
Friday, November 5, 2010
Hawaii Five-0 2010
Sangat teruja tunggu siri ini di AXN 14 November nnt..... babai Rookie Blue..tak bessshhhhh...............


Saturday, October 30, 2010
HOT Girl
Aku selalu rasa cam stupid dam dam kalau terbaca berita pompuan Malaysia (melayu laaaaaa...) lari ikut lelaki Lombok. Tapi aku rasa tu sbb diorg nak layan feel international kot. Oh yer. Sebelum nk lari tu jgn lupa amik no tepon grup apekenama yg selalu tolong ambik bwak balik. Senang sket.
Aku rasa geli plak bila dgr citer pompuan yang lari ikut PENGKID. Apekejadahnya kannn? Main gumpal-gumpal ek? Hahahahaha...
Pastu dgr plak pompuan termengandung, beranak, buang anak, together plak ngan boiprennya. Oh cinta sejati kan?
Pompuan kalau kapel...kena pastikan boipren berubah ikut selera dia ker...atau rela berubah demi boiprennya?
AKu sian la ngan pompuan-pompuan sekarang. Sian kat diri sendiri jugak. Aku rasa nk jd aktivis la. Mesti Rosmah bg duit yg RM111 juta tu sikit kat aku.
Kesian. Eh..sekian....
Tuesday, October 26, 2010
Tak reti bahasa???
Berwarna tak semestinya warni
Kelam bukan juga kabut
Senyap belum tentu sunyi
Riuh kenapa pula mesti rendah?
Itukan bahasa saja
Tak faham itu lumrah
tak mengerti, salah
salah erti lagilah salah
Sekian.
Monday, October 25, 2010
Senapang yg dililit Mawar Merah berduri adalah Guns n Roses (evergreen)
Jangan fikirkan sangat videoclip ni. Mmg akan menggangu akal sikit. Tapi aku suka lagunya. Argghhh... takde apa yg baik kot kalau dengan GnR ni (?). Gasak la....aku suka layan ni. Mmg best.
Madah Terakhir bukan Madah Berhelah (rockers tak suka berhelah?) 1996
Hello Fiona ade? (1992)
Hahahhahaa...... masa ni aku darjah 6 kot. Bapak giler aku minat kat diorg nih. Time tu kalau URTV kuar muka diorg ni jer. Jgn tak tau aku tulis surat kat diorg then they replied pakai tulisan tangan lagiii... Kalau aku simpan tu mesti jadi bahan bersejarah sekarang ni. Masa ni plak muncul la lain2 rappers spt Nico, Feminin, Res2 (zaman dress + platform + boot) dan beberapa lagi.
Kami rappers yo! yo! yo!
Kalau ade sesapa yg tak tau, ni la grup AC Mizal. Tp kalau korang tak tau sah skrg underage lagi.
Nantikan next entry video ape plak. Jgn terkejutzzzzzzzz..........
Sunday, October 24, 2010
Boleh pandang-pandang Jangan pegang-pegang
Seriyes aku suka lagu ni. Best best n best.........
Ye aku dalam mood search lagu kat youtube.
Saturday, October 23, 2010
AL-FATIHAH
One of my favorite uncle meninggal dunia di Hospital Seremban disebabkan masalah jantung jam 11 pagi 22 Oktober 2010. Selamat dikebumikan di Labu, Negeri Sembilan selepas Asar.
Kepada Allahyarham Pak Dol, semoga roh dicucuri rahmat.
AL-FATIHAH.
Friday, October 22, 2010
Bila Horatio Caine fall in love aku mmg tak suka


Gambar dari album Encik Google
Aku suker tengok citer yg ade kait-mengait ngan polis (oh tp bukan Gerak Khas). Maaf Tok Usop. CSI all series, Criminal Minds, Numbers..bla..bla..bla... Terbaru ni Rookie Blue ngan Life on Mars. Ok aku bukan nak kondem citer drama polis Malaysia. Tapi dialog; "Suspek berjaya lari, Tuan! Tapi kami sudah tingkatkan kawalan di sekitar kawasan ini!" Cam bosan la. Tak suka. Pastu ade tak yg rupa cam Horatio Caine? Cam Delko? Lawa cam Calleigh Duquesne? Smart cam Dr. Sheldon Hawkes? Ado? Takdo la weiiii....
Tapi satu je yg aku tak suka. Ni betul2 aku tak suka la. Kalau org lain suka, sukati diorang la. Tgh syok2 layan forensik korek isi perut mayat, tetiba ade lak masuk scene Horatio Caine bercinta la, Delko touching2 sentap ngan aweks la...alahaiiiiiiiiiii.......mmg la love is blind. Tapi kan, adusss aku tak suka la tgk scene hero heroin polis ni kissing-kissing raba-raba. Cittt... baik aku tgk Titanic kot?
Ape ntah aku nk meraban lagi.
Sekian je la.
Subscribe to:
Posts (Atom)
