Friday, April 10, 2009

TABUNG AKU BESAR

Lama aku tak post apa2...ye lah satunya sebab Internet kat rumah dh disconnect sebab nak pindah rumah. Duanya sebab malas la kan. Sebab kedua ni mesti ada.

Anyway aku tetiba je nak citer pasal tabung. Sebelum tu tahniah pada PM baru kita..Dato' Seri Najib dan paling tahniah gak pada Datin Seri Rosmah sebab jd 1st lady. Full stop. Sambung citer pasal tabung. Ada mcm2 versi tabung sebenarnya. Kalau ikutkan semua org ada versi lebih kurang sama ikut peredaran umur. Tapi aku wat dua kategori je, sekolah rendah ngan sekolah menengah. Lebih kurangnya camni laaa....


Sekolah rendah


Korang pernah ada tabung kancil? Tabung ni sebenarnya tabung Bank Rakyat (tak ingat nama akaun tu - kahs utk kanak-kanak). Aku dapat tabung ni hadiah menulis karangan anjuran Persatuan Kakitangan Wanita UKM tahun 1991/92...lebih kurang. Seperti namanya, bentuknya ialah seekor kancil warna coklat. Satu lagi...tabung Nuri...tak silap aku Akaun Kanak-kanak Nuri bawah Bank Bumiputra (sekarang CIMB) atau pun BSN...antara dua tu la kot.


Sekolah Menengah


Masa ni macam2 fesyen tabung la ada. Sebab utama menabung supaya dapat kuar weekend (aku la tu). Bentuk2 tabung nih ala2 girlie sket la. Yang famous bentuk Pooh ngan Garfield. Tapi level sekuriti takleh pakai sebab kunci pegang sendiri.



Tabung sekarang (umur2 dh kerja & dah kahwin)


Aku malas nak tulis panjang...Di bawah ni contoh tabungan aku tak sampai seminggu. banyak kan? Tabung pun besar. Sape sokong sila bg komen (Confession of a Shopaholic).


Blah la korang jgn nak tipu aku!

1 comment:

azlishukri said...

ini pasal tabung kat rumah atau kat bank?