Sukar untuk menentukan di mana hala hidup kita. Jangankan 20 tahun akan datang, kadang-kala perancangan untuk 2 minggu pun sering terbabas. Aku kagum dengan orang2 yang berjaya mengikuti 100% apa yang dirancang.Dan perancangan aku untuk masuk rumah baru yang dibeli tahun lepas masih belum tercapai. Semuanya takde masalah cuma kunci masih belum diterima. Argghhhhh....aku dah bosan menunggu kerana lagi lama tertangguh maka makin lama juga aku terganggu dengan urusan2 pindah-randah ni.Tahun ini perancangan aku (bukan azam) ialah 1) Teruskan treatment di hospital dan 2) Sambung belajar. Yang pertama mungkin takde masalah, ikut je appointment. Tapi yang kedua masih dalam tandatanya. Kekangannya cuma 1, was-was. Aku tak tau sama ada aku boleh komited pada kerja dan belajar sekaligus. Mudah bagi setengah orang, tapi bagi agak masalah. Mungkin itu bukan gaya aku. Tapi aku masih lagi memikirkannya.
Tahun ini aku juga merancang untuk mengaktifkan kembali hobi aku; membaca dan menulis. Sudah mula mengumpul kembali novel2 yang tersimpan lama untuk warm-up. Baca dan tulis kembali apa yang dibaca. Aku juga ingin aktif kembali ambil tempahan gubah hantaran. Dan aku nak mulakan hobi baru..blogging (bukan jogging). Tapi kena beli laptop la ek...? Hermmm...takpe, itu akan difikirkan.Insya Allah kalau pindah ke rumah baru nanti, aku boleh join kawan2 sekolah berfutsal. Kalau ada geng, aku ok je. Bestnya....jumpa balik kawan2 lama dan bulan Jun ni ulangtahun ke-6 perkahwinan aku. Fuhhhhhh....cepatnya masa berlalu.
No comments:
Post a Comment