Thursday, June 3, 2010

30 tahun yang GEMBIRA

1st time ade surprise besday party utk aku. Huhuhuhu...patut la semalam En. Anuar sebok ajak balik cepat2...suh aku mandi cepat2...tapi ajak kuar dia kata penat. Terjenguk-jenguk kat tingkap umah. Dari minggu lepas kata ade kawan nk datang hari Rabu. Kecoh!

Sekali semua adik-beradik aku datang wat surprise...hahahahaha...Kelakar lah plak. Siap ngan sate, ngan pulut kuning, ngan rendang skali. Pandai la korang wat pakatan ek.

Anyway... aku rasa semakin suka dengan usia 30 tahun ni.

Malam tadi..walaupun end up dengan kepenatan sebab aku jugak yg kena mengemas rumah, tapi aku suka jer...

Hepi...hepi...yippieee...

Tuesday, June 1, 2010

Kurang 3 jam lagiii...


“Ya Allah panjangkanlah umur kami dalam mentaati-Mu, dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang saleh.”


Kurang 3 jam dari saat aku menaip entry ini...maka officiallah aku menjengah usia 30 (walaupun kat surat beranak tulis aku lahir jam 8.50 pagi).

30 weehhhhhhh....30 tau......


Syukurrrrr.....semoga selamat sejahtera semuanya...........



Saturday, May 29, 2010

Hari2 terakhir di angka 20an

Huhuhuhu...dah tak lama dahhh....selamat tinggal angka 2...dh nk jadi 3 dah.

Dah tua ke aku...?

INSAF...INSAF....

Tapi syukur aku sihat walafiat. Target mau beli umah sudah settled. Sambung belajar? Baby? Huhuhu..ade 2 itu lagi yg penting. Kerja? Makin merudum rasanya.

Semangat.....mana semangattttt....????

Wednesday, May 26, 2010

Macam tak caya je

Turun 1.1 kg? Hahahahaha....

Jom makan kacang!

Tuesday, May 25, 2010

Balik Gym Bedal Kuey Teow Tomyam (aci tak)

Tajuk je dh jd citer...malas nk type panjang2 dh.

Tapi kuey teow tomyam td mmg superlicious!

Minum ngan kopi O panas. Kaw.

Pegi gym? Hehehehe.... Pegi gym ngan makan kuey teow tomyam superlicious adalah sgt berbeza.

Saturday, May 22, 2010

MARI MINUM SUSU




Wahhhh tajuk mcm aku minum susu lah sgt...

Ni first time aku dengar pasal World Milk Day pada 1 Jun 2010. Minum susu pun ade celebration day ek? Ke aku je baru nk tau. Padahal dh lama iklan nuffnang kat tepi ni terpampang. Wakakakaka...

Aku dan susu? (bukan susu aku la ngok!)...tapi aku dan susu...esspecially kalau plain milk yg kaler putih suci tu...mmg BIG NO NO NO okayyyy. Ntah biler aku tak minum plain milk aku pun tak tau. Jgnkan Dutch Lady ke haper...kalau susu soya pon kena make sure kena ade ais ketul2 bergolek-golek dalam cawan baru aku boley telan. Tp kalau susu coklat, wahhh haruslah aku bergelen-gelen pon boley minum. Seb baik Dutch Lady ade susu coklat yg sodappppp......

So, in conjunction with World Milk Day ni, Dutch Lady menganjurkan satu event yg best. Perhimpunan Minum Susu Beramai-ramai...wakakakakaka tak best langsung tajuk Bahasa melayu nyer (aku yg tak reti translate) atau Largest Milk Drinking Event. Lokasi : Pavillion, KL Tarikh dan Masa : 30 Mei 2010 /10 am.

SO MARI MINUM SUSU!!!!!!!!!!!!


Klik Dutch Lady utk tau produk2 susu yg lain dan link ini utk peraduan yg best...hadiah rumah teres tauuuu....

Thursday, May 20, 2010

SEKITAR PERTANDINGAN DIKIR BARAT HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 - KIJANG MAS UPM





Antara gambar2 sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Kijang Mas mewakili UPM berjaya mendapat tempat ke-3. Johan ialah kumpulan Kencana Putra dari Puchong (bersekali dgn Tok Jogho dan Tukang karut terbaik) dan kedua ialah kumpulan Titih Pusaka dari UiTM.

Berikut adalah video Kijang Mas UPM.



Saturday, May 15, 2010

HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

Lokasi : Putrajaya

Tujuan utama ke program ni ialah sebab nk tgk pertandingan barat. Kumpulan Dikir Barat Kijang Mas mewakili UPM (?). Buatlah apa2 yg patut. Kebetulan Aiman adalah cikgu dikir opis aku sempena majlis ulangtahun hari tu. Orang berbudi kita berbahasa kan?

Pegi ngan Cik Matahari, Cik Wanie bersama ma dia dan juga Yus. Eh lupa plak skali ngan En. Anuar (sebenarnya dia yg lebih2 nk tgk dikir ni).

Cerita pasal dikir barat tu ketepikan dulu, sebab banyak gambar dan video nk upload. Yang pentingnya ini.

Gambar 1 : Aku curi2 amek gambar

Gambar 2 : Aku tak perasan laki aku depan dia. Skali laki aku bgtau aku tgh curi amek gambar.




Akhirnya dapat gak bergambar betul2....

Korang tau sape ni? Tak payah citer la. Kalau kenal2..kenal la kan..

Sorry kpd Remy Ishak, Zulhuzaimy... setakat ni korang pun takleh nak lawan. (ini ranking aku yg punyaaaaaa................sukati aku la).




Sekian.

Friday, May 7, 2010

.................

Hari ini kita bernyawa
meniti batas usia
tergelincir jatuh
mungkin bangun sendiri
dipapah andai parah
diubat andai sakit
dibentuk indah berkuntum mekar
menitis keringat berganti darah

Kalau sepi itu mati
lama sudah dia tiada
Sepi yang tiada siapa tahu
Gundah jauh di dalam dada
Girang ada saja
tapi kadang-kadang girangnya tak indah
Siapa tahu?

Tangan yang menepuk bagi lena
Kaki yang menapak bagi siap
Mata yang celik bagi kau lelap
Mulut yang bising untuk kau selamat

Kalau benar dia benci
lama sudah kau dipicit sampai mati
kalau sungguh dia marah
lama sudah kau ditempik sumpah seranah

Kalau kau rasa hebat diri
Kau fikir dari celah mana keluarmu!

Selamat hari ibu!


-bungaCahaya-
dari Sifar ke Infiniti


---------------------------------------------------------------------

Satu hari nnt perempuan yg berbuat begini akan jadi ibu lagi kah? Mampukah dia?

Monday, May 3, 2010

Mari beli periuk belanga dan parang dan toto (bukan toto judi) bunga kering kopok lekor sos colek bla bla bla bla II

Perjalanan diteruskan (dgn satu syarat oleh ketua bas - takde berenti2 lagi dah). Wahhh seksanya rasa nk keluar dari area Pantai Timur ni. Rasa dh berjam-jam, signboard Kuantan pun tak nmapk lg. Apatah lg signboard KL. Tp semua dalam mata dh cerah sbb dah makan tengahari kat Kemaman. Topik utama - mahallllllllll la makan kat situ. Kpd sesama yg biasa kat Kemaman; makan kat Hentian Bas tu mmg mahal ker? Ada yg makan sorang smpai RM16 (lauk ikan + ayam). Aku plak makan sotong sekor (sedap la gak) ngan ulam + air teh ais = RM9. Tp dh makan, nk kata ape lagi.

Tak silap aku dekat kul 7 pm berenti lg (hehehe..kata tak stop dah). Kali ni kat R&R Temerloh utk maghrib. Dalam kul 8 gak baru sambung perjalanan.

Masuk Kl, jalan agak sesak tp masih lg bergerak. Masing2 dh mengeluh kepenatan (huh..tau penat!). Hanphone masing2 pun dh berdering-dering. Anak call, laki call, bini call, bf/gf call. Ye la...dari tghari td kata sampai kul 6 pm, jd kul 8 pm. Pastu up lg kul 9 pm. Skali kul 10.30 pm baru masuk kampus Serdang. Hehehehehehe.....

Sukses...sukses...