Ikan patin tarik pengunjung
Endau Rompin cantik menawan
Pahang terbesar seluruh Semenanjung
Flora faunanya tidak terlawan
Hebat Tuah berbudi luhur
5 saudara bukan momokan
Melaka bersejarah kotanya masyhur
Maju sudah igauan bukan
Terbang tinggi burung kenyalang
Melintas awan cari buruan
Negeri Sarawak etnik berbilang
Lambang Malaysia satu paduan
1 comment:
"Melaka bersejarah kotanya masyhur
Maju sudah igauan bukan"
-Kenangan di Melaka... boleh sesat kat tengah bandar itu.. huhuhu...
Post a Comment