Saturday, September 18, 2010

GAMBAR RAYA TANPA BAJU RAYA

Selesai sudah cuti raya. Jalan2 raya pun sudah. Makan2 raya pun sudah. Bagi duit raya pun sudah. Aku jalan-jalan di blog org, di FB org. Meriah kaler baju raya mereka. So mcm biasa... aku tknak la wat citer sama lebih kurang. Raya tahun lepas entry aku macam ni. Tapi tahun ni aku cuti raya panjang sket. Arahan Ostazah Besar supaya semua balik Perak jenguk rumah arwah atok... (ye kitorg jenguk rumah arwah atok, bukan ziarah kubur arwah atok). Aku tak pasti ngaper...tp parents aku tk pernah ajak kitorg ziarah kubur.


Ini gambar2 raya anak2 buah aku tanpa baju raya (tapi masih berbaju laaa.....).

nurul iman

najwa fariha

darries hakim

amar hasbullah


Ini pula some of the pix yg adik aku snap masa kat kampung. oh yer.. jgn tertipu bila aku kata aku takde kampung. Sbb kampung aku ni mmg betul2 true punya kampung.

Beranda depan rumah arwah atok

Model telefon : membuktikan line masih clear di sini

Ikan keli bakar oldskool (abess..ini model ikan keli?)

Selalu patung2 jaga sawah tapi ini patung2 di kebun kelapa. Time ni sawah kering (sudah abes musim)


THIS IS THE HOUSE. Sejak arwah atok meninggal, nenek balik ke rumah pusaka arwah ayahnya. Jadi rumah ni kosong. Seminggu sekali pakcu dari taiping akan datang membersihkan apa yg patut. Walaupun kosong, keliling rumah ni masih subur, serai, pandan, daun kari, pokok pisang dan segala hasil alam. Di kampun ni, inilah satu-satunya rumah di tengah sawah. Betul-bertul di tengah sawah. Dihubungkan dengan laluan tanah merah oleh titi kayu yg kami sengaja biarkan "setakat itu" sahaja. Rumah ni simpan banyak kenangan kami sekeluarga bersama sepupu-sepapat, makcik pakcik, arwah atok, nenek, org2 kampung yg kami tak kenal tapi sebenarnya saudara-mara. Kalau kecik2 dulu, balik kampung adalah sangat heaven. Dan skrg kami balik kampung utk kenalkan pula suasana ni pada yg masih kecil2. Untuk kenal api itu bukan asal dari tong gas, pisang itu ada pokok bukan asal dari pasar malam dan pokok yg ditanam di bendang ialah pokok padi, bukan pokok beras.


LOKASI : KG. SAMA GAGAH, SELINSING, PERAK. Lebih kurang di peta.


Sumber ekonomi utama ialah pertanian iaitu bersawah (daerah ini ialah Jelapang Padi Perak), kelapa dan lain2 tanaman.


1 comment:

Aujinz said...

Ade ke pokok beras?
wakakakaka...