Thursday, August 18, 2011

We Don't Talk Anymore

Everyday is a wordless wednesday nowadays.

Sorry.



METALLICA di KL? Iye kerr...????

My alter ego

Tapi cam khabar angin jer.....

Monday, August 15, 2011

Zakat Fitrah Online via mobile dan Internet Banking

Wahhh...zakat fitrah online via mobile. Rasanya dah lama tapi aku jer yg baru pay attention. Anyway, servis ini amat mudah dan memudahkan. So uolss takde alasan utk terlupa atau lengah2kan bayar zakat. Shopping online boley...bayar zakat pun sure boley.

Aku tak sure utk negeri lain, tp untuk Selangor sila layari http://www.e-zakat.com.my/terkini/guna-sms-untuk-membayar-fitrah/.

Oh juga boleh juga gunakan internet banking. Mudah kan?

Monday, August 8, 2011

info ramadhan

Aku tak rajin nak tulis banyak. Tapi boleh refer ke
http://wadefuk.blogspot.com/2011/08/prosedur-perubatan-ketika-berpuasa.html.

Ini bakal doktor bagus. Dia bagi info ni supaya takde yg ngelat puasa walaupun kene g klinik.


Motif? Sebab tadi aku g klinik. Kene cucuk sedas. Dr kata pil makan malam pas buka je. Skali cucuk leh tahan 4 jam. Ok lah kot.

Sunday, August 7, 2011

buka puasa

Pecah rekod tahun ini. Masuk hari ke-7 puasa, baru sehari saja ke bazar Ramadhan. Dan selebihnya masak dan makan di rumah, 1st day di umah umi dan 2nd di umah mak mertua. Bagus. Tp menyebabkan aku makan nasik dgn banyak. Sebab sendiri masak sendiri perasan sedap.


Cuma tak bagusnya, baru dpt sekali terawih. Ishhh tkleh jadi ni.

Wednesday, August 3, 2011

Geng Mengaji

Salam Ramadhan Kareem...

Selesai hari ke3 puasa. Blog lain mungkin cerita pasal menu berbuka. Tapi bagi aku la, sama je kot tiap2 tahun. Cuma kali ni, 1st day puasa kami buka kat umah umi. 2nd day di umah mak. Makan memang la tak ingat. Cuba kawal pengambilan nasi tapi nampaknya makin horror. Hahaha Gasaklah!

Memulakan minggu bulan Ogos ni, aku dah terjebak dgn hal yang bodoh. Yup mula2 seronok2 tetibe terlayan perasaan plak. Aku taklah beriya-iya tapi kadang2 benda2 yg lepas mmg berhantu sikit. Tp akhirnya aku berjaya gak merungkai kekusutan. Mujur tak terlajak jauh. Aku pun salah. Sebab dia mungkin perlukan orang yang "faham" dengan perangai dia. Shit! Rasa cam budak bangang baru akil baligh dpt couple. Hahaha. Gelakkan diri sendiri. Dalam perjalanan 10km, aku mungkin dah terlajak salah jalan 3.5 km kot. Seb baik nampak papantanda AWAS BAHAYA DI HADAPAN. Anyway, semua dah selesai. Kawan tetap kawan. Itu takkan berubah. Dan nampaknya dia pun faham. Noktah. Gila berderau aku. Tak tau bila nak berhenti dan patah balik. Asyik terlajak...terlajak...terlajak... Cukuplah 3.5 km ajer.

Anyway, hujung Julai selesai Program Kemasyarakatan Bersama Orang Asli Selangor. Tuhan bagi aku kerja yg sangat memerlukan tenaga dan fokus. Itu juga membantu aku agar tidak terus terlajak. Geleng kepala sudah.

Jadinya, Ramadhan aku aman. Doa sepanjang Ramadhan, syaitan diikat jauh dari aku. Seram sejuk. Sebab dengan dia ini memang aku kalah. Damn!

Biarlah rahmat Ramadhan berada di keliling aku dan En. Anuar.

Catatan agak emo di awal Ramadhan.

Hati aku pun ada taman...walaupun taman tu setakat taman permainan, bukan taman bunga.

Sila gelakkan aku. Hehehehe.

Tajuk takde kaitan.

Wednesday, July 27, 2011

salah sendiri - sajak versi ii


Masih terus buat salah
Jangan sesal kalau terjatuh lagi
Luka kalau berdarah...sakit
Tapi kalau parah...perit


Terima saja
Aku juga yang akan tanggung
akibatnya

Tuesday, July 19, 2011

Sang Pemimpi - Andrea Hirata

"Kami tersentuh. Kami menghampiri Jimbron dan memeluknya. Jimbron yang berhati lunak dan putih. Dahulu, dengan penuh semangat, dia memesan dua tabung kuda melalui mualim di Jakarta, dan sempat kami ketawakan ketika tabung kuda itu datang. Ditabungnya upah bekerja keras paling tidak selama dua tahun. Diisinya dua tabung itu dengan rata. Tidak sepatah kata pun sempat dia ucapkan maksudnya. Kini diberikannya masing-masing untuk kami. Itulah pengorbanan Jimbron untuk kami. Kami berjanji akan menuliskan namanya di tanah, di bangunan, di pohon, di jalan, ke mana pun kami pergi"

Mukasurat 187. Mozek 16. Ciputat.

Saturday, July 16, 2011

Pantun Inspirasi Al-Lavendari

Pedas mulut tergigit lada
Rasa terbakar seluruh muka
Kalau memberi ikhlas tiada
Dikenang diungkit tak kira ketika


Petik teratai berakit-rakit
Sambil menjala si ikan sepat
Sudah memberi diungkit-ungkit
Sahabat ke mana, musuh yang dapat


nota : selalu kalau rasa nk bermadah tp buntu, saya ke blog pu.e.c. orang x reti.

Kemaskini bersepah

Lama sudah tak update. Memang tak boleh jd blogger tegar. Takde la sebab lain selain malas. Kurang mende nk cerita pun ade gak. Takkan g makan kat kedai tomyam pun nk citer kat blog kan...???

Apa yang aku dh buat selama tak update ni. Hidup macam biasa. En. Anuar adalah sangattttttttttt sebokkksss mencari duit utk isterinya ini. Hahaha. Takpe2....tada hal kalau kene tinggal selalu malam2. Janji masyukkkk (yer...ayat materialistik).

Anyway...En. Anuar baru je sambut hari lahir ke 38 on 13th July lepas. Ye betolll...38. Two more years to 40. (Oh...perkataan "sambut" tu tk melambangkan apa2. Takde wat celebration apa2 pun). Mujur dah 38....gamaknya kalau 21, merajuk la kot. Hahaha...(whateverrrr).

Semenjak dua menjak ni aku ada kegigihan membaca novel. Baru je rembat koleksi Andrea Hirata. Lengkap sudah. Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Mariamah Karpov, Cinta di Dalam Gelas dan Padang Bulan. Dan tambahan satu...Orang Miskin Dilarang Sekolah oleh Wiwid Prasetyo. Maaflah, aku masih belom ada keikhlasan nk beli sendiri novel2 komersial terkini karya tempatan. Pinjam boleh ek...hehehe. Kata kawan, novel dgn tajuk "badai" dan "gelora" je yg aku akan beli. Tp yang pasti, kalau tajuk ade "cinta" (kecuali yg aku sebut di atas), "rindu", "sepi", "syahdu"...mmg aku akan telek sapa penulisnya dahulu. Kalau nama penulisnya pun mcm "fake"...maaf skali lagi. Hahaha...ade pemisah nipis kot antara nama pena dan nama tipu (sekurang-kurangnya bagi aku)