Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Sirih Junjung Tiga Bersegi



Sirih Junjung ni aku buatkan untuk  adik kpd member opis aku. Nikah malam ni, so tghari td buat  masa rehat. Namanya  sirih junjung tiga bersegi. Harap pengantin tidak bercinta bersegi-segi ye

Tuesday, January 31, 2012

Januari 2012

Sebenarnya memang takde benda nk cerita pun. Tapi sebulan dah habis utk 2012 ni. Bulan ni masa banyak uruskan pindah-memindah barang dari umah Bangi ke Perak sebab officially umi n walid aku dah pindah sana. Pencen kan, balik kampung lah. Walaupun aku rasa macam tk perlu pun nak pindah. Tapi itu memang plan diorg....kami adik-beradik sokong je. Adik bongsu aku akan menyusul utk tinggal di sana.





Anyway...tadi baru je selesai Hari Inovasi institut di Mines Wellness Hotel. Layan gambar aje lah.

Babai.

Wednesday, January 25, 2012

Emas dan Perak

Okay....gua cuti lg. Ngalahkan org yg sambut raya okay. Takpe lah. Pak Najib musti suka. Sebab aku 1Malaysia. Org lain raya, aku sebok cuti siap balik kampung. Oh cuti ini aku meng"hadap" menatang baru. Apakah? Yerrr....mau try buat bunga dip...(kelasssssssss ko Jah!). Cari idea...mari...mari...mana kau idea. Susah jugak. Otak kat opis (giler rajin) (read- giler malas sebab banyak kijo tk siap).

Anyway, carilah idea yer. Gua kene buat dua set ni. Belah pompuan n belah lelaki. Gambar di bawah adalah stok angan-angan gua.

http://noorul-weddingarts.blogspot.com/

http://krieflora.fotopages.com/?entry=1590910

Tak perasan ari ni Wordless Wednesday...gasaklah. Rugi la gua dh menaip banyak. Kehkeh.

Monday, November 28, 2011

hantaran hijau


Tak perasan plak hantaran ni tak pernah dijadikan entry...haha. Ok macam banyak sangat projek hantaran ko Joyah! Ini ialah hantaran untuk walimatulurus adik lelaki aku tahun hujung 2009 (ye ke? tak ingat dah)

Monday, November 14, 2011

mega project

Yes...another 2 mega projects are about to coming.

Kene bertapa lah. Cari idea.

Wednesday, June 1, 2011

Hantaran Pinkylicious Silver Bling-bling










Nama hantaran sukahati aku nk reka. Layan gambarr...........


Ooohh yerrrr...tak boleh tunjuk gambar penuh. Majlisnya belom lg.

Tuesday, May 17, 2011

Pinky dooooo



2-3 hari ni aku bergelumang dengan warna pink. Cantik sebenarnya pink ni, tp disebabkan aku bukan pinky, so aku rasa cam adoyaiiiiii pink nyerrr....

Gambar penuh lom boleh tunjuk, sebab majlisnya belum lg. Ini pun hasil yg raw, belum diperhalusi lagi (waahhhhh....kelasss kan gitew). Anyway, semoga idea datang lagi dan lagi.

Sunday, February 13, 2011

Hantaran hitam+putih+silver


Hantaran2 ni aku buat masa adik lelaki aku bertunang last year. Aku rasa kalau orang tua sure tak suka guna kombinasi warna ni. Hitam? Cam takut je nk try. Tapi bila dah buat ok gak. Nmpak unik sket.

Wednesday, January 5, 2011

2010 - 2011 : Kronologi yg tidak teratur (boleh?) Siri 01

Tampalan terakhir aku ialah pada 3 Januari 2011, tanpa ada apa2 cerita. Dan sebelum itu ialah tampalan tentang pokok tumbang iaitu pada 1 Disember 2010.

Aku menamatkan bulan terakhir tahun 2010 dengan agak penat sebab walimatul urus adik lelaki aku di mana aku menjadi tuan rumah. Asalnya semasa bertunang bulan Julai 2010, rancangan awal ikat setahun hidup (paham setahun hidup ni ape?) atau paling awal ialah bulan Februari 2011 (raya cina). Tp kita merancang kan? Jadinya selepas berbincang itu ini begitu begini, bulan Oktober terus decide nk wat Disember (awal bulan plak tu). Yesss aku mmg suka wat keje adhoc gini. Aku mula uruskan dari booking dewan (kat rumah aku), kad kawen, khemah. Then selit plak tugas lain iaitu urusan rombongan nikah ke Johor. Aku dan En. Anuar uruskan rombongan bas ke Yong Peng pada 5/12/2010. So I've missed the akad nikah sbb diorg nikah the day before. Takde apa yg bz sgt semasa majlis di Johor.

Sebelum ke Johor, aku dah uruskan siap2 booking dewan kat rumah aku, booking khemah, goodie bag, bunga telur. The only thing yg aku tak uruskan ialah katering, sb itu umi yg settle. Dan the next week selepas ke Johor ialah hari kegilaan bz kental aku. Terpaksa ambil leave selama 3 hari dan tinggalkan apa saja yg perlu di ofis. Last touch up ialah siapkan bunga hiasan meja makan pengantin, susun atur majlis, susunan khemah, notis kosongkan parking, kawtim ngan security, kemas rumah utk sedara-mara lepak dan tak lupa jaga nenek yg kebetulan uzur plak time kenduri ni.

Hari Jumaat malam, semua hampir ready. All the budak2 jantan g pacak signage, aku ngan my lovely kazen setting meja pengantin. Sambil2 tu masukkan telur lam kotak 1000 bijik okayyyyy.... dekat kul 3 baru ketiduran (aku puas nak ingat aku tido katne mlm tu sbb all the space lam umah dah occupied by my families).

Pagi2 Subuh Sabtu sebelum mula majlis dah kena siapkan bekfes utk famili yg dtg awal. Hehehe...seb baik kena wat air jer sbb umi dah siap gorengkan bihun dan acik masak lontong (wahhhh giler makan).

Jam 11.30 pagi, tetamu dh mula datang esspecially jemputan umi dan walid yg nk rushing plak ke kenduri yg lain (cuti sekolah kan). Majlis mula dengan doa pertama Ya Allah jangan lah hujan. Alhamdulillah tak hujan, cuaca amat sejuk berangin cam kat tepi pantai sehinggakan kain alas meja tak reti duk diam. Menyebabkan aku rumuskan "Oh that's why aku tk dgr budak kecik nangis"; sbb aku tau anak buah aku akan melalak kalau kepanasan. Dan satu lg semoga makanan lauk-pauk cukup sbb jemputan mmg ramai. Dan skali lg syukur, makanan ngam2 ajer, skali ngan kuih-muih cukup takde yg berlebih-lebih. Rombongan dari Johor satu bas tiba sblm Zohor, dan diorg leh relax2 Zohor kat surau.

Dan nearly 4 pm, everything almost done. Bagi aku itu adalah antara walimatul urus paling lancar yg pernah kami sekeluarga laksanakan. Termasuk ini, sudah 5 majlis walimah telah diusahakan dari 2003 oleh umi dan walid dalam keadaan yg sgt sederhana, tanpa bajet melampau, penuh kerjasama semua adik-beradik, ahli keluarga, saudara-mara. Majlis walimah kami adik-beradik pernah diadakan di rumah dgn kerja kendara jiran tetangga, 2 pasang pengantin satu majlis, 2 majlis kahwin dlm setahun, katering dan majlis di dewan makan. Kami dah gunakan warna apple green, pink, maroon, hitam putih, silver, turqoise. Goodie bag isi telur, wajik, kerepek, chopstick, baulu ikan, bunga telur, sapu tangan. Ada majlis yg penuh dgn nangis2, suka-suki, sempoi, protokol, cerewet, misteri, nervous, tak sihat dan macam2 lagi.

Sabtu selesai, Ahad kena ke Melaka sbb kerja sehingga Selasa. terima kasih kepada kawan2 yg paham kehuru-haraan aku. So aku leh la ngelat dari wat banyakkkkkk keje kat opis sblm konferens. Tq ek.

Dan selepas itu, aku demam. Bak kata kazen aku, ala ko demam pun xpe. Ko kan kental. Ye la...kental la sgt kalau nk kencing pun aku kena berpapah. 2 minggu rumah belom siap berkemas. Tqvm pada En. Anuar dalam kesebokan menguruskan tapak @ Jom Heboh, ulang-alik Bkt Jalil - rumah sambil dgr aku membebel dan mengamok.

Dan finally kpd kawan2 yg single dan takut nk kawen sbb TAK READY...pikir lah balik yer. Dah ade keje, dah ade boipren, ada gaji bulan-bulan; percayalah kita takkan pernah ready. Yg penting RESTU ibu bapa akan bawa kpd RAHMAT dan BERKAT dari Allah. Umi dan walid aku tkde duit banyak pun. Aku adik-beradik pun takde la keje hebat2. Tapi kami semua survive sbb semua merestui each other, redha, terima kesederhaan sbg nikmat, ape2 kejadian pun ade hikmahnya. Dan syukurlah dgn apa yg kita ada, sambil improve ourselves.

SEKIAN. TAZKIRAH TOUCHING dari SIFAR ke INFINITI.




@ Yong Peng : Gua missed the akad nikah. Tapi bekas cincin ini gua yg buatkan. Gua buat dua set, satu utk pompuan, satu utk lelaki.










@ Bangi : Otai tru Jawa from Yong Peng. A very big and happening new family.

Banyak gambar mau upload. maybe next entry lorrr.....kata tajuknya ada bersiri.

Sunday, November 21, 2010

Salju di Taman Bunga

Korang rasa tajuk berkaitan dgn aperrr???? Hahah poyo konon aku nk gigih letak entry baru tiap-tiap hari. Skali smlm kedemaman. Tido ajer la kannnn.... Busan dan rugi rasanya Sabtu dipenuhi dgn tido.


Malam td g makan malam kat umah umi. Makan lalu plak. Kata demammmm....


Oh. Tajuk tu pasal aper ek? Ni ha siap sudah satu dulang. Mas kawen sama gelang batal air semayang. Macam tak puas hati, tp takley nk pikir dahhh.



Sunday, November 14, 2010

Gubahan Bunga Meja Pengantin

Wahhhh tetibe tajuk rasa cam mak andam kan? Antara yg disiapkan untuk projek akan datang ialah goodie bag dan gubahan bunga meja pengantin. Bunga tu modal tak sampai Rm50 okeyyy. Aku telah bejaya meniru design simple itu dari kedai kat Nilai 3. Kalau beli siap RM50 tu ko dapek satu je tu. Aku dapek tigoo.......hahahahha. Tp ini adalah gigih dalam keadaan malas ok.


Tengah siap sedia nk tengok Hawaii Five-O nih. Hahahaha..excited gilo!

Sunday, October 17, 2010

PROJEK BESAR LAGI

Akan datanggg... satu lagi projek besar.

Projek khidmat masyarakat.

Agak sebok.

Lom ade mood mau update.

Mau makan megi kari.

Sekian.

Tuesday, June 8, 2010

UNGU DAN HITAM

Ada dua kerja tunang bulan 7 ni. Tarikh yg sama. Sorang adik lelaki aku, sorang lagi sepupu aku..lelaki gak. Haruslah kann diorg ni nak tunang tarikh sama. tapi takper...pembahagian rombongan sudah diatur. No hal.

Hantaran adik : 13 dulang Kaler : Hitam + silver Lokasi : Yong Peng

Hantaran sepupu : 9 dulang Kaler : Purple Special request : Bunga rampai Lokasi : Desa Pandan

Idea...marilah datang idea...jangan buntu....

Starting from now untill this weekend : CARI IDEA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Wednesday, November 4, 2009

LAMA TAK BUAT BENDA NI....





















Wahhh lama dah aku tak buat hantaran...ni skill udah tumpul ni. Kekurangan kawan2 dan sedara-mara yg kawen kah? Atau aku jer yg tak berapa nk rajin?

So sesapa nak kawen...nak tunang...meh la aku buatkan hantaran. Sesuai dengan bajet anda. Tapi moto nya ialah....

Konsep anda...bajet anda... tapi idea saya...

Wednesday, May 7, 2008

Di Dalam Kekeliruan




Minggu ini adalah minggu yg paling sukar bagi aku. Dengan hal2 yg belum selesai aku rasa kekeliruan memang memenatkan.Apa pun minggu ini aku mesti terus teguh..seteguh Gunung Tahan.

Bukit Gantang 10-05-2008

Only Allah knows.