Saturday, March 19, 2011

Pantun Rasa Hati



Gambar dari blog ini.

Hendak makan buah kepayang
Buang kulitnya ke dalam kotak
Hendak dibuang kurasa sayang
Hendak disimpan mana nak letak


Kuatnya ombak menderu-deru
Terbang tinggi si burung helang
Hati nak pergi bagai diseru
Bilalah mahu dijemput pulang


Merah kelopak si bunga mawar
Kembang mewangi di taman sari
Senyum manis bagaikan penawar
Lelah penat pun muka berseri

Pantun bunga(Cahaya)



Sakura. Kredit dari blog ini


Hendak disunting si bunga melur
Malangnya tumbuh di taman larangan
Kalau mawar sudah kau hulur
Awas durinya tertusuk jangan


Kembang kelopak si bunga raya
Warnanya merah kuning dan putih
Selit sekuntum buat bergaya
Banyak sangat tengok pun letih


Balung ayam si bunga matahari
Dipetik orang hujung purnama
Anggerik dan orkid nama diberi
Tahukah tuan bunganya sama


Bunga kertas si bunga sakura
Tumbuhnya ia di lain benua
Bunga plastik bunga berpura
Bagi seorang dapat semua


Bunga lavender ungu menyerlah
Disusun celah jambangan lili
Kisah cinta budak sekolah
Bunga sekuntum berkongsi beli

merong mahawangsa

Aku terasa nak wat review filem pulak. Hehehehe...aku dah tengok Merong Mahawangsa hari Jumaat lepas lagi. Tengok kat Alamanda. Alamak...malas plak nk taip banyak-banyak. Tengok je lah poster2 ni. Kredit kpd google dan beberapa blogger. Filem ni banyak giler poster ek????








Tapi aku minat dia ni jer.....hehehe
"Empangan sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya"

Friday, March 18, 2011

Pantun Rajin Kerja



Mawar berduri indah jambangan
Dititip orang buat hadiah
Kerja kita lambang kecemerlangan
Mestilah dengan bersusah payah


Duri bukan sebarang duri
Duri nibong tajam berbisa
Tingkat usaha motivasi diri
Baru boleh dikenang jasa


Julang tinggi patung cendana
Diusung rakyat hadiah diraja
Bodek-membodek takkan ke mana
Kuatkan tekad ikhlas bekerja

pantun mengorat (zaman dulu takde bunyi cencorot lagi)



Merah bukan hitam pun bukan
Warna-warni tikar mengkuang
Di depan kasih di belakang rakan
Sedih berpisah mana nak buang


Halus sungguh jarum peniti
Disemat cermat hias selendang
Puas sudah diintai hati
Mengapa masih tidak memandang


Silang-silang si daun pandan
Buat wangian pulut hantaran
Dibilang-bilang ku rasa padan
Bilalah masa nak tukar gelaran

Tak Puas Hati



Klik utk besarkan. Tgk di bulatan merah. Hampeh kan????? Blog ini tiada unsur pornooooo...tolong...tolong...

pantun keluarga




Celah mengkuang ada semalu
Ditebas orang di atas bagan
Adik kakak orangnya pemalu
Abang pula tak reti nak segan


Pokok ketapang tumbuh menunggul
Dipotong-potong dibuat papan
Sepakat muafakat perkara yang unggul
Bahagia keluarga aman kehidupan


Buah keranji di dalam raga
Dijual pak tani bersama petola
Bertikam lidah adat keluarga
Lepas sekejap berdamai semula

pantun jejaka perasan


Anak keli tepi telaga
Jadi umpanan anak haruan
Hamba tampan otak geliga
Adik menolak hati tak keruan


Batu serai berwarna merah
Disimpul ikat suasa indah
Adik ku sayang janganlah marah
Abang di sini setia tak sudah


Bunga melur haruman malam
Jadi igauan inang istana
Baru berjumpa hari semalam
Ingatkan abang tidur tak lena


(Bila baca pantun ini, sila bayangkan seorang lelaki yang perasan hensem dan konon2nya dialah lelaki yang paling baik dan hebat di mayapada ini). Hehehehe.......


Sekian.

Thursday, March 17, 2011

Christian Loubotin dan Piper Perabo (Annie Walker)

Teringat sembang-sembang kasut dengan Cik Raksasa Mini...antara kasut yg aku suka bangat ialah Jimmy Choo dan Christian Loubutin. Hahahaha gila banyak duit kalau dapat beli.

Kasut ini aku suka selepas tgk dlm Covert Affairs. Sangatttttttttttttttttt cantekssssssssssss kan?




Ya....dalam episod ini. Oh korang tau ini pompuan berlakon dalam Coyote Ugly? I loikkeeee itu filem.

Dan Jimmy Choo punya kasut buat aku nangesss......huhuhuhuhu...berjuraian airmata.




Tengok kat website ini. Lebih kureng macam gladiator Vincci yg aku beli ari tu. Sob..sob..sob..


Oh kalau la aku kaya cam Kimora.....(hahahahahahahahaha). RaksasaMini ko mesti gelakkan aku kan?

porno siottttttt


Aku gatal-gatal menganalisis akaun nuffnang yg tk brape nk ade duit tu. Tgk keywords ke ape ntah...ada ka yg wat perangai gini. citttt!!!!