Tuesday, August 22, 2017

BERLARI-LARI BERSAMA AKU

Bulan Ogos ini cukup lebih kurang 6 bulan aku berlari-lari. Bagi orang lain yang biasa bersukan memang nampak biasa. Tapi untuk aku yang tidak pernah bersukan melainkan zaman sekolah acah-acah main netball atau Bola tampar (itu pun tak ke mana), makanya berlari-lari ini satu kejayaan besar.

Bukan senang nak memulakan benda yang kau tak suka. Terpaksa terpaksa terpaksa. Sampai sekarang pun masih terpaksa. Berlari-lari 10km pun sudah rasa putus nyawa. Mana nak layan tekak haus, kaki sakit, tapak kaki panas, matahari meninggi kau masih jauh dari garis penamat. Argggghhhhh.....

Untuk mereka-mereka yang serupa aku, niat ingin berlari tapi belum terpaksa; cubalah mula. Bukan senang tapi taklah susah sangat. 1. Kena ada semangat 2. Mesti poyo sikit 3. Disiplin (semua benda pun mesti disiplin)

Berlari-lari ni pilihan untuk sihat. Aku menulis atas pengalaman aku. Aku tau ramai yang mula jogging seminggu dua lepas tu sendiri cari alasan mengelat. Aku pun sama. Jogging 2 hari, mengelat seminggu.

Cuma yang penting, kena tahu limit badan sendiri. Kalau mampu buatlah laju-laju. Kalau handal larilah jauh-jauh. Kalau hebat silalah lari laju jauh-jauh. Kaki paling banyak tanggung beban. Pakai kasut sesuai. Stokin wajib. Kalau kaki sakit masa berlari-lari, berhenti. Kau bukan nak kejar apa-apa pun.

Sekarang limit aku ialah 10km. Tiada niat untuk timing pantas. Asalkan tamat sebelum masa cut off, sudah. Dapat medal dan pisang, baliklah. Cita-cita ialah HalfMarathon. Tahun depan? Mungkin. Kalau panjang umur dan lutut tak tercabut lagi. Aku dah tua kan.😎😎😎

Nanti aku cerita lagi pasal berlari-lari ye.

No comments: