Asalnya tajuk kisah ini ialah Pantun Kenangan Lalu..tapi kalau kenangan mestilah yang lalu kan?
Siang terang malam gelita
Sahut-sahut si kakaktua
Apa kisah apa cerita
Kenangan lama mengusik jiwa
Kabus tenang di puncak gunung
Jadi singgahan si anak kera
Apa dikenang apa dimenung
Marilah kita berkongsi ceritera
Sempena pindah ke bangunan baru, apa kenangan di bangunan lama yang rasa macam susahnya nak lupa eh?
Monday, April 15, 2013
Sunday, April 14, 2013
Pantun Silaturrahim
Hulur salam hendak tak hendak
Maaf dipohon tanpa suara
Berpaling kasih bertalak tidak
Usah diputus hubungan saudara
Rusa nani tuan yang punya
Duduk jadi belaan saya
Andai kecil kisah silapnya
Jangan dihebah serata dunia
Pantun Adab Sopan
Hebat bunyi gendang dipalu
Sambut datang Datok Laksamana
Hendak ditegur terasa malu
Senyum saja menyampai makna
Kalau saya bertanam gandum
Tuan pula bertanam jagung
Kalau santun jatuh merudum
Apa lagi hendak diagung
MASIH DI JOHOR
MASIH DI JOHOR
Saturday, April 13, 2013
Pantun Sopan-santun
Kalau hendak menuai padi
Tuailah padi si padi huma
Kalau hendak hasil menjadi
Jangan diam termenung cuma
Cantik kilat bersinar intan
Dikalung emas berselang-seli
Kerana pulut binasa santan
Jangan pula perli-memerli
ILHAM DI JOHOR DARUL TAKZIM
Tuailah padi si padi huma
Kalau hendak hasil menjadi
Jangan diam termenung cuma
Cantik kilat bersinar intan
Dikalung emas berselang-seli
Kerana pulut binasa santan
Jangan pula perli-memerli
ILHAM DI JOHOR DARUL TAKZIM
KAMI PINDAH!
Saturday, April 6, 2013
Pantun @ AKEPT
Pisang raja di dalam kantung
Pisang emas di atas peti
Hitung bukan sebarang hitung
Hitung falsafah penuh bererti
Pisang emas di atas peti
Hitung bukan sebarang hitung
Hitung falsafah penuh bererti
Wednesday, March 27, 2013
Saturday, March 23, 2013
Pantun Diri II
Kembang mawar merah berseri
Malang duri tajam sekali
Sempurna kita perasan diri
Orang menilai jauh sekali
Pantun Sifat Diri
Teratai layu enau berduri
Tumbuh berganti bunga teluki
Lihat orang lihatlah diri
Agar akur fitrah hakiki
Friday, March 22, 2013
Pantun Kawan
Merah bukan jingga pun bukan
Pilih-pilih jadi bidaan
Sahabat bukan musuh pun bukan
Agaknya hati dah ada perasaan
Subscribe to:
Posts (Atom)

