Thursday, May 14, 2009

JANGAN BUAT LAGI - PEACE FOREVER

Sebelum memulakan entry ini, aku nk minta maaf pada semua yang telah disalahertikan ketika isu ini ditimbulkan. Bila direnungkan, manusia mmg selalunya akan menjadikan sesuatu itu sensasi dalam apa jua situasi.


Bila disensasikan jarang kita nak buktikan apa2 sebab benda dah sedap didengar. Yang besar terbentang depan mata pun tak nampak 'salah' walaupun 'salah'nya sama jer (kalau salah la). Apa pun aku dh putuskan tak perlu sensasikan benda2 yang tak pasti, wat tambah dosa jer. Yang kita anggap remeh tu kadang2 boleh jadi besar...



Apa pun, bagi yang faham...fahamlah. Kalau tak faham, tahniah! Anda tak terlibat. Pada yg berkenaan, terima kasih sebab sedarkan saya.

PEACE

Semalam 13 Mei ada dua benda penting berlaku dalam hidup aku. Satunya semalam ialah birthday Umi. Disebabkan kami adik-beradik tak dibiasakan celebrate birthday, seperti biasa En. Anuar jadi party planner. So satu majlis yg kecil diadakan kat umah aku malam itu. Ateh belanja brownies Secret Recipe (ok la tuuuu...) pastu aku ngan alang wat potluck lauk.

Perkara ke2 - aku pergi interview jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27. Aku pun tak sangka aku akan dipanggil sebab senario biasa di UPM, seniority yg utama...aku pun tak kisah sangat. Mungkin ini peluang aku untuk mengetahui apa yg perlu. Macam yg dijangka, calon2 lain semuanya old-timer yg rasanya dh berkhidmat more than 15 years. So...di manalah aku gamaknya. Takpe at least peluang dh mula terbuka.

Sekian

3 comments:

eyswanie said...

rasanya macam tak jer apa yang berlaku... sabarlah kak zah, eys rasa kak zah cukup kuat untuk menepis segala dugaan... nama pun hidup naik turun perkara yang tak terjangka... semuanya dari ALLAH

Salwa Sani said...

???... ada isu ke?... ke aku yang memang tak tau apa-apa??? konpius... konpius

Salwa Sani said...

errr.... ??? ada isu ke??? ke akak yang tak tau apa-apa... konpius... konpius

Anyway... congrats