Kami mulakan latihan sejak semalam. Terima kasih kepada Kelab Dikir Barat Universiti yang memberi kelulusan meminjam set alat muzik dikir barat. Dan juga kepada Aiman (yg mmg tak kesahh), dari Kelab Dikir yang sudi mengajar kami. Beliau pelajar jurusan pertanian tak silap saya. Sudi pula membawa dua org kawan melatih kami yg tak tahu punca nak berdikir.
Bukan ingin menghurai panjang2 ttg dikir barat, tetapi ada org pelik bagaimana aku yg bukan orang Kelantan (aku lahir di N9, besar dan sekolah di Selangor, kawen ngan org PJ) boleh minat dgn dikir barat. Malah masa kenduri kawen dulu pun siap ada persembahan dikir barat.
Semoga dengan persembahan dikir barat ini, akan mewujudkan "sense of belonging" di kalangan rakan-rakan sepejabat. Mungkin dah ada, perlu dikuatkan lagi. Kalau tiada, semoga akan ada selepas ini. Perbaiki segala-galanya sebagaimana kita perbaiki melodi, bunga dan muzik dikir barat itu. Tak mungkin sempurna, at least kurang celanya.
En. Anuar pun sebok je datang masa kami training tadi. Aku tau dia dh lama tak berdikir. Gatal tangan lah tuu...
Dikir barat jugak salah satu perkara yang menemukan aku ngan dia. Hehehehehe.
Anyway, kalau ader kawan2 yg nak amek feel dikir..leh la pegi ke link ni http://dikirbarat.net/
No comments:
Post a Comment