Wednesday, January 12, 2011

Karoshi

Hari ini aku berkursus sehari. Tajuk kursus ialah Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau lebih terkenal dgn OSH (Occupational Safety and Health). Ye org kita kan lebih mudah ingat perkataan Inggeris dari kata Melayu. Cam yg aku slalu dgr kat kampung arwah nenek di Labu, Negeri Sembilan.

Soal : "Kau nak poie mano tuuuuuuuuuuuu?"
Jawab : " Nak poie Separut.....nengok menantu baru beranak"

Tau Separut tu ape? Heh...Separut ialah Sepang Road (Jalan Sepang). Kalau skrg ni leh smpai ke KLIA. Sekian.

Oh aku bukan nk cerita pasal I-sound-stupid-when-I-speak-Malay. Takkkkk...itu isu basi. Lagipun entry aku pun bahasanya cacamarba. Aku nk cerita pasal tajuk entry ni.... KAROSHI.

Karoshi adalah perkataan Jepun. Dalam kursus td, penceramah menyebut bahawa "karoshi" dalam Bahasa Melayu ialah kerja sampai mati. Dan bila aku google, ia membawa makna "death by overworked" atau pun mati akibat kerja berlebihan. Ia merupakan satu isu yg telah dikaji dengan serius di Jepun, selaku negara maju yang sebahagian rakyatnya adalah menjadi hamba kerja. Ok. Aku taknak huraikan panjang2 sbb aku tk baca habis artikel2 berkaitan karoshi ni. Antara yg best ialah http://www.workhealth.org/whatsnew/lpkarosh.html.



Juga adalah sebuah music band rupanya..............




Belum sempat cari youtube lagu2nyer. Inspirasikah???

Hehehehe.... baik dengar Maher Zain.


2 comments:

baincardin said...

Separut-baru tau apa makna sebenarnya...")'

ckLah @xiiinam said...

Selamat berkursus ya...