Blog Frequentseas HZ dengan post tentang ICREM 4, jadi satu wake up call untuk aku. Nampaknya ICREM tahun ini akan berlangsung agak lewat, tidak seperti yg lepas2 iaitu pada April; bersempena ulangtahun penubuhan INSPEM. Tapi takpelah biarkan itu diuruskan oleh committee. Aku kan subcommittee je; dengar dan ikut arahan.
Setakat ni belum ada sebarang maklumat awal; dari segi tarikh, lokasi dan pengisiannya. First announcement pun belum ada. Aku difahamkan penganjuran kali ini dah beralih dari laboratori kaedah inovasi kepada laboratori sains bermatematik. Dan itu pun bukanlah jadi masalah bagi aku. Siapa pun yang pegang, aku tetap sebagai subcommittee teknikal (kali ni sekali ngan buku program). Tahun 2009 aku belum ada bintang lagi. Harap2 ICREM ni aku dapat banyak sikit bintang sebab Ya Allah betapa tak bersemangatnya aku memulakan tahun ni.
Aku belum nampak apa2 program besar dalam takwim institut. Cuma bengkel2 dan seminar sehari yang dianjurkan oleh laboratori2. Sekarang pun aku dah terasa bosannya; ye lah aku yang cipta kebosann tu. Kerja banyak tapi taknak buat. Bukan taknak; tapi macam takde booster la tahun ni. Mungkin ke sebab permulaan tahun baru yang berapa cun? Entah la.
Aku masih belum dapat masuk rumah baru lagi...yang pasti bukan bulan ni. Ni pun salah satu sebabnya kenapa aku rasa ke MALASan yang amat sangat. Arrgggghhhhhhhhhhh.........tapi yelah; hidup perlu diteruskan.
Ahad ni ke Istana Budaya, ada program untuk Gaza. Tak banyak info yang aku tau, dan aku sendiri tak berapa paham pengisiannya. Pergi je la ek....dah lama tak masuk Istana Budaya. Kalau ada slot kosong, boleh baca sajak. Interframe....cessssss.....
MOOD HARI INI