Friday, March 11, 2011

pantun senja jumaat





Sejuk sungguh angin di bukit
Bertiup lembut seluruh desa
Pening kepala hatiku sakit
Kalau tuan tak reti bahasa


Hiruk-pikuk Seri Menanti
Gendang dipalu buat amaran
Kalau diikut rasa di hati
Marah datang hati pun baran


Murah sungguh tuan berjual
Suka sungguh saya membeli
Bila berdepan tak henti berbual
Tapi di belakang perli-memerli

1 comment:

NzA said...

SALAM....
macam marah je bunyinya..ttp kreatif cz buat dlm bntuk pntun.