Sunday, October 17, 2010
PROJEK BESAR LAGI
Akan datanggg... satu lagi projek besar.
Projek khidmat masyarakat.
Agak sebok.
Lom ade mood mau update.
Mau makan megi kari.
Sekian.
Projek khidmat masyarakat.
Agak sebok.
Lom ade mood mau update.
Mau makan megi kari.
Sekian.
Sunday, October 10, 2010
10.10.10
Mau sebok2 nk update tarikh ni. Kawin? Takkk...tunang???takk....holiday? takkk......tapi keje.
Wednesday, October 6, 2010
Jumpa gambar (campur2) dlm PC (lama dan baru)
Thursday, September 30, 2010
Aku rasa feel memasak aku dah mariiii...........
Hari ini balik awal sikit dari biasa sbb En. Anuar MC. Sakit perut. Dan aku plak bwk hasil tangkapan. 10 ekor burung puyuh yg aku order dari opis mate. Oh aku tak kesah kalau ade org yg tak mkn burung puyuh. Sebab aku masak utk tekak aku ngan En. Anuar jer. So menu malam ini ilah seperti di bawah. Puyuh masak cili, sambal belacan dan ulam. Masak 10 ekor skali gus okayyy...Aku ngan En. Anuar belasah sorang 3 ekor. Ala cinonet je pun. Lagi pun peduli haper aku! Bulan ni dah timbang. Hahahahahaha................
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tuesday, September 28, 2010
Kalau aku tak letak cerita raya nnt org kata aku stonecold lagi...jadi aku letak la





Jumaat malam dan Sabtu seharian aku dengan gigih buat open house utk jiran2 blok aku dan kawan2 lama En. Anuar. Agak separa pengsan la..sebab masak dan layan org non-stop. Hahahahaha....Malas nk taip banyak2. Tgk gambar aje la. Gambar adalah tak ikut susunan. Tapi ni gambar malam Sabtu masa jiran2 je sebab adik aku tolong snap. Sabtu siangnya tak sempat nak amek gambar. malas dah. Penat. Luar dalam umah aku guna..ye lah umah kecik. Huhuhu...
Sekian. Itulah citer raya aku.
Thursday, September 23, 2010
TIMBANGAN
Saturday, September 18, 2010
GAMBAR RAYA TANPA BAJU RAYA
Selesai sudah cuti raya. Jalan2 raya pun sudah. Makan2 raya pun sudah. Bagi duit raya pun sudah. Aku jalan-jalan di blog org, di FB org. Meriah kaler baju raya mereka. So mcm biasa... aku tknak la wat citer sama lebih kurang. Raya tahun lepas entry aku macam ni. Tapi tahun ni aku cuti raya panjang sket. Arahan Ostazah Besar supaya semua balik Perak jenguk rumah arwah atok... (ye kitorg jenguk rumah arwah atok, bukan ziarah kubur arwah atok). Aku tak pasti ngaper...tp parents aku tk pernah ajak kitorg ziarah kubur.
Ini gambar2 raya anak2 buah aku tanpa baju raya (tapi masih berbaju laaa.....).

nurul iman

najwa fariha

darries hakim

amar hasbullah
Ini pula some of the pix yg adik aku snap masa kat kampung. oh yer.. jgn tertipu bila aku kata aku takde kampung. Sbb kampung aku ni mmg betul2 true punya kampung.

Beranda depan rumah arwah atok

Model telefon : membuktikan line masih clear di sini

Ikan keli bakar oldskool (abess..ini model ikan keli?)

Selalu patung2 jaga sawah tapi ini patung2 di kebun kelapa. Time ni sawah kering (sudah abes musim)
THIS IS THE HOUSE. Sejak arwah atok meninggal, nenek balik ke rumah pusaka arwah ayahnya. Jadi rumah ni kosong. Seminggu sekali pakcu dari taiping akan datang membersihkan apa yg patut. Walaupun kosong, keliling rumah ni masih subur, serai, pandan, daun kari, pokok pisang dan segala hasil alam. Di kampun ni, inilah satu-satunya rumah di tengah sawah. Betul-bertul di tengah sawah. Dihubungkan dengan laluan tanah merah oleh titi kayu yg kami sengaja biarkan "setakat itu" sahaja. Rumah ni simpan banyak kenangan kami sekeluarga bersama sepupu-sepapat, makcik pakcik, arwah atok, nenek, org2 kampung yg kami tak kenal tapi sebenarnya saudara-mara. Kalau kecik2 dulu, balik kampung adalah sangat heaven. Dan skrg kami balik kampung utk kenalkan pula suasana ni pada yg masih kecil2. Untuk kenal api itu bukan asal dari tong gas, pisang itu ada pokok bukan asal dari pasar malam dan pokok yg ditanam di bendang ialah pokok padi, bukan pokok beras.

LOKASI : KG. SAMA GAGAH, SELINSING, PERAK. Lebih kurang di peta.
Sumber ekonomi utama ialah pertanian iaitu bersawah (daerah ini ialah Jelapang Padi Perak), kelapa dan lain2 tanaman.
Wednesday, September 8, 2010
Tuesday, September 7, 2010
CERITA-CERITI SEBELUM RAYA
1. Sudah selesai beli kasut raya saya dan En. Anuar. Walaupun rasa macam budak2 nk raya kena beli kasut raya.
2. Di opis lagu raya sahaja yg berkumandang. Mood pra-raya memang bahaya.
3. Sungguh bangga jadi org Bandar Baru Bangi sebab Uptown di sini sangat happening. Saya rasa macam sgt bangga. Hehehe.
4. Langsir sudah ganti (sebab langsir lama dh koyak..heheh).
5. Rumah sudah cat (selepas bertangguh bertekak ngan En. Anuar). Rumah umi juga sudah cat.
6. Zakat fitrah sudah bayar di Masjid Tmn Dato Harun.
7. Sudah berjaya dapatkan D90 sebelum raya (walaupun kena share ngan adik). Batallah beli handbag mahal (Cik Raksasa akhirnya aku beli beg RM30 je kat uptown hehehehe).
8. Tak sempat tukar duit raya (bukan urusan aku, itu urusan En. Anuar). Hehehe...aku tak bagi duit raya (not my style..maaf). Tau tak aku penah bagi notepad comel2 utk budak2 masa raya 2 tahun lepas.
9. Rasanya tahun inilah cuti raya aku paling panjang (4 hari). Hehehehe.
10. Buka puasa je tgk Geng Surau. Best kan citer tu?
tentang apa
cerita aku,
kongsi sama-sama,
merepek daaaa
Subscribe to:
Posts (Atom)


