Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday

Mari membaca!

Hujung bulan wajib balik kampung

Monday, February 6, 2012

Fiesta Nilai @ Dataran Nilai

Memulakan weekend ni dengan jalan-jalan di Nilai. Petang Jumaat balik keje terus ikut En. Anuar ke tapak event. Kali ni projek di Dataran Nilai anjuran Kopsukma. Petang tu aktiviti agak busan lah sebab event baru nak set up so aku tido je dalam kereta. Biasa dah...kalau aku follow dia g event samada aku jalan2 sambil abeskan duit, makan atau pun duduk je dalam kereta baca novel dan tido.

Anyway menjelang malam suasana makin happening. Jadi aku round untuk shoot gambar lah, untuk tambahan dalam profile company. 

brader2 basikal


awek Bull Ride
Ini ialah Reverse Bungee atau Angry B ird

Ini apabila anda dilastik macam Angry Bird
Berani??
Malam esok aku nak try benda ni. Wish me luck!



Saturday, February 4, 2012

Sabtu malam Ahad

Aku baru lepas makan kuey teow goreng. Aku masak tau...sebab En. Anuar ade event di Dataran Nilai. Kaitannya? Sebab kalau dia ada aku kene masak benda lain la. Sebab dia tak makan kuey teow, atas sebab-sebab yang masih misteri. Hahaha.

Entry aku yg lepas, dapat komen dari Uncle Muka Stone yg blognya giler cool, katanya blog ni dh nyaris berhantu sbb last post 31 Januari...hehehhee. Cepat-cepat aku cari akal nk wat entry. Mari mengaranglah gamaknya.

Weekend ni cuti bersambung hingga Selasa. Ingat nk balik kampung, tp banyak pulak benda nk diselesaikan. Hantaran untuk adik aku satu pun belum siap. Idea tkde lg ni. Ni lah bahananya kalau biasa buat keje last minute. Awal2 idea mmg tk mari.

Ada gak plan nk g holiday mana-mana. Percutian domestik aje la. Tapi alahai entah la. Semua tgh takde jiwa sekarang ni. 

Apapun SALAM MAULIDUR RASUL pada semua umat Nabi Muhammad SAW. Semoga aku dapat secebis pun jadi lah jiwa Nabi. Jauhhhhh lagi rasanya kan?

Tuesday, January 31, 2012

Januari 2012

Sebenarnya memang takde benda nk cerita pun. Tapi sebulan dah habis utk 2012 ni. Bulan ni masa banyak uruskan pindah-memindah barang dari umah Bangi ke Perak sebab officially umi n walid aku dah pindah sana. Pencen kan, balik kampung lah. Walaupun aku rasa macam tk perlu pun nak pindah. Tapi itu memang plan diorg....kami adik-beradik sokong je. Adik bongsu aku akan menyusul utk tinggal di sana.





Anyway...tadi baru je selesai Hari Inovasi institut di Mines Wellness Hotel. Layan gambar aje lah.

Babai.

Wednesday, January 25, 2012

Emas dan Perak

Okay....gua cuti lg. Ngalahkan org yg sambut raya okay. Takpe lah. Pak Najib musti suka. Sebab aku 1Malaysia. Org lain raya, aku sebok cuti siap balik kampung. Oh cuti ini aku meng"hadap" menatang baru. Apakah? Yerrr....mau try buat bunga dip...(kelasssssssss ko Jah!). Cari idea...mari...mari...mana kau idea. Susah jugak. Otak kat opis (giler rajin) (read- giler malas sebab banyak kijo tk siap).

Anyway, carilah idea yer. Gua kene buat dua set ni. Belah pompuan n belah lelaki. Gambar di bawah adalah stok angan-angan gua.

http://noorul-weddingarts.blogspot.com/

http://krieflora.fotopages.com/?entry=1590910

Tak perasan ari ni Wordless Wednesday...gasaklah. Rugi la gua dh menaip banyak. Kehkeh.

Monday, January 9, 2012

EQuaLS5

Wah 5 kali sudah....kalau ikutkan inilah lecture series yg paling panjang tempohnya setiap kali penganjuran..iaitu 5 hari. Tp tak kesah pun, sbb selalunya speakers semuanya SEMPOI!. Compared to the OTHER group tu, bikin gua serabut aje. Hehehehe..(macam aku hot sangat, padahal tolong wat keje2 buruh kasar je..kehkehkeh).





Ikhlas wei buat keje..ikhlassssss.....................

Oh ye. Kalau lu rasa gaji lu sebulan mmg bulat2 lu punya, lu mmg tk sedar diri okay...

SEKIAN

Wednesday, January 4, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

BOYS pillow FIGHT!


Najwa - 1st day at Little Caliph

Wednesday, December 28, 2011

Monday, December 19, 2011

Arisan!

Last time aku layan Laskar Pelangi. Kali ni terjebak dengan Arisan!2. Gamaknya aku kene cari plak Arisan!1. Ni kalau kat Malaysia, kena banned sudah.

p.s : Arisan dlm bahasa mudah, maksudnya socialite (golongan elit).