Thursday, September 30, 2010

Aku rasa feel memasak aku dah mariiii...........

Hari ini balik awal sikit dari biasa sbb En. Anuar MC. Sakit perut. Dan aku plak bwk hasil tangkapan. 10 ekor burung puyuh yg aku order dari opis mate. Oh aku tak kesah kalau ade org yg tak mkn burung puyuh. Sebab aku masak utk tekak aku ngan En. Anuar jer. So menu malam ini ilah seperti di bawah. Puyuh masak cili, sambal belacan dan ulam. Masak 10 ekor skali gus okayyy...Aku ngan En. Anuar belasah sorang 3 ekor. Ala cinonet je pun. Lagi pun peduli haper aku! Bulan ni dah timbang. Hahahahahaha................

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 28, 2010

Kalau aku tak letak cerita raya nnt org kata aku stonecold lagi...jadi aku letak la






Jumaat malam dan Sabtu seharian aku dengan gigih buat open house utk jiran2 blok aku dan kawan2 lama En. Anuar. Agak separa pengsan la..sebab masak dan layan org non-stop. Hahahahaha....Malas nk taip banyak2. Tgk gambar aje la. Gambar adalah tak ikut susunan. Tapi ni gambar malam Sabtu masa jiran2 je sebab adik aku tolong snap. Sabtu siangnya tak sempat nak amek gambar. malas dah. Penat. Luar dalam umah aku guna..ye lah umah kecik. Huhuhu...

Sekian. Itulah citer raya aku.


Thursday, September 23, 2010

TIMBANGAN

Ehhh... saya timbang pakai baju tau.


Sudah mau timbang next week. Harap grafnya turun walau sedikit. Sabtu Ahad pegi open house mintak air kosong je okay.

Saturday, September 18, 2010

GAMBAR RAYA TANPA BAJU RAYA

Selesai sudah cuti raya. Jalan2 raya pun sudah. Makan2 raya pun sudah. Bagi duit raya pun sudah. Aku jalan-jalan di blog org, di FB org. Meriah kaler baju raya mereka. So mcm biasa... aku tknak la wat citer sama lebih kurang. Raya tahun lepas entry aku macam ni. Tapi tahun ni aku cuti raya panjang sket. Arahan Ostazah Besar supaya semua balik Perak jenguk rumah arwah atok... (ye kitorg jenguk rumah arwah atok, bukan ziarah kubur arwah atok). Aku tak pasti ngaper...tp parents aku tk pernah ajak kitorg ziarah kubur.


Ini gambar2 raya anak2 buah aku tanpa baju raya (tapi masih berbaju laaa.....).

nurul iman

najwa fariha

darries hakim

amar hasbullah


Ini pula some of the pix yg adik aku snap masa kat kampung. oh yer.. jgn tertipu bila aku kata aku takde kampung. Sbb kampung aku ni mmg betul2 true punya kampung.

Beranda depan rumah arwah atok

Model telefon : membuktikan line masih clear di sini

Ikan keli bakar oldskool (abess..ini model ikan keli?)

Selalu patung2 jaga sawah tapi ini patung2 di kebun kelapa. Time ni sawah kering (sudah abes musim)


THIS IS THE HOUSE. Sejak arwah atok meninggal, nenek balik ke rumah pusaka arwah ayahnya. Jadi rumah ni kosong. Seminggu sekali pakcu dari taiping akan datang membersihkan apa yg patut. Walaupun kosong, keliling rumah ni masih subur, serai, pandan, daun kari, pokok pisang dan segala hasil alam. Di kampun ni, inilah satu-satunya rumah di tengah sawah. Betul-bertul di tengah sawah. Dihubungkan dengan laluan tanah merah oleh titi kayu yg kami sengaja biarkan "setakat itu" sahaja. Rumah ni simpan banyak kenangan kami sekeluarga bersama sepupu-sepapat, makcik pakcik, arwah atok, nenek, org2 kampung yg kami tak kenal tapi sebenarnya saudara-mara. Kalau kecik2 dulu, balik kampung adalah sangat heaven. Dan skrg kami balik kampung utk kenalkan pula suasana ni pada yg masih kecil2. Untuk kenal api itu bukan asal dari tong gas, pisang itu ada pokok bukan asal dari pasar malam dan pokok yg ditanam di bendang ialah pokok padi, bukan pokok beras.


LOKASI : KG. SAMA GAGAH, SELINSING, PERAK. Lebih kurang di peta.


Sumber ekonomi utama ialah pertanian iaitu bersawah (daerah ini ialah Jelapang Padi Perak), kelapa dan lain2 tanaman.


Wednesday, September 8, 2010

Lagu raya 4U2C


Cari video clip tapi tak jumpa la plak....

Tuesday, September 7, 2010

CERITA-CERITI SEBELUM RAYA

1. Sudah selesai beli kasut raya saya dan En. Anuar. Walaupun rasa macam budak2 nk raya kena beli kasut raya.

2. Di opis lagu raya sahaja yg berkumandang. Mood pra-raya memang bahaya.

3. Sungguh bangga jadi org Bandar Baru Bangi sebab Uptown di sini sangat happening. Saya rasa macam sgt bangga. Hehehe.

4. Langsir sudah ganti (sebab langsir lama dh koyak..heheh).

5. Rumah sudah cat (selepas bertangguh bertekak ngan En. Anuar). Rumah umi juga sudah cat.

6. Zakat fitrah sudah bayar di Masjid Tmn Dato Harun.

7. Sudah berjaya dapatkan D90 sebelum raya (walaupun kena share ngan adik). Batallah beli handbag mahal (Cik Raksasa akhirnya aku beli beg RM30 je kat uptown hehehehe).

8. Tak sempat tukar duit raya (bukan urusan aku, itu urusan En. Anuar). Hehehe...aku tak bagi duit raya (not my style..maaf). Tau tak aku penah bagi notepad comel2 utk budak2 masa raya 2 tahun lepas.

9. Rasanya tahun inilah cuti raya aku paling panjang (4 hari). Hehehehe.

10. Buka puasa je tgk Geng Surau. Best kan citer tu?

Tuesday, August 31, 2010

BODOH!



Takde ape yg kurang dengan budak kecik ni. Sangat comel.



Tapi ade plak lahanat yg masukkan dlm paperbag gantung kat signboard nih.


Allah munculkan manusia2 yg mulia ini dalam keadaan genting tu.



Tengokkk? Budak ni nampak macam familiar kan? Macam anak kita, adik kita, anak buah kita, anak jiran kita. Tapi ade plak yang BODOH nak MAMPOS suka2 hati buang kat tepi jalan. Gantung kat signboard BERI LALUAN. Beri laluan jadah aper? Beri laluan ko selamatkan diri? Ko nak lari pegi mana weiii??? Fuhhh...bodo punyer org!

Ok....sabar2...jgn emo. Kita kan bangsa MERDEKA.

Gambar credit dari sini.

Sunday, August 29, 2010

CERTA-CERITI II

1. Sudah lepas pertengahan Ramadhan. Aku tak layak nk buat post ttg ini. Amalan tidak cukup, istiqomah kurang dan maaf, belum layak.

2. Panas pulak skrg ni, berbanding awal puasa dulu. Tapi syukur aje lah. Ada sebabnya kenapa Allah berikan begitu.

3. Gaji dah dapat. Hutang dah bayar? Bayar dulu sebelum habis duit. Dapat extra RM500 nanti pun tak payah la habiskan. Simpan aje. Wahhh...TQVM Pak Najib.

4. Jalan-jalan banyak tempat sepanjang bulan puasa ni. Rakyat Malaysia mmg banyak duit dan suka membeli. Rasa2 apa kaitan beli seluar tido baru dan hari raya ek?

5. Bukan sahaja peha dan kepak ayam dijadikan percik, kulit ayam pun jadi percik. Siannn ayam.

6. Takziah pada mangsa ribut di Melaka, PJ dan beberapa tempat lagi. Semoga tabah.

7. Aku turun berat badan. Hahahahha.... kata puasa.

8. Buka puasa dengan famili gak yg nikmat kan? Buka kat luar dengan kawan2 boley je berhabisan kan? Setakat beli ayam golek utk adik-beradik ape la sangatttt...

9. Famili sendiri diketepikan tanpa sedar...famili org kita jaga bagai nak rak dalam sedar. Ape kesss?

10. Ohh...sila jgn masuk campur hal rumahtangga org. Tambah2 kalau anda wanita yg single. Kerana ; kalau anda ala2 pemenang Gadis Melayu pun, anda tetap SALAH. Tak kena tempat tuuu.....

Sekian. Jumpa lagiiiiiii....................

Monday, August 9, 2010

Abes basah kena air laut

Tu lah....basah kena air laut! Baju plak hampir hangus dijilat api. Tudung senget-benget ditiup angin. Kat Midvalley plak tu.


Alaaaa...nk citer tgk The Last Airbender 3D. JAKUN! Hahahahha...tak pasal2 kan lepas bwk budak Uda tu check darah kena plak layan dia tgk wayang kat Midvalley dan beli t-shirt kecik harga RM59.90. Huh! Tensen aku! Kasut aku pun harga RM39.00 jer. Aku tak pernah plak jumpa kes syarat nk check darah kena wat sumer tu...mengong!

SEKIAN!

Monday, August 2, 2010

CERITA-CERITI


GAMBAR KEDUA-DUANYA TIADA KAITAN. SAJA LETAK


1. Ok je kalau tak update blog kan? Banyak mende lain leh settle. Hehehehe..tp jeles la plak tgk blog2 yg update slalu.

2. Perasan tak manusia yg perasan diva makin ramai?

3. Orang yg tak ingat org lain tetibe touching org lupa kat dia...what the hellll????

4. Akulah wanita paling ayu dan baik. Pemalu dan bersopan-santun itu adalah sinonim ngan aku. Shit lerrr...

5. Saya memang matured dari umur 10 thn lagi...(org2 yg wat statement gini kena tukar - saya lebih matured dari budak umur 10 thn). MATURED ke TUO? hahahahaha..

6. Kalau opisboi naik gaji kena open table (yg mintak blanja plak pegawai besar, ape kess?)

7. Aku kirim mknan pastu aku tknak makan..sukati aku laa.

8. Nasi lemak kau aku jamah, tp BigMac aku..(aku makan sorang2 kat dlm bilik)...hehehehehe

9. Ohhh..kenapalah sume org tak faham aku. Kesian aku...sumer keje wat sorang. (abes problem org ko ade pikir?) SILA TANAM DIRI SENDIRI.

10. Ye saya mmg handal...sume keje saya boley siapkan (tp sekerat jalan...ehhh..takk...suku jalan).


Nanti sambung lagi ek.

Babai........