Ahad, 8 Februari 2009.
Majlis perkahwinan di Nilai; one of my cousin menamatkan zaman bujang. Unik sikit sebab dia berkahwin dengan suami orang, maknanya bermadu lah tu. Jadi isteri kedua dalam usia baru 26 tahun tak silap aku; dan suaminya mungkin pertengahan 40. Bertuahnya sebab madunya turut datang meraikan majlis tu bersama-sama anak2nya. Kalau dah dapat restu begitu bersama restu ibubapa, orang lain nampaknya takde hak lagi bersuara kan? Bagi aku; mudah aje. JODOH. Kalau dihalang pun tetap takkan ke mana.
Disebabkan kenduri katering, takde lah sebarang kesibukan. Cuma to be fair and square, aku dan En. ANuar tetap balik kampung awal, bermalam di sana. Malam tu aku hiaskan bilik pengantin serba sedikit; kerana pengantin sendiri tak kisah. Bukan keutamaan katanya.
Majlis hari Ahad, berjalan meriah walaupun tiada kompang dan muzik bingit dari PA sistem. Cuaca agak panas; panas terik sebenarnya tetapi tetamu memang ramai sehingga jam 4 petang.
Apa pun, tahniah kepada cousin aku dan suaminya...bukan saja kerana perkahwinan mereka tetapi kerana berjaya membuktikan poligami tidak semuanya menyakitkan. Rintangan dan halangan ada di mana-mana. Semoga bahagia selama-lamanya.
MY MOOD FOR THE WHOLE WEEKEND
No comments:
Post a Comment