Wednesday, September 30, 2009

SHARING IS CARING

Aku rayau2 dalam blog bro mazidul. Aku jumpa ini. Bacalah kalau berani. Sumpah pasni aku akan dapat baca post2 atau komen2 suspicious.

Hahahahahah... aku dah tempuh. Korang ader berannnn?

Petikan...

Apakah antara petanda awal suami curang?
Berikut beberapa rumusan hasil perbincangan secara tidak formal selama 45 minit.

1. Membawa telefon bimbit ketika masuk tandas untuk menghantar sistem pesanan ringkas.
2. Berasa cuak atau panik tidak menentu jika isteri secara spontan bercadang membersihkan bahagian dalam kereta.
3. Menyembur minyak wangi berlebihan berbanding kadar biasa sebelum keluar rumah.
4. Mula pulang kerumah lewat pagi dengan alasan bertemu rakan.
5. Menggunakan 2 telefon bimbit, 1 dimati atau disembunyikan ketika berada di rumah.
6. Berkata, “I will call you back” dengan nada sederhana sedangkan tidak sibuk ketika berada di rumah.
7. Membeli cenderamata ekstra ketika pulang daripada bertugas di luar kawasan, 'outstation' dengan alasan, ‘untuk kawan’.
8. Telefon bimbit diletakkan ‘silent mode’ ketika bersama isteri.
9. Memberikan perhatian dan pujian berlebih-lebihan secara tidak semena-mena terhadap isteri.

AWEK HINGUSAN - Episod 5

6.30 pagi.... Ahad.

"Tak balik lagi... sah dalam lokap la ni. Kalau bukan sebab nak balik rumah mak... idak la aku nak try call". Si isteri hati kering kan?

Capai handphone... speed dial nombor si suami. Cubaan ketiga baru bersambut.

"Halooooo...." Suara di sana.
"Ehhh.. saper plak ni? Polis ker?". Dalam hati.
"Halooooo kakak".
"Kakak? Saper ni?". Konfius.
"Ini kakak isterinya abang yaaa?" Suara di sana lagi.
"Adusss... Indon mana plak ni". Dalam hati. "Saper ni yer?"
"Ya ampunn kakak... ini Roni kulinya abang. Abang nya masih tiduran. Kok malam tadi kes nya udah jam 5 baru beressss..."
"Oooo... udah beres kes nya. Sapa yg bikin beres?" Si isteri tiba-tiba jadi Indon jugak. Nak korek rahsia kan?
"Tuan tauke kakak. Abang telepon sama tuan tauke bilang suruh jamin di balai. Kakak nggak tau?"
"Baiknya tauke ko tu"
"Ya udah sama-sama komplot. Sama-sama ada kes atas perut. Loh.. Saya kasihannnnn sama kakak, sama bininya tuan tauke jugak".
"Kes atas perut? Apa tu?" Seriyes 1st time si isteri dengar.
"Nggak tahu? Kes curang-curangan. Ada bini di rumah tapi kerjain orang lain. Saya kasihannnn sama kakak. Udah lama saya mau bilang, tapi ya maklum... saya kan kulinya abang".
"Abis ni sekarang abang nya mana?"
"Sudah tuan tauke jamin di balai... terus aja tiduran. Mau dikejutkan nggak?"
"Boleh lah...." si isteri dah malas nak cakap Indon.
"Aloooo... tunggu la abang balik. Ngantuk la. Nanti siapkan baju. Nak pegi jumpa orang".
"Ehhhh.... aku tak cakap apa pun lagi". Dalam hati si isteri.

-----------------<>---------------------

Sampai di rumah, si suami muka selebet nak mampos. Si isteri siapkan baju seperti dipinta.

"Abang hantar rumah mak awak... pastu abang nak jumpa orang". Alasan standard.
"Janji nak stay sama". Si isteri masih mengharap.
"Dah janji ngan orang la". Jawapan yang dah dijangka.

----------------<>-----------------------

Di rumah mak... SMS masuk di handphone isteri. Dari si suami.

Abang otw. Baby jgn lock pintu. Nak sampai abang call dulu. Luv u.

Haha! Salah sent....

SMS masuk lagi....

Salah sent. Abaikan. Kad ATM abang amik. Nak kuarkan sket ganti duit bos malam td. Kena bayar gak nak settle kat balai.

So... jantan ni kategori haper? Selamba kan?


IKLAN

Tuesday, September 29, 2009

SEBELUM TERLAMBAT THE BIGGEST LOSER - My Version



Konon la kannn.... Amacam? Ader berannn....?


Sekarang nih....

Sebenarnya aku dh lama draft entry ni. Cuma tak sure perlu post ke idak. tapi setelah melihat situasi semasa, aku rasa lebih baik aku post sebelum terlambat.

Aku ade cerita sikit-sikit pasal hal ni sebenarnya dalam one of my previous post. Hermmm... so lepas korang baca entry tu, korang tau la sikit2 kan kesahnya.

Jadi nak dipendekkan cerita, dalam program yg berlangsung selama lebih kurang 4 bulan tu, kami semua peserta2 kira macam bertanding la. So sesiapa yg paling banyak dapat mengurangkan berat badan akan diberi hadiah. Lumayan gak tak silap aku RM500, RM300 dan dan RM200. Aku dan beberapa orang kawan sepejabat dengan bersemangat menyertai program ini dengan tekun walaupun dalam hati tak rasa pun nak menang.

Pada awal pendaftaran kami telah diperiksa oleh pihak urusetia bukan sahaja dari segi berat badan, malah ukuran badan, kandungan lemak, kolesterol, gula, tekanan darah dan juga gaya hidup. Antara aktivitinya ialah ceramah pemakanan, ceramah kesihatan, ceramah aktiviti fizikal, senamrobik dan juga program 10,000 langkah sehari.


Ok..at the end tanpa disangka-sangka, masa final day, aku diumumkan sebagai pemenang kedua dan pemenang ketiga pun salah seorang ofismate aku. 1st place was a guy yg aku tak kenal. Jumlah penurunan berat badan aku dalam masa 4 bulan tu ialah 4.3 kg. Dan yg bestnyer plak, hadiah wang tunai tu ditambah dan aku dapat RM400. Suka betul aku masa tu. Hahahahha... rasa cam sungguh kurus time tu.

Jadi di sini aku (sebelum terlambat) nak bgtau sikit statistik berat badan aku. Alaaa... aku tak kesah sgt pun sebenarnya. Cuma utk mengabadikan kejayaan aku menurunkan berat badan 100% melalui senaman. Statistiknya secara ringkas adalah :

Semasa pendaftaran April 2009 : 70.9 kg
Semasa final end of July 2009 : 66.6 kg
Semasa akhir Ramadhan 18-09-09 : 64.0 kg
Selepas seminggu raya : 67.0 kg

Hahahahahhaha.... hampesss tak? Rasa rugi plak. So skrg tgh start exercise balik. Berganda-ganda gamaknya aku kena skipping (hati-hati kalau nak try terutama pada wanita) sebab nak lawan ngan rendang, nasi impit, ketupat lemang segala bagai. Open house lagiii.... Oohhhh tidakkkkkk!!!!!

Tu pasal la aku taknak amik gambar before and after aku. Huhuhuhuh keciwa woooo kalau turun susah naik senang. Hehehehehehe....

Opppsss sebelum terlupa... AWEK HINGUSAN 5 otw. Hari Khamis nanti..... Jangan lupa tau!

Saturday, September 26, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 4

Di sana...

"Sial! Apesal tak angkat phone ni...!" Baby terus menekan-nekan button redial. "Tido ngan betina tu la tu!". Jam dah hampir 12.00 am. Janji pukul 10 nak datang. Bilik karaoke kat Yow Chuan Plaza tu dah booking dari semalam. "Issshhhhh.... tensen betul la!" Baby terus tak keruan.

Di sini...

Si isteri terjaga dari tidur. Telefon suami berdering-dering. "Ehhhh.... pelik. Selalu silent. Ni apesal lak berdering-dering pepagi buta ni." Deringan ring tone lagu 'Teman Tapi Mesra' tu terus berbunyi. Ring tone tak matured langsung! Nampak sgt ring tone pun perempuan lahanat tu yg setting. Tak seminit selepas tu, bunyi sms masuk. Dalam kemalasan, si isteri capai handphone itu.

Sms masuk...

<>

"Aikkkk... dia gelar aku betina? Tak guna punya budak kecik! Dah laki aku, tido ngan aku la." Si isteri mengutuk dalam hati. "Sukahati call laki orang pepagi buta ni. Patut la tak silent, takut tak dgr call rupanya".

Telefon berdering lagi.... "Arggghhh... malas aku nak layan!" Missed call.

"Bang... bangun...ni mana punyer lahabau call pagi2 buta ni". Amik kau... geram dah ni.

Si suami terus bangun seperti baru terjaga dari mimpi ngeri. Memang ngeri la niii.....

"Saper?" Cheehhhhh... buat-buat tanya. Hampeh!

"Ntah anak saper ntah tak reti bahasa ngacau org pagi2 buta ni! Sekolah tak abes la tu!" Gerammmm!!!!!

"Naper angkat?" Aikkkk....?

"Mana ader angkat! Dari td memekak pastu sms lagi...missed call lagi. Kemaruk sangat ke hapa!"

Telefon berbunyi lagi. Si suami ambil telefon.

" Helo... haaaa... tau. Abang tertido. Sori la b."
>>>>>>>
"Mana ada... abang tido bilik lain la."
>>>>>>>
"Abis nak pegi ke tak ni?"
>>>>>>>
"Kita lepak je la... tempat biasa. Abang amik jap lagi"
>>>>>>>
End call.

{perbualan di atas dlm nada berbisik. "Macam aku tak dengar!" Si isteri}

Si suami bergegas bersiap. "Abang nak jumpa orang jap"
"Orang ke pontianak harum sundal malam" Si isteri tembak sedas.
"Merepek la.." Si suami balas sambil sembur perfume kat badan.
"Suka hati la... malas nak layan. Jangan kena cekup sudahhh..." Tembak si isteri lagi.

Si suami terus keluar. "Baby" sedang menunggu. Si isteri; "Kalau lah ku tahu siapa "baby" tu. Patut lah tido malam mengigau sebut baby... baby sundal rupanya".
------------------------- <>---------------------------------
Jam 3.00 pagi.

Telefon si isteri berdering. Nombor tak kenal.

"Assalamualaikum"
"W'salammm. Saper ni?
"Puan, saya buat panggilan dari Balai Polis Kelana Jaya. Saya nak tau, En. XY ni suami puan ke?"
"Ye... betul lah tu. Kenapa tuan?". Lahhhh...ape kes plak ni.
"Maaf puan. Kami operasi dengan pihak JAIS. Tangkap suami puan berdua-duaan dengan seorang budak bawah umur dlm kereta".
"Kat mana?"
"Taman Tasik Kelana Jaya. Jadinya kita perlukan seorang utk jamin En. XY ni. Jamin mulut jer. Sebab dia dengan budak bawah umur. Budak ni mak dia dalam perjalanan. Maaf terpaksa hubungi puan. Suami puan yg bagi nombor ni". Polis tu pun cuak.
"Cakap kat dia, saya pun mintak maaf. Pandai2 lah dia settle. Kalau takde org nak tolong, tuan masukkan je dalam lokap. Saya nak tido!".

End call.
-----------------------------------<>---------------------------------

"Suka hati la... malas nak layan. Jangan kena cekup sudahhh..."

Doa orang teraniaya itu makbul.

Friday, September 25, 2009

KORANG BUAT APER TU HAAAAA?????????

Aidilfitri kali ini baru aku perasan takde gambar raya langsung. Kenapa ekkk? Ntah... mungkin salah satu nyer ialah sbb kitorg adik-beradik split, ade yg raya di rumah mertua. So tak complete set la. One more mungkin sbb aku tak sampai hati (see... aku pun soft-hearted gak tau kukikuikuikui) nak beraya suka-suki sangat sbb my father-in-law just passed away sebulan lepas (kejap jer masa berlalu). Anyway this Aidilfitri aku raya di rumah sendiri. Dan aku jugak 1st time ziarah kubur di Hari Raya ni (aku tak pernah ziarah kubur sebelum ni okeyyyy...). 1st time jugak aku nganto makhluk berbaju pink pegi keje pepagi raya sampai la raya ke 3. 1st time gak aku beraya tanpa baju raya (dah tua dah weeiii... raya cina nnt beli la plak).

Jadi bersyukur sebab

1. Kita diizinkanNya utk berhari raya tahun ini
2. Kita berhari raya dengan aman
3. Kita ada rezeki utk dikongsi bersama

Sekian... catatan dari opis saat mengganti PA Dato' Pengarah yg masih bercuti.

Wednesday, September 23, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 3

Seorang wanita yang menjadi isteri walaupun baru 5 bulan tetap seorang isteri. Bukan sifatnya seorang isteri merungut, syak, dendam. Bukan jenisnya pula dia; seorang isteri untuk membelek telefon genggam si suami yang selalunya dalam silent mode, malah ada PIN code pula. Arrgghhhh... Banyak lagi kerja lain yang si isteri boleh buat.

Seorang wanita yang menjadi isteri walaupun baru 5 bulan tetap seorang isteri. Tak tergamak melihat beg duit si suami kosong. Senyap2 masukkan duit ke dalam wallet yang tiada sekeping pun gambar si isteri. Yang ada cuma kad2 nama termasuklah kad membership pusat karaoke dan kad hotel First World Genting Highland (yang pastinya si isteri tak pernah pun jejak kaki bersama si suami).

Seorang wanita yang menjadi isteri walaupun baru 5 bulan tetap seorang isteri. Cuba bersengkang mata menunggu si suami balik dari kerja (?) walau jam 3 pagi sekali pun. Kadang-kala bila balik cuma menyakitkan hati bila bau bajunya harum seperti baru lepas bertemu puteri bunian. Malah sekali itu, melekap pula tanda; bukan lipstik di baju tapi gigitan di leher. Gamaknya bukan puteri bunian... mungkin pontianak harum sundal malam.

Seorang wanita yang menjadi isteri walaupun baru 5 bulan tetap seorang isteri. Sanggup tunggu hingga 5 tahun lagi? Si isteri kadang-kala geli melihat pasangan bercinta yg konon sehidup semati berkorban itu ini... konon setia sehingga nak masuk jamban pun sms bgtau pakwe... konon sayang sehingga berjemput berhantar pergi kerja... konon cinta salam cium tangan tiap kali jumpa... berabang sayang konon panggilan manja. Yaaa... geli.... dan terasa bodoh nya mereka. Kau akan tahu bila kau merasa sendiri "nikmat" yang kau cipta.

Tuesday, September 22, 2009

MEE GORENG MAMAK DAN KUAH DURIAN DI HARI RAYA

Malam ini dh masuk raya ke3. Macam biasa mengadap facebook. Pastu dh dengar dentam-dentum.. makna nyer dh ada warga kota dh balik dari kampung.

Dari petang tadi member En. Anuar datang. Sorang jer pun....siannn mamat tu dah la raya kat Subang, takdok kawan plak tu. Hehehehe... datang melalak laaa ape lagi. Melalak means menyanyi yerrr. Bukan menangis. Diorg balun karaoke lagu raya sampai maghrib. Mujur la jiran2 takde. Takpe la ek...sekali-sekala. Sekarang ni pun (dekat kul 9) diorg masih lagi melepak tgk tv.

Sat td sepupu aku si Nusi datang ngan kawan dia. Depa dua nih keje technician kat JPM tak silap aku. So cuti raya takdok laaa...kena standby. Lari cari makan free la diorg. Siaaannn kaaaannn?

Sekarang ni plak tgh tunggu Husna datang plak. Ateh jemput kat HUKM. Tu pun sorang lagi keje time raya. Jangan merunguttt....dh sendiri pilih jadi nurse kan? Keje la ko ngan ikhlas.

Aku dh selesai masak mee goreng mamak dua round. Pastu masak kuah durian cicah ngan roti. Nasib baik diorg tu jenis bedal jer semua mende. Dah aku tanya nak makan aper...jawapannya ape2 selain makanan raya. Aku belasah la mee goreng mamak. Ok la kan?

So, sementara diorg jantan2 tu melepak tgk Astro, aku layan la blog sama facebook ngan aman damai.

Heaven tullll.......

Laporan Cuti Raya

Semua orang mesti nak cerita pasal raya kannn?

Aku malas nak join the club. Cuma aku nak maklumkan;

KL hujan jer petang2...kadang2 Subuh pun hujan
Petrol station sumer dijaga oleh warganegara asing termasuk cashier
Kedai mamak bukak kedai tomyam tutup
7Eleven bukak cam biasa
Kedai2 yg orang boikot (kununn) spt McD, KFC bukak belaka 24 jam lagi (sama la cam 7Eleven)
Shopping mall hypermarket bukak jugak aku leh main nyorok2 lagi dalam tu
Panggung wayang line clear kalau nak buat wayang
Tol lane tunai pun cam smart tag...berdebushhhh laju jer
Warganegara Bangladesh & Indonesia penuh kat surau/masjid masa solat raya (takde pun nak sweeping2)

Sekian terima kasih

Saturday, September 19, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 2

Jam 6.00 petang. Isteri masih di ofis...tunggu suami yang katanya "Lewat sikit. Kena jumpa orang". Damn lah! Alasan bodoh. Takde idea lain ker...?

6.30 petang...baru nampak kelibat keretanya. Seperti biasa...tgh guna handphone sambil drive. Pastu elok2 kereta berhenti, dia letak phone.

XY : Kita terus pegi Bukit Jalil tau. Pegi tgk tapak karnival. Ade hal sikit.
XX : Dah dekat pukul 7.00 ni...
XY : Nak ikut tak? Abang nak kena jumpa orang... (see...alasan ni lagi). Kalau taknak ikut tunggu je kat opis. Tak pun balik umah naik tren..(dengan muka tak sabar2 nak blah).
XX : Ok lah...I ikut. Tapi jangan lama sangat tau.

Kereta bergerak terus....

XY : Ada 30 ringgit? Nak isi minyak la. U belanja ek...(buat muka sengeh mcm lotong!)
XX : Dah agak dahhhh.... (kalau tak haram dia nak ajak aku follow)
XY : Tak boleh takpe laaa...takyah la sindir2...(tapi keta dh berenti kat petrol pump punnn)

Kereta terus lagi...ke Bukit Jalil. Sampai.

XY : Tunggu sini ek. Abang jumpa orang kat belakang stage.
XX : Laaaa...jauhnya parking. Gelap plak tu.
XY : Gelap mende spotlight banyak sini. Customer tu tak suka la bawak wife follow.
XX : (berkerut) Ok la.
Dalam hati; Abis ape jadahnya dia suh aku ikut tadi? Nak suh isi minyak je la tu.

Suami terus menyelesaikan urusan. Isteri kerimasan dalam kereta...dah la baru balik keje ngan baju kurung berlengas-lengas. Teringat dalam bonet ada beg isi towel muka ngan telekung. Sebelum bukak bonet baik call dulu nak konfem, takut dah dialihkan. Isteri call suami. Shit! Apehal lak off telefon?

Isteri terus bukak bonet. Hermmm...ade beg tu. Amik beg, bukak keluarkan towel. Nak letak beg semula, ternampak satu buku. Macam buku log. Ape laaa...letak dokumen keje sepah2. Simpan dalam beg dulu la.

Buku tu terselak satu muka surat.

Aiikkkk...macam diari la plak. Cantik tulisan.

Rabu 12 Disember

7.30 am - hantar betina tu pegi keje
8.30 am - amik Baby dari rumah pegi salun, sarapan kedai mamak (siannn abang lapar)
9.30 am - sampai salun, abang lepak dulu bincang pasal betina tu
10.00 am - mama sampai, ajak abang pegi amik barang kat Kelang
petang - abang keje, janji keluar pukul 530 pm
7.00 pm - abang lewat sebab hantar betina tu balik
10.30 pm - karaoke kat Yow Chuan Plaza
2.00 am - balik abang hantar

Ok...bukti itu datang sendiri. Isteri cool. Semuanya sudah dijangka.