hint baru. Bosan dah kot dia. Ke nak aku upah? Hahaha.

ADIOS!

Again, anggap je aku tgh karang novel FIXI.

PSIKO!

Tuesday, September 25, 2012

Ohhh maiiiii please dun make me angry

Ok. Aku adalah orang yang tak tau merajuk. Selalunya kalau aku tk suka aku terus marah aje. Tapi memang susah sikit aku nak marah. Kat sapa2 pun. Selalunya nak elak sukahati marah orang, aku buat bolayan aje. So jauhkan diri dari punca kemarahan.

Tapi itu kalau aku boleh jauhkan diri dari punca kemarahan...kalau aku boleh bolayan. Tapi kalau dua2 tu aku gagal, maknanya aku kena marah gak. Marah aku stylenya senang je. MENGAMUK aje terus. Straight to the face. Settle cepat. Direct. Takde kias-kias, sindir-sindir. Body contact aku pantas gak. Kadang2 tak sedar aku sepak orang. Serius. Kan? Ko tak caya ek.

Aku suka main game marah-marah dan cari pasal ni. Belajar dari pengalaman. Firstly, kene tau kelemahan lawan. Macam mana? Kene pegi tempat diorg berlatih dan bermain. Misalnya kalau ko nak lawan bolasepak, ko pegi tempat lawan ko training. Atau pegi lawan kat tempat diorg, padang diorg. Study betol2.Baru ko tau apa nak buat kan? Logik. Secondly, kalau nak melawan, ko kene main sekitar tempat diorg mulakan game. Maknanya kalau fight kat padang A, ko kene melawan kat padang A gak. Ko play all out kat area diorg aje. Tak kisah kalau kalah. Sebab yg penting diorg tau ko berani main kat tempat diorg.

Jadi, bagi orang2 sekeliling aku yg tak pernah nampak situasi perenggan pertama tu, maknanya aku lom penah marah lah tu. Maknanya korang baik ngan aku. Marah ni perangai syaitan kan. Jadinya dah la perangai aku mmg tk berapa nak malaikat..kalau boleh nak la elak perangai syaitan ni. kalau setakat aku tak puas hati sikit2...takde la aku nak mengamok. Standard la manusia mana penah puas hati.

Konsepnya mudah je kat sini. Kalau aku marah, nape aku akan straight to the face? Sebab setakat ni aku tk pernah lg ade kawan pembunuh. Jadi kalau marah pun, nk lawan takkan ko nk smpai bunuh aku pulak. Tapi kalau mati kene bunuh pun, aku puas hati kot? Ko penah ada fantasi; marah gile...sampai membunuh tapi gasakla masuk penjara pun asal aku puas hati. (ok ni pengaruh novel FIXI! psiko sudah..)

Wah hebat sangat lah kan ko nak ngamok2 ngan orang??? Ok. Ko kene pikir balik. Marah tu kan perangai syaitan. Syaitan kalau dah masuk dalam badan, ko ingat ko sedar? Tu lah masalahnya. Ko kata ko kuat iman pun, ko ingat lagi sejarah IBLIS, Kisah buah khuldi? Menghasut tu keje syaitan. Manusia plak jangan berlagak sangat kata imannya kuat, syaitan akan gagal. Ko manusia biasa kan? Aku pun.

Dalam game ni ko jangan harap ko menang selalu. Ko mesti akan kalah gak. Kadang2 org lain lagi player dari ko. tapi selalunya aku akan pastikan, kalah pun aku puas hati kot. Cuma bodohlah kalau menyerah sebelum kalah. Lawan bagi habis. Kalau boleh satu dunia tau, bagitau aje. Alahhhhhh bukan selalu ko jadi kepoci kan?

So friends...ingat ye. Kalau ko nak main ngan aku kat real life, boleh. Kalau nak main kat FB, pun boleh. Choose your track. Start your engine. Wa tada hal. Kalau nak rasa, silakan. Kita sama2 rasa. Ko nak tau   macam mana malunya ibarat kalau ko kene tangkap khalwat pastu 999 rakam amek gambar ko kuar TV3? 

Hahahaha. Alah jangan lah takut. Aku tengah karang novel je.

Monday, September 24, 2012

OK MARI KITA BERBLOG SEMULA

Post terakhir yang sebenar ialah pada hari lahir aku yg ke-32. Pastu ade entry ala2 come back tapi tak come-come back gak (elok benar bahasa aku nih). 

So, perasaan untuk memulakan semula kegilaan berblog datang dan pergi. Hahahaha...ok. Sangat drama yer. Di sini tiada pengaruh drama-drama melayu. Tapi aku kan orang Melayu...1Malaysia plak tu...mestilah ada unsur drama Melayu tak kiralah astro atau channel Rais_Yatim (RTM)..hehehe. Ok; tak bagus. Intro mengarut. Mcm Karoot Komedia....is barang baik...is barang baikkk...ntah apa nth yg disebut. 

Jadi kena mula dari bulan Jun lah kot. Sbb entry birthday tu awal bulan Jun. Erk tp apa yg jadi pada bulan tu aku pun dah tak ingat. Jap tgk kat FB...(pastu aku pun terus layan Fb smpai sudahhh...). eh tak. Nnt aku sambung.

Jun :
Check-in di Selesa Hotel, PD. Gara-gara walk-in dptlah bilik yg view laut tapi ntah apa2. Ok lah...sebenarnya bukan sebab nk celebrate pun. Tp sebab En. Anuar nak rehat selepas selesai projek hari Belia Kebangsaan 2012 (ye lah...yg event K-pop datang joget2 ngan abg Jib dan Kak Ros tu). apa yang kitorg buat di sana? Abeskan duit..hehehe.Dekat The Store pun boleh menabung dengan ghairah.... then aku derma darah di pantai Teluk Kemang, makan, makan dan makan. 

Ok..bosan lah aku nak ingatkan apa yg jadi sepanjang bulan 6 tu. Layan gambar aje. Ikhlas. Erkkk????

Derma darah di tepi pantai di hari lahir ke32

 Cowboy PD
 Besday bash hahaha...tq Ita, Kakct and WajaHitam
 R&R Tapah (muka-ngantok-tapi-nak-join-orang-makan-tapi-takboleh-sebab-pedas))
 KidsZone sebulan sekali kot kat rumah aku
 Mangga/mempelam/pauh whatever u call it...@my kampung
Copthorne Orchid, Batu Feringghi, Penang

Okay...cukuplah citer bulan Jun. Kot mau aku rajin, aku cerita lagi bulan Julai.

(ko hingat orang hadaaapppp nak tauuuu? Ingat ko Kim Kardashian)

Monday, August 27, 2012

Eh aku ade blog ek?

Makanya mmg lah FB dh kalahkan blog. Update live aje kat FB. Nk citer panjang kat blog mcm tak sempat je. Hahaha.

Oklah. Rasa cam dh dapat feel blogspot semula. Nak mula menulis semula. Oh aku baru baca Lelaki Eksistantial oleh penulis yg suker minum teh tarik (kot?) Best! Hahaha....

Saturday, June 2, 2012

32 tahun sudah

Selamat hari lahir kepada aku.

Terima kasih kepada umi yg melahirkan aku. Terima kasih kpd walid yang menjaga aku. Terima kasih kpd adik-beradik yg sentiasa ada bersama aku. Terima kasih kpd En. Anuar suami tersayang yg sabar dengan kekurangan aku. Dan paling utama terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk setahun lagi untuk aku perbetulkan diri.


p.s : tutup aje la blog lu nih! Cehhhh.................................

Thursday, April 5, 2012

aku tak update kerana ini...

Walimatul Urus adik perempuan bongsu aku yg bertunangnya bulan 12 lepas. Kenduri dan nikah di rumah aku. So busy adalah berganda. Semua yg lain tergendala. Katerer, hantaran, dewan, goodie bag, kemas rumah, jemputan, direction, bla...bla...bla...walupun sbnarnya mak aku banyak tolong. Penattttt dowwwhhh.....



Friday, March 9, 2012

Sirih Junjung Tiga Bersegi



Sirih Junjung ni aku buatkan untuk  adik kpd member opis aku. Nikah malam ni, so tghari td buat  masa rehat. Namanya  sirih junjung tiga bersegi. Harap pengantin tidak bercinta bersegi-segi ye

Sunday, February 19, 2012

Weekend of nothing

Bahaya kalau weekend tak buat apa2. Sebab akan masak dan makan...Sabtu melantak kat Seremban, Ahad melantak kat rumah. Dua-dua bahaya.

Kuey Teow Sup Pak Tam...kalau selalu ke mana2 tapak ekspo/karnival, Pak Tam pasti ada

Karipap sardin hand-made..burrpppp....


Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday

Ikan Kering in the making
Emping in the making

Gagau Ikan 1

Gagau Ikan 2

Paddy field and Fishing net (jala)

African Catfish @ Sama Gagah

Bendang

Budak merajuk