Saturday, March 5, 2011

SK ULU LUBAI, LIMBANG, SARAWAK

gambar kredit kpd : Abang Raja

Baru je tgk Majalah 3 tadi. Kisah SK Ulu Lubai yang hebat. Yaaa...memang hebat. AKu pun terasa kehebatannya.


Kredit pada tuan punya blog.

Lebih baik tgk kisah sekolah ni dari tgk Siti interview Dr. Rozmey si dua alam. Yerkkk...WTH????? Tolong Cik Siti. Cari berita yang best sket boley tak? Oiiittt tapi bini dia canteekkk gilo weh.

Pantun Sabtu



Mari menuai si padi huma
Buat bekalan rakyat jelata
Hendak kukongsi sedikit cuma
Kalau tak cukup orang mengata


Kembang mekar bunga teratai
Dipetik orang buat jambangan
Kalau berumah di tepi pantai
Dilambung ombak mengeluh jangan


Bulan mengambang bawa cahaya
Suluh bunga kembang setaman
Hatiku ingin apakan daya
Hidupku seorang tiada berteman

Friday, March 4, 2011

Pantun Jumaat



Hendak didaki tingginya awan
Simpan sajalah di dalam hati
Kalau dihitung budimu tuan
Takkan terbayar sampailah mati


Wangi sungguh si rumpun pandan
Subur hijau di celah senduduk
Samalah cantik samalah padan
Malang jodohnya di hujung tanduk


Lenggang-lenggang dayang mak inang
Dandan rambut ikal puteri
Orang yang jauh kau kenang-kenang
Mengapa yang dekat kau bawa lari?

Perlu Sedikit Imej Sendiri

Bila dibaca-baca entry yang lepas-lepas, rasa macam takde halatuju. Main redah ajer. Dah la tak bagi faedah kat orang lain, kat diri sendiri pun takde faedah. Jadi rasanya, selepas ini nak banyakkan pantun. Bila ada peluang menulis, dan juga bila ada idea. Terima kasih pada tuan Al-Lavendari melalui blog http://puecorgxret.blogspot.com/ yang secara tak langsung telah menambahkan rasa untuk berpantun.


Oh...pantunnya dicuba untuk dicipta setiap hari. Mungkin autopublish...mana2 sempat yer. dan takde tema tertentu. Idea kalau diatur-atur sangat kepala jadi buntu.

Thursday, March 3, 2011

Kerja Baikpulih Sudah Selesai

Cukup lah setakat ni baikpulih dan naiktarafnya. Mula-mula rasa pelik sikit. Tapi lama2 nanti ok la kot.




Kiambang bertaut dayung dikuak
Atas daratan jadi bertemu
Ubah sedikit takkanlah luak
Buat pemanis hilangkan jemu

Wednesday, March 2, 2011

UNDER CONSTRUCTION


Nak tukar template, background, semua laaaaa....nnt2 la kot. Lom dapat ilham lagi.

Sunday, February 27, 2011

PANTUN AHAD


Gundah gulana hati tak tahan
Anak raja sudah berpunya
Jodoh itu ketentuan Tuhan
Bukanlah mungkin, pasti adanya


Beras kunyit tabur merata
Buat penawar sakit di badan
Kalau tak benar janganlah dikata
Balasannya buruk tidak berpadan


Sayup-sayup bunyi seruling
Gemersik bagai buluh perindu
Dipandang-pandang dijeling-jeling
Kasih ditolak hati tersedu

Saturday, February 26, 2011

PANTUN SABTU


Tepuk-tepuk di tepi kali
Riang gembira anak bangsawan
Budi bahasa tidak terbeli
Walau dengan wajah rupawan


Andai dihitung padi sekaut
Manakan cukup makan bertambah
Andai digulung ombak di laut
Masinnya sama tidak berubah


Hendak ditimang si anak raja
Raja berasal dari Melaka
Andai tidak ditabur baja
Tanam apapun mati belaka

Friday, February 25, 2011

PANTUN JUMAAT


Hendak disunting si anak dara
Bukan calang ayu jelita
Andai mahu pelbagai cara
Usah cepat berputus cita


Ikal mayang lembut berbelai
Putih melepak si tuan puteri
Andai ketawa mengilai-ngilai
Wajah yang cantik hilang seri


Kembang mekar si bunga cina
Celah-celah si pohon kopi
Manalah hilang anak teruna
Siang tiada malam pun sepi

Thursday, February 24, 2011

PANTUN KHAMIS


Wangi harum bunga melati
Dipetik dara buat kalungan
Tercucuk jarum di ulu hati
Lara terasa sepanjang kenangan


Kembang bulan di tengah purnama
Indah menyinar di taman puspa
Tuan ku kenal tanpa bernama
Wajah manis manakan ku lupa


Kalau dijinjing si bakul buluh
Isikan dengan tepung pelita
Sudah terang lagikan bersuluh
Hatiku kasih jiwaku cinta


Merdu dendang syair pujangga
Buat hiburan dayang senandung
Walau buruk ku sayang juga
Wajahmu usah bermuram mendung