Friday, January 7, 2011

GHOST ADVENTURES

NAK DAPATKAN SESUATU KENA LEPASKAN SESUATU


Jadi, aku sorang2 lagi di rumah malam ni.


Sekian.

Eh. Tengok Ghost Adventures kat AXN. 100% berbeza dari Seekers okay. Bukan sbb content (aku tak peduli sgt pun). Tapi sebab ini ;



Ko takyah tgk jauh-jauh...bukan aku nk tunjuk gambar orbs ok.
Tgk mamat yg tengah tu. Dh la hensem, brani plak tu. Hehehehe.


Seekers ado? Lando & Uncle... korang tegok?

Thursday, January 6, 2011

2010 - 2011 : Kronologi yg tidak teratur (boleh?) Siri 02

Ini pula kisah aku dan En. Anuar pada last day of 2010. Kitorg bwk 4 org anak buah En. Anuar jalan-jalan. Sian budak2 tu cuti sekolah takde org bwk jalan-jalan. So kitorg dua amek cuti dan fikir punya fikir punya fikir...akhirnya nk bwk diorg ke Taman Burung dan Zoo Negara. Kalau anak org lain mungkin akan kata; "eleh....taman burung?"... Tapi budak2 ni sgt lah excited nk g situ. Lagi pun diorg dh cakap awal2; " Ala Cik Jah bwk je g mana2. Asalkan leh jalan-jalan". See....sgt suci okayyy budak2 ni.

Malam Jumaat tu, kami berdua amek diorg dari umah mak di PJ bwk balik Bangi. Otw tu singgah la makan. Ala budak2 ni tekak Melayu, nk makan nasik. Cari la kedai yg ade nasik ayam ngan cahr kuey teow. Itu pun diorg dah makan tak ingat dunia.

Sampai umah, aku bentangkan toto depan tv, pastu pesan (read : arahan); "Kul 11 semua kena tido. Sok kalau susah nk bangun plan kensel. Korg duk la umah tolong Cik Jah basuh kain". Maka sebelum kul 11 aku tgk diorg dh tido.

Pepagi soknya spt dijanjikan kul 8 semua dh siap (ke budak2 ni tak tido malam td?). Then by 830 am kitorg dh terpacak kat gerai terdekat ngan umah aku, bedal nasik lemak ngan roti canai. Pas makan terus gerak ke Taman Burung.

Sampai kat Taman Burung @ 1030 am. Kali terakhir aku g Taman Burung rasanya 14 tahun lepas (giler tua aku!). Itu pun rombongan skolah. La ni...perghhhh charge ialah RM20 per adult dan RM10 per child (primary skool). Ok lah kot. Tp yg tak best ialah mineral water botol kecik 4 hengget! Itu sungguhlah wak lu! Agak2 logik tak? Just imagine kalau kita dgn family 10 org. So, my advise is please bring ur own water ok. Kat dlm pun ade jual mineral water tp with the same price la.

Seb baik budak2 tu dh bekfes, so jalan ajer terus-menerus. Kuar dari Taman Burung dalam kul 1 pm kot, so aku tanya budak2 tu nk makan aper? Diorg kata g zoo terus. So terus ke Zoo Negara. Charge masih reasonable. All together kami kena RM64. Kali ni dah beli mineral water siap2 kat Petronas heheheh. Zoo Negara ok la. Binatang nyer masih banyak tp agak ketara usang. Tak sure la kot diorg saje biar tembok2 berlumut dan rumput2 panjang mcm belukar (dlm kandang ye la kot) tp kalau kat sepnjng jalan kena trim sket la ek. Dekat 2 jam gak dlm zoo tu. Oh yer... toilet adalah sgt hazab ok nk cari. So better kosongkan ur pundi kencing sblm masuk. Hehehehe.

Kuar from zoo, singgah McD ajer. Budak2 ni bab makan senang. Ape2 ade diorg makan jer. Pastu En. Anuar tanya malam ni nk makan luar ke, nk duk umah jer? Diorg jawab; "Cik Jah masak je la...ni dh lari bajet dah ni..." Hahahhaha macam ko yg kuar duit kannn? Tp ok la at least they valued the money la kannn? So that nite aku masak lorrrrr.........

So itu la story mory aku dan En. Anuar ke Taman Burung dan Zoo Negara di hari akhir 2010.

Tekak Melayu...aku ingat diorg nk mintak lepak Pizza Hut ke, idak2 pun KFC.
Skali mintak nasik daaaa.....

Burung paling banyak kat Taman Burung ialah burung merak.
Macam maskot la rasanya. Bersepah-sepah satu taman.

Twin anak omputih ni sgt kecomelan.

bagi makan ikan di Taman Burung?

Posing di Taman Burung. Budak2 ni mmg muka cekang, bukan aku dera okay.



Wednesday, January 5, 2011

2010 - 2011 : Kronologi yg tidak teratur (boleh?) Siri 01

Tampalan terakhir aku ialah pada 3 Januari 2011, tanpa ada apa2 cerita. Dan sebelum itu ialah tampalan tentang pokok tumbang iaitu pada 1 Disember 2010.

Aku menamatkan bulan terakhir tahun 2010 dengan agak penat sebab walimatul urus adik lelaki aku di mana aku menjadi tuan rumah. Asalnya semasa bertunang bulan Julai 2010, rancangan awal ikat setahun hidup (paham setahun hidup ni ape?) atau paling awal ialah bulan Februari 2011 (raya cina). Tp kita merancang kan? Jadinya selepas berbincang itu ini begitu begini, bulan Oktober terus decide nk wat Disember (awal bulan plak tu). Yesss aku mmg suka wat keje adhoc gini. Aku mula uruskan dari booking dewan (kat rumah aku), kad kawen, khemah. Then selit plak tugas lain iaitu urusan rombongan nikah ke Johor. Aku dan En. Anuar uruskan rombongan bas ke Yong Peng pada 5/12/2010. So I've missed the akad nikah sbb diorg nikah the day before. Takde apa yg bz sgt semasa majlis di Johor.

Sebelum ke Johor, aku dah uruskan siap2 booking dewan kat rumah aku, booking khemah, goodie bag, bunga telur. The only thing yg aku tak uruskan ialah katering, sb itu umi yg settle. Dan the next week selepas ke Johor ialah hari kegilaan bz kental aku. Terpaksa ambil leave selama 3 hari dan tinggalkan apa saja yg perlu di ofis. Last touch up ialah siapkan bunga hiasan meja makan pengantin, susun atur majlis, susunan khemah, notis kosongkan parking, kawtim ngan security, kemas rumah utk sedara-mara lepak dan tak lupa jaga nenek yg kebetulan uzur plak time kenduri ni.

Hari Jumaat malam, semua hampir ready. All the budak2 jantan g pacak signage, aku ngan my lovely kazen setting meja pengantin. Sambil2 tu masukkan telur lam kotak 1000 bijik okayyyyy.... dekat kul 3 baru ketiduran (aku puas nak ingat aku tido katne mlm tu sbb all the space lam umah dah occupied by my families).

Pagi2 Subuh Sabtu sebelum mula majlis dah kena siapkan bekfes utk famili yg dtg awal. Hehehe...seb baik kena wat air jer sbb umi dah siap gorengkan bihun dan acik masak lontong (wahhhh giler makan).

Jam 11.30 pagi, tetamu dh mula datang esspecially jemputan umi dan walid yg nk rushing plak ke kenduri yg lain (cuti sekolah kan). Majlis mula dengan doa pertama Ya Allah jangan lah hujan. Alhamdulillah tak hujan, cuaca amat sejuk berangin cam kat tepi pantai sehinggakan kain alas meja tak reti duk diam. Menyebabkan aku rumuskan "Oh that's why aku tk dgr budak kecik nangis"; sbb aku tau anak buah aku akan melalak kalau kepanasan. Dan satu lg semoga makanan lauk-pauk cukup sbb jemputan mmg ramai. Dan skali lg syukur, makanan ngam2 ajer, skali ngan kuih-muih cukup takde yg berlebih-lebih. Rombongan dari Johor satu bas tiba sblm Zohor, dan diorg leh relax2 Zohor kat surau.

Dan nearly 4 pm, everything almost done. Bagi aku itu adalah antara walimatul urus paling lancar yg pernah kami sekeluarga laksanakan. Termasuk ini, sudah 5 majlis walimah telah diusahakan dari 2003 oleh umi dan walid dalam keadaan yg sgt sederhana, tanpa bajet melampau, penuh kerjasama semua adik-beradik, ahli keluarga, saudara-mara. Majlis walimah kami adik-beradik pernah diadakan di rumah dgn kerja kendara jiran tetangga, 2 pasang pengantin satu majlis, 2 majlis kahwin dlm setahun, katering dan majlis di dewan makan. Kami dah gunakan warna apple green, pink, maroon, hitam putih, silver, turqoise. Goodie bag isi telur, wajik, kerepek, chopstick, baulu ikan, bunga telur, sapu tangan. Ada majlis yg penuh dgn nangis2, suka-suki, sempoi, protokol, cerewet, misteri, nervous, tak sihat dan macam2 lagi.

Sabtu selesai, Ahad kena ke Melaka sbb kerja sehingga Selasa. terima kasih kepada kawan2 yg paham kehuru-haraan aku. So aku leh la ngelat dari wat banyakkkkkk keje kat opis sblm konferens. Tq ek.

Dan selepas itu, aku demam. Bak kata kazen aku, ala ko demam pun xpe. Ko kan kental. Ye la...kental la sgt kalau nk kencing pun aku kena berpapah. 2 minggu rumah belom siap berkemas. Tqvm pada En. Anuar dalam kesebokan menguruskan tapak @ Jom Heboh, ulang-alik Bkt Jalil - rumah sambil dgr aku membebel dan mengamok.

Dan finally kpd kawan2 yg single dan takut nk kawen sbb TAK READY...pikir lah balik yer. Dah ade keje, dah ade boipren, ada gaji bulan-bulan; percayalah kita takkan pernah ready. Yg penting RESTU ibu bapa akan bawa kpd RAHMAT dan BERKAT dari Allah. Umi dan walid aku tkde duit banyak pun. Aku adik-beradik pun takde la keje hebat2. Tapi kami semua survive sbb semua merestui each other, redha, terima kesederhaan sbg nikmat, ape2 kejadian pun ade hikmahnya. Dan syukurlah dgn apa yg kita ada, sambil improve ourselves.

SEKIAN. TAZKIRAH TOUCHING dari SIFAR ke INFINITI.




@ Yong Peng : Gua missed the akad nikah. Tapi bekas cincin ini gua yg buatkan. Gua buat dua set, satu utk pompuan, satu utk lelaki.










@ Bangi : Otai tru Jawa from Yong Peng. A very big and happening new family.

Banyak gambar mau upload. maybe next entry lorrr.....kata tajuknya ada bersiri.

Monday, January 3, 2011

2011

01.01.11

Tkde perasaan nk update. Misi 1 entry setiap hari tersadaii....Satu lg alasan utk tidak berazam.

Apa2 pun Selamat tahun Baru la yer.

Wednesday, December 1, 2010

Monday, November 29, 2010

NESCAFE semula kah?



Baru aku perasan...dah 3 malam berturut aku minum nescafe kaw pekat likat kat umah. Dah dekat 2 tahun rasanya aku tggalkan tabiat ni. Sikit2 ade la...cuma bancuh hari2 kat opis dah tak buat. Uhhh ni kena kontrol ni. tak baguzzzzz...........
Tadi tgk Criminal Minds. Best woooo. Ade ke profesion sbg profiler kat Malaysia nih? Kalau ade aku nk sambung blaja. Hehehehe.

Sunday, November 28, 2010

MAHA 2010 - Revisited

Sambungan dari entry ttg MAHA yg lalu. Amacam? Sudah pergi kah? Aku sudah pergi...2 kali. Jumaat dan Sabtu. Tapi masih belum jalan habis. Belum sampai ke tempat haiwan ternakan tu. Semalam sangat ramai orang. Lebih ramai dari Jumaat. Hari ini rasa mcm nk pergi tapi kul 3 hujan sudahhh...banyak plan terbatal.

Ok. Nnt saya update dgn gambar. Aku malas nak upload gambar la. Nape ek?

Yang belum pergi...silalah. Bawa anak-anak. Sangat bagus cuti-cuti sekolah ni. Jangan asyik bawa ke shopping complex aje. Macam anak buah aku...sampai2 je kat parking MAHA tu..."bestnyaaaaaaaa maklong. Ni sopin koplet baru kerrr????"

*sopin koplet = shopping complex. Aku kecik2 dulu tau kedai cik din jer.

NEVER EVER - ALL SAINTS

Takde ape2 motif. Cuma lagu ini pernah di"acapella"kan oleh aku dan kawan semasa matriks dulu. Hehehehehehe...

Thursday, November 25, 2010

MAHA 2010


Oh mesti korang pelik nape aku excited plak nak citer pasal MAHA 2010. Akan bermula 26 November 2010 hingga 5 Disember 2010 di TAPAK MAEPS, Serdang atau lebih tepat lagi di MARDI Serdang.

Antara sebab aku excited pasal MAHA ini ialah :

Entahhhhhh????????


Tapi best wooooooo...betolll tak tipu. Asyik g shopping complex je. Sekali-sekala layan lah tempat gini plak.

Advice : 1. Jgn pakai high heel ok. 2. Datang awal2 pagi boleyyy...? 3. Bawak air mineral sendiri. Kalau tak at the end ko akan spend dekat RM50 utk air jer. 4. Bwak tisu atau towel kecik (lebih baik towel). 5. Bawak kameraaaaaa.....................

Babai. Selamat BerMAHA. Sila layarai laman web ini : http://www.mahaexpo2010.com/

Tuesday, November 23, 2010

STOP CHILD ABUSE

unicef

Ini bukan cerita baru atau lama
ini cerita sepanjang masa
bukan saja-saja, bukan tiba-tiba
bila-bila masa, di mana-mana, siapa-siapa saja
boleh jadi mangsa.

Kalau Tuhan jadikan kamu ibu bapa
anak-anaklah perlu kamu jaga
tak kira kamu agama apa
tak kira apa bangsa
tak kira warna juga
sama sahaja
anak-anak tetap kena bela
dan jaga

Ye lah kan... agaknya ada manusia akan cakap sapa lah kau nak cakap pasal jaga anak kalau ko pun belom ada anak. Manalah aku ini tau macam mana tertekan nak cari duit, anak menangis, nak bayar yuran sekolah, beli susu, tolong buat keje sekolah, hantar g sekolah, nak itu nak ini.... Ye lah aku mana tau semua tu.

Tapi disebabkan KORANG yang tau sangat tu, makanya jadilah kamu seperti mak pada Syafia bernama Siti Nurhanim Aziz (yang cinta sampai mati jantan yang bunuh anak dia) serta pasangan Ellina Maulad Mahather dan Mohannad Taha yang tersengih aje di mahkamah kerana membunuh Alliya Ayman Hussin sebab budak tu terkencing dalam seluar je pun.

Apa yang pasti, semua kes yang berlaku (bukan yang di atas sahaja) tapi SEMUA kes berlaku dalam persekitaran masyarakat, malahan yg paling sedih dalam persekitaran keluarga. Kalaulah benar kau jiran yang baik, takkan tak dengar langsung jeritan budak yang tengah sakit. Kalau kau kuat sangat apesal masa budak kena sepak terajang kau tak sepak terajang je pelakunya balik. Kalau kau hebat sangat apesal ko tak repot je terus kat polis ke, jabatan kebajikan ke hapa ker kalau nampak budak lebam-lebam bengkak-bengkak duk kat sebelah pagar umah ko.

Itulah dia yang aku tak suka. bercakap-cakap dan terus bercakap bila isu tengah hot. Pastu reda. pastu wat tak tau. Yang mati budak2...mak bapak nyer terus buat anak (tak kawen plak tu).... Entah lah.

Entry ini bukan sebab Nuffnang tawarkan hadiah. Tapi sebab aku tau, orang tak kesah pun pasal pendapat aku. MAKLUMLAH...AKU KAN TAKDE ANAK.