Wednesday, October 14, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 6

Aku dah mula bosan. Bodoh punya jantan. Nak buat keputusan punya lah susah. Bacul! Kau nak sangat aku mengamuk kan? Ingat aku budak-budak lagi?!

Telefon di tangan direnung lagi. Nak call ke tidak? Kalau aku call tak berangkat, lagi sakit jiwa! Ishhh... tak boleh jadi ni. Dari pagi tadi call tak angkat, sms tak reply. Memang tak guna jantan ni. Mesti berkepit dengan bini dia la tu!

Tiba-tiba telefon berdering. Kussss semangat! Tapi bukan jantan tu! Abah la plak.. Alamak ape aku nak cakap ni.

"Dapat call dia tak? Abah nak jalan lepas Asar ni. Confirm tak naik kereta dia? Bukan dekat KL ngan Taiping tu...".

"Alah bah...Niky call dia tak angkat la...tunggu jap lagi Niky try lagi".

Ding dong... (sounds like a stupid door bell)

Bergegas bangun.

"Laaaa... ayang ni apehal?! Nape baby call tak angkat? Tensen la. Orang tunggu dari tadi. Abah dah berpuluh kali call. kain baju semua baby dah siapkan. Jahat tau dia niiii.....".

"Takde apa...nak kena siapkan keje dulu. Tiba-tiba je nak cuti kan, kena la settle semua".

"Abis betina tu?".

"Baby boleh tak jangan panggil dia macam tu? Dia bini abang tau".

"Ye la bini abanggggg.... geli dengar!"

Seronoknya aku...akhirnya dapat juga aku bawa my love ni keluar dari KL ni. Rasakan kau betina bodoh! Padan muka! laki kau kat tangan akuuuu......

Lepas ambil abah dan Auntie Ina, kami teruskan perjalanan ke Taiping. Yang tensionnya, telefon ayang aku ni asyik la berbunyi. Last-last aku ambik je pegang letak dalam beg. Betina tu call la tu. Tak sedar diri! Dah sah-sah laki kau tak nak ngan kau. Bodoh betullll....

Saturday, October 10, 2009

OKTOBER BULAN KESEDARAN BARAH PAYUDARA


Bulan Oktober ialah "Breast Cancer Awareness Month". Jadi kepada rakan-rakan marilah kita serba pink, pakai riben pink atau pun pakai kasut pink. Dan yang paling penting kita mesti sedar bahawa kanser payudara adalah antara pembunuh utama wanita di Malaysia. Dan u guys plakkkk...korang ingat korang selamat? No...no...no... korang refer di sini. Jangan terkejut yer.. Or at least bila kita semua aware, maka kita akan lebih prihatin dengan orang2 sekeliling kita. Our mums, our in-laws, our sisters, siblings dan sesiapa sahaja yang kita kenal. Dan kita juga mungkin berisiko kan?

Sila lawati laman web ini - http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/. Banyak info berguna utk kita semua.

Thursday, October 8, 2009

POLIGAMI - Sharing is Caring

Korang tau.. aku penyokong poligami. Tapi bukan yang sebarangan. Yang penting poligami itu adil dan benar ikut hukum dan tiada pembohongan langsung. Kenapa aku tetiba nak wat entry poligami ni? Buang tebiat ek? Takde la. Aku senang je, kalau dah Tuhan benarkan tu, maknanya elok la kan? Bukan berlagak ustazah yer... Ala sharing is caring kan?

Contoh? Takde kot.. aku tak berani bagi contoh yang di luar lingkungan mata kasar aku. Setiap kali aku terbaca pasal poligami, betapa ada yg amattttttttt lah membangkang, aku masih rasa ok lagi.

Ok...enough ek. Kang aku lebih2 nanti, ada plak yg emo. Tapi aku jumpa artikel ni dan juga ini. Cubalah baca. Ok what? Senang-senang jer aku dapat payung emas di shorga. Hahahha.

Laki aku? Ntah... aku pernah offer. Tapi dia kata aku mengarut (sama time aku mintak izin nak daftar as an organ donor). For sure aku demand sket la kan. Dah nak jadi yg no. 2 tu, kena la at least same level ngan aku atau pun better (lagi aku suka). Kalau artis, tak mau la artis kunun-kunun jer. Biar la mmg org kenal. Tak pun doktor ke...loyer ka... Dan anak dara yer... mesti muda dari aku (aku tau la taste lelaki). Huhuhuu...

Mamposs aku kalau laki aku tau aku tulis pasal ni. Seriyes ni weeeiiii!!! Tapi laki aku tak available la. Dah dia menolak. Kalau dia ok aku on jer....

Ha!? Ada yg kata aku mental? Apesal lak? Kalau berani citer la.....

Ni kalau ade poster camni kat Malaysia...hehehehhheeeheheh tak tau la aku!

Ni kategori entry testing. Rasa2 topik ni relevan tak?

Monday, October 5, 2009

OUT OF SERVICE


Aku sudah kehabisan momentum (betul ke statement ni?)...Dah tak boley nak adjust dah. Sungguh tepu dan tiada produktiviti.

Huh!






height="500" width="100%" > value="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf?document_id=5624056&access_key=key-1xpxy6qif0ofzni4z5yu&page=1&version=1&viewMode=">

Saturday, October 3, 2009

SEJADAH BERDIRI?


Sebelum tu... aku terjumpa ni. Korang try buat kat sejadah korang boleh? Aku dah try...amik yg keras/tebal sket. Jangan usik2...InsyaAllah berdiri lah ia. Sorry aku bukan nak nafikan apa2. Tapi harap benda2 gini kita terima secara logik dan jangan membawa kepada khurafat. Maha Besar Allah.

Suami isteri terkejut sejadah "berdiri" sendiri


MOHAMAD Shuhaimi Md Ilias, 26, (kanan) menceritakan
kepada orang ramai mengenai kejadian sejadah berdiri
secara sendiri di kediamannya di Taman Haji Mohd Amin,
Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. - Foto Rosli Ahmad


BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba "berdiri" dengan sendiri malam tadi.

Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, masing-masing berusia 26 tahun, menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira jam 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan adalah hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lalu.

"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu.

Mohamad Shuhaimi berkata, beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.

"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya.

"Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya "berdiri" tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya.

Katanya, beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.

Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah "berdiri" berkenaan. - Bernama

SELINGAN
Menu :

1. Mee kari
2. Spaghetti (betul ka eja ni?)
3. Kuah durian ngan roti
4. Murtabak sayur
5. Kuey Teow Goreng
6. Lontong

Macam nak pengsan aku masak. Errkkk... yg last tu MIL aku masak. Lom mula lagi aktiviti makan2 nyer. Lepas maghrib. Tu yang lepak layan blog dulu ni.

Harus ker aku update pasal ni? Ok la dari dari takde post langsung..cadangnya nak update midnite nnt. Heheheheh.. ala kununnnn. InsyaAllah.

Friday, October 2, 2009

SEMINAR INTELEK MUDA ASASI 2009






http://www.kesturi.net/archives/1038

Bagi tuan-puan yang berminat untuk membincangkan atau menimba pengetahuan dan idea ttg hasil penyelidikan yang berkaitan Islam dan budaya Melayu, silalah layari laman web di atas untuk maklumat lebih lanjut.


Sekian, terima kasih.

Wednesday, September 30, 2009

SHARING IS CARING

Aku rayau2 dalam blog bro mazidul. Aku jumpa ini. Bacalah kalau berani. Sumpah pasni aku akan dapat baca post2 atau komen2 suspicious.

Hahahahahah... aku dah tempuh. Korang ader berannnn?

Petikan...

Apakah antara petanda awal suami curang?
Berikut beberapa rumusan hasil perbincangan secara tidak formal selama 45 minit.

1. Membawa telefon bimbit ketika masuk tandas untuk menghantar sistem pesanan ringkas.
2. Berasa cuak atau panik tidak menentu jika isteri secara spontan bercadang membersihkan bahagian dalam kereta.
3. Menyembur minyak wangi berlebihan berbanding kadar biasa sebelum keluar rumah.
4. Mula pulang kerumah lewat pagi dengan alasan bertemu rakan.
5. Menggunakan 2 telefon bimbit, 1 dimati atau disembunyikan ketika berada di rumah.
6. Berkata, “I will call you back” dengan nada sederhana sedangkan tidak sibuk ketika berada di rumah.
7. Membeli cenderamata ekstra ketika pulang daripada bertugas di luar kawasan, 'outstation' dengan alasan, ‘untuk kawan’.
8. Telefon bimbit diletakkan ‘silent mode’ ketika bersama isteri.
9. Memberikan perhatian dan pujian berlebih-lebihan secara tidak semena-mena terhadap isteri.

AWEK HINGUSAN - Episod 5

6.30 pagi.... Ahad.

"Tak balik lagi... sah dalam lokap la ni. Kalau bukan sebab nak balik rumah mak... idak la aku nak try call". Si isteri hati kering kan?

Capai handphone... speed dial nombor si suami. Cubaan ketiga baru bersambut.

"Halooooo...." Suara di sana.
"Ehhh.. saper plak ni? Polis ker?". Dalam hati.
"Halooooo kakak".
"Kakak? Saper ni?". Konfius.
"Ini kakak isterinya abang yaaa?" Suara di sana lagi.
"Adusss... Indon mana plak ni". Dalam hati. "Saper ni yer?"
"Ya ampunn kakak... ini Roni kulinya abang. Abang nya masih tiduran. Kok malam tadi kes nya udah jam 5 baru beressss..."
"Oooo... udah beres kes nya. Sapa yg bikin beres?" Si isteri tiba-tiba jadi Indon jugak. Nak korek rahsia kan?
"Tuan tauke kakak. Abang telepon sama tuan tauke bilang suruh jamin di balai. Kakak nggak tau?"
"Baiknya tauke ko tu"
"Ya udah sama-sama komplot. Sama-sama ada kes atas perut. Loh.. Saya kasihannnnn sama kakak, sama bininya tuan tauke jugak".
"Kes atas perut? Apa tu?" Seriyes 1st time si isteri dengar.
"Nggak tahu? Kes curang-curangan. Ada bini di rumah tapi kerjain orang lain. Saya kasihannnn sama kakak. Udah lama saya mau bilang, tapi ya maklum... saya kan kulinya abang".
"Abis ni sekarang abang nya mana?"
"Sudah tuan tauke jamin di balai... terus aja tiduran. Mau dikejutkan nggak?"
"Boleh lah...." si isteri dah malas nak cakap Indon.
"Aloooo... tunggu la abang balik. Ngantuk la. Nanti siapkan baju. Nak pegi jumpa orang".
"Ehhhh.... aku tak cakap apa pun lagi". Dalam hati si isteri.

-----------------<>---------------------

Sampai di rumah, si suami muka selebet nak mampos. Si isteri siapkan baju seperti dipinta.

"Abang hantar rumah mak awak... pastu abang nak jumpa orang". Alasan standard.
"Janji nak stay sama". Si isteri masih mengharap.
"Dah janji ngan orang la". Jawapan yang dah dijangka.

----------------<>-----------------------

Di rumah mak... SMS masuk di handphone isteri. Dari si suami.

Abang otw. Baby jgn lock pintu. Nak sampai abang call dulu. Luv u.

Haha! Salah sent....

SMS masuk lagi....

Salah sent. Abaikan. Kad ATM abang amik. Nak kuarkan sket ganti duit bos malam td. Kena bayar gak nak settle kat balai.

So... jantan ni kategori haper? Selamba kan?


IKLAN

Tuesday, September 29, 2009

SEBELUM TERLAMBAT THE BIGGEST LOSER - My Version



Konon la kannn.... Amacam? Ader berannn....?


Sekarang nih....

Sebenarnya aku dh lama draft entry ni. Cuma tak sure perlu post ke idak. tapi setelah melihat situasi semasa, aku rasa lebih baik aku post sebelum terlambat.

Aku ade cerita sikit-sikit pasal hal ni sebenarnya dalam one of my previous post. Hermmm... so lepas korang baca entry tu, korang tau la sikit2 kan kesahnya.

Jadi nak dipendekkan cerita, dalam program yg berlangsung selama lebih kurang 4 bulan tu, kami semua peserta2 kira macam bertanding la. So sesiapa yg paling banyak dapat mengurangkan berat badan akan diberi hadiah. Lumayan gak tak silap aku RM500, RM300 dan dan RM200. Aku dan beberapa orang kawan sepejabat dengan bersemangat menyertai program ini dengan tekun walaupun dalam hati tak rasa pun nak menang.

Pada awal pendaftaran kami telah diperiksa oleh pihak urusetia bukan sahaja dari segi berat badan, malah ukuran badan, kandungan lemak, kolesterol, gula, tekanan darah dan juga gaya hidup. Antara aktivitinya ialah ceramah pemakanan, ceramah kesihatan, ceramah aktiviti fizikal, senamrobik dan juga program 10,000 langkah sehari.


Ok..at the end tanpa disangka-sangka, masa final day, aku diumumkan sebagai pemenang kedua dan pemenang ketiga pun salah seorang ofismate aku. 1st place was a guy yg aku tak kenal. Jumlah penurunan berat badan aku dalam masa 4 bulan tu ialah 4.3 kg. Dan yg bestnyer plak, hadiah wang tunai tu ditambah dan aku dapat RM400. Suka betul aku masa tu. Hahahahha... rasa cam sungguh kurus time tu.

Jadi di sini aku (sebelum terlambat) nak bgtau sikit statistik berat badan aku. Alaaa... aku tak kesah sgt pun sebenarnya. Cuma utk mengabadikan kejayaan aku menurunkan berat badan 100% melalui senaman. Statistiknya secara ringkas adalah :

Semasa pendaftaran April 2009 : 70.9 kg
Semasa final end of July 2009 : 66.6 kg
Semasa akhir Ramadhan 18-09-09 : 64.0 kg
Selepas seminggu raya : 67.0 kg

Hahahahahhaha.... hampesss tak? Rasa rugi plak. So skrg tgh start exercise balik. Berganda-ganda gamaknya aku kena skipping (hati-hati kalau nak try terutama pada wanita) sebab nak lawan ngan rendang, nasi impit, ketupat lemang segala bagai. Open house lagiii.... Oohhhh tidakkkkkk!!!!!

Tu pasal la aku taknak amik gambar before and after aku. Huhuhuhuh keciwa woooo kalau turun susah naik senang. Hehehehehehe....

Opppsss sebelum terlupa... AWEK HINGUSAN 5 otw. Hari Khamis nanti..... Jangan lupa tau!