Wednesday, January 12, 2011

Karoshi

Hari ini aku berkursus sehari. Tajuk kursus ialah Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau lebih terkenal dgn OSH (Occupational Safety and Health). Ye org kita kan lebih mudah ingat perkataan Inggeris dari kata Melayu. Cam yg aku slalu dgr kat kampung arwah nenek di Labu, Negeri Sembilan.

Soal : "Kau nak poie mano tuuuuuuuuuuuu?"
Jawab : " Nak poie Separut.....nengok menantu baru beranak"

Tau Separut tu ape? Heh...Separut ialah Sepang Road (Jalan Sepang). Kalau skrg ni leh smpai ke KLIA. Sekian.

Oh aku bukan nk cerita pasal I-sound-stupid-when-I-speak-Malay. Takkkkk...itu isu basi. Lagipun entry aku pun bahasanya cacamarba. Aku nk cerita pasal tajuk entry ni.... KAROSHI.

Karoshi adalah perkataan Jepun. Dalam kursus td, penceramah menyebut bahawa "karoshi" dalam Bahasa Melayu ialah kerja sampai mati. Dan bila aku google, ia membawa makna "death by overworked" atau pun mati akibat kerja berlebihan. Ia merupakan satu isu yg telah dikaji dengan serius di Jepun, selaku negara maju yang sebahagian rakyatnya adalah menjadi hamba kerja. Ok. Aku taknak huraikan panjang2 sbb aku tk baca habis artikel2 berkaitan karoshi ni. Antara yg best ialah http://www.workhealth.org/whatsnew/lpkarosh.html.



Juga adalah sebuah music band rupanya..............




Belum sempat cari youtube lagu2nyer. Inspirasikah???

Hehehehe.... baik dengar Maher Zain.


Sunday, January 9, 2011

Melodi ohh Melodi

Tadi tgk Melodi dlm kebosanan. Melodi kan? What do u expect laa?

Cuma satu wat aku kepelikan kejap.

Satu segmen pasal sorang budak pompuan umur 15 thn, ngaku kata dia anak luar nikah sorang artis pompuan. Nama budak tu Angelina (bukan nama betul kot). Oh whatever the story la kannn... tapi ada satu soklan dari wartawan Melodi si amoi Michelle tu tanya;

"Sepanjang tempoh tak jumpa ngan mak u, dia ada bagi sebarang nafkah tak?"

Erkkk... sejak bila mak kena bagi nafkah kat anak. Anak tak sah taraf plak tu. Nama Angelina... Islam ke? Kalau non-muslim mak kena bagi nafkah ek?

Aku tak paham ni...tolong bagi paham yer.

Sekian.