Wednesday, January 5, 2011

2010 - 2011 : Kronologi yg tidak teratur (boleh?) Siri 01

Tampalan terakhir aku ialah pada 3 Januari 2011, tanpa ada apa2 cerita. Dan sebelum itu ialah tampalan tentang pokok tumbang iaitu pada 1 Disember 2010.

Aku menamatkan bulan terakhir tahun 2010 dengan agak penat sebab walimatul urus adik lelaki aku di mana aku menjadi tuan rumah. Asalnya semasa bertunang bulan Julai 2010, rancangan awal ikat setahun hidup (paham setahun hidup ni ape?) atau paling awal ialah bulan Februari 2011 (raya cina). Tp kita merancang kan? Jadinya selepas berbincang itu ini begitu begini, bulan Oktober terus decide nk wat Disember (awal bulan plak tu). Yesss aku mmg suka wat keje adhoc gini. Aku mula uruskan dari booking dewan (kat rumah aku), kad kawen, khemah. Then selit plak tugas lain iaitu urusan rombongan nikah ke Johor. Aku dan En. Anuar uruskan rombongan bas ke Yong Peng pada 5/12/2010. So I've missed the akad nikah sbb diorg nikah the day before. Takde apa yg bz sgt semasa majlis di Johor.

Sebelum ke Johor, aku dah uruskan siap2 booking dewan kat rumah aku, booking khemah, goodie bag, bunga telur. The only thing yg aku tak uruskan ialah katering, sb itu umi yg settle. Dan the next week selepas ke Johor ialah hari kegilaan bz kental aku. Terpaksa ambil leave selama 3 hari dan tinggalkan apa saja yg perlu di ofis. Last touch up ialah siapkan bunga hiasan meja makan pengantin, susun atur majlis, susunan khemah, notis kosongkan parking, kawtim ngan security, kemas rumah utk sedara-mara lepak dan tak lupa jaga nenek yg kebetulan uzur plak time kenduri ni.

Hari Jumaat malam, semua hampir ready. All the budak2 jantan g pacak signage, aku ngan my lovely kazen setting meja pengantin. Sambil2 tu masukkan telur lam kotak 1000 bijik okayyyyy.... dekat kul 3 baru ketiduran (aku puas nak ingat aku tido katne mlm tu sbb all the space lam umah dah occupied by my families).

Pagi2 Subuh Sabtu sebelum mula majlis dah kena siapkan bekfes utk famili yg dtg awal. Hehehe...seb baik kena wat air jer sbb umi dah siap gorengkan bihun dan acik masak lontong (wahhhh giler makan).

Jam 11.30 pagi, tetamu dh mula datang esspecially jemputan umi dan walid yg nk rushing plak ke kenduri yg lain (cuti sekolah kan). Majlis mula dengan doa pertama Ya Allah jangan lah hujan. Alhamdulillah tak hujan, cuaca amat sejuk berangin cam kat tepi pantai sehinggakan kain alas meja tak reti duk diam. Menyebabkan aku rumuskan "Oh that's why aku tk dgr budak kecik nangis"; sbb aku tau anak buah aku akan melalak kalau kepanasan. Dan satu lg semoga makanan lauk-pauk cukup sbb jemputan mmg ramai. Dan skali lg syukur, makanan ngam2 ajer, skali ngan kuih-muih cukup takde yg berlebih-lebih. Rombongan dari Johor satu bas tiba sblm Zohor, dan diorg leh relax2 Zohor kat surau.

Dan nearly 4 pm, everything almost done. Bagi aku itu adalah antara walimatul urus paling lancar yg pernah kami sekeluarga laksanakan. Termasuk ini, sudah 5 majlis walimah telah diusahakan dari 2003 oleh umi dan walid dalam keadaan yg sgt sederhana, tanpa bajet melampau, penuh kerjasama semua adik-beradik, ahli keluarga, saudara-mara. Majlis walimah kami adik-beradik pernah diadakan di rumah dgn kerja kendara jiran tetangga, 2 pasang pengantin satu majlis, 2 majlis kahwin dlm setahun, katering dan majlis di dewan makan. Kami dah gunakan warna apple green, pink, maroon, hitam putih, silver, turqoise. Goodie bag isi telur, wajik, kerepek, chopstick, baulu ikan, bunga telur, sapu tangan. Ada majlis yg penuh dgn nangis2, suka-suki, sempoi, protokol, cerewet, misteri, nervous, tak sihat dan macam2 lagi.

Sabtu selesai, Ahad kena ke Melaka sbb kerja sehingga Selasa. terima kasih kepada kawan2 yg paham kehuru-haraan aku. So aku leh la ngelat dari wat banyakkkkkk keje kat opis sblm konferens. Tq ek.

Dan selepas itu, aku demam. Bak kata kazen aku, ala ko demam pun xpe. Ko kan kental. Ye la...kental la sgt kalau nk kencing pun aku kena berpapah. 2 minggu rumah belom siap berkemas. Tqvm pada En. Anuar dalam kesebokan menguruskan tapak @ Jom Heboh, ulang-alik Bkt Jalil - rumah sambil dgr aku membebel dan mengamok.

Dan finally kpd kawan2 yg single dan takut nk kawen sbb TAK READY...pikir lah balik yer. Dah ade keje, dah ade boipren, ada gaji bulan-bulan; percayalah kita takkan pernah ready. Yg penting RESTU ibu bapa akan bawa kpd RAHMAT dan BERKAT dari Allah. Umi dan walid aku tkde duit banyak pun. Aku adik-beradik pun takde la keje hebat2. Tapi kami semua survive sbb semua merestui each other, redha, terima kesederhaan sbg nikmat, ape2 kejadian pun ade hikmahnya. Dan syukurlah dgn apa yg kita ada, sambil improve ourselves.

SEKIAN. TAZKIRAH TOUCHING dari SIFAR ke INFINITI.




@ Yong Peng : Gua missed the akad nikah. Tapi bekas cincin ini gua yg buatkan. Gua buat dua set, satu utk pompuan, satu utk lelaki.










@ Bangi : Otai tru Jawa from Yong Peng. A very big and happening new family.

Banyak gambar mau upload. maybe next entry lorrr.....kata tajuknya ada bersiri.

No comments: