Thursday, June 4, 2009

AKU - BAB DUA

Dalam post 4 Jun yg lepas, aku letakkan je lagu Alanis Morisette yg sungguh aku gilai masa sekolah. Mungkin masa tu aku form 4 atau 5. Selain baca novel Bahasa Inggeris, aku mmg banyak dengar lagu omputih sebab itu je cara yg menarik untuk belajar BI. Tapi idak la aku terror sangat pon skrg nih. Ok la sekadar aku paham org dan org paham apa aku cakap...(kena improve ni). Last entry aku bertajuk AKU - BAB 1 berakhir ngan ayat

"So, banyaklah benda yg aku cuba2 buat tp masih terkawal di samping percintaan monyet dengan mat rempit. Adussss...... "

Makanya aku terpikir gak sehari dua pastu...mana lah mamat tu kan? Lama ooo aku berchenta ngan dia...dari 1996 - 2000. Seronotttt ooooo masa tu. Sungguh rempit. Hehehehheeh... Tapi masa tu tak panggil mat rempit sebenarnya. Panggil budak motor. Beza tau. Dulu tak la sampai ada ragut-meragut ke...pukul2 org..langgar polis ker apa. Paling tidak lumba (haram la kannn?), polis datang lari... Line clear masuk balik, tak pun lepak je minum sampai pagi. (Sila ambil perhatian : Gejala ini tetap tidak baik)

Tapi yg pastinya aku masih terkawal. Tapi jgn la sesapa kelentong aku pasal lumba2 haram ke atau apa saja yg masuk kategori gejala sosial ni. Aku berada dalam lingkungan mereka..tapi aku tak jadi seperti mereka....paham? Tak paham sudah! 5 tahun aku rapat dengan mereka2 ni. Kadang2 benda kecil pasal diorg ni yg dibesarkan media dan orang awam mencetuskan hal2 lebih besar sebenarnya. Jalan penyelesaian? takde jugak! So bila aku baca pasal mat rempit meragut,mat rempit langgar org, tukar pulak nama jadi samseng...aku pikir, ntah apa2 diorg ni. Ingat mat rempit tu heran ke? Dan selalunya mat2 rempit ni sekadar merempit, yg ragut2 tu mat fit. Bawak moto pun terhoyong-hayang, nak rempit mende?
(ini pendapat peribadi aku)

Lepas SPM, dengan berbekalkan result yg agak ok, aku diterima masuk ke Matrikulasi Undang-undang UKM. Memang lah tak sangka sebab masa interview punyalah ramai. Dari segala jenis sekolah dari MRSM, MCKK, TKC, SSp, Naim Lil Banat, Maahad Muhammadi, Maktab Mahmud. Tiba turn aku..SMK Bandar Baru Bangi. ..hahahhaha. tapi selepas tu aku dapat tau ada gak beberapa org dari sekolah aku (sekarang dh 5 thn praktis sbg lawyer) misalnya Ishqi, Ahmad Shuib, Naeem dan beberapa org lagi. AKu habiskan matrikulasi dengan result agak ok sebab serius aku mmg malas nak baca buku law yg tebal2 tu. dah la nak kena study kes zaman2 British dulu. Kuliah dalam BM (UKM ok...) tp tutorial, assignment, viva semua in English. Hahahahah....pastu ada subjek Syariah Law. Bahasa Arab la plakkk...Pening2...

No comments: