Saturday, March 13, 2010

Refresh

Bukan merajuk terasa hati
Bukannya luka tertusuk duri
Senyap bukan makna berhenti
Diam bertenang mencari diri

Sekian.

Sunday, February 28, 2010

Al-Fatihah untuk Syafia Humaira Sahari

Anak ini umurnya 3 tahun. Tapi...

1. Bapa kandungnya dalam penjara atas salahlaku jenayah.
2. Ibu kandung duduk bersama teman lelaki (?) dan anak-anak dan khabarnya mengandung pula 4 bulan (tanpa nikah?).
3. Teman lelaki ibu kandung baran, mabuk, ganas (kenyataan wanita itu sendiri)...tp dia ngandung gak anak jantan tu.
4. Mati didera dengan kesan cedera lama dan baru (konsisten) dan di hari kejadian dia disepak terajang di tepi padang bola.

Ok...aku emo lepas follow kisah Syafia ni. Kalau aku dh ada anak mungkin umurnya akan sebaya dia. Tapi aku takde anak. Orang yg ada anak buat perangai macam lahanat! Teringat aku mula berblog kerana kisah Nurin Jazlin.

Aku senaraikan orang2 yang ketara bodoh dalam kisah ini.

1. Ibu kandungnya...bodoh terunggul! - Allah dh jauhkan kau dari suami penjenayah, kau kawan pulak dgn lelaki yg lebih kurang sama tolol! Aku rasa tak mustahil ko jdi org pertama pergi melawat jantan tu dalam penjara.

2. Bapak kandung Syafia tu pun kategori bodoh gak. Buat anak je pandai!

3. Jantan yg bunuh Syafia tu bodoh kategori LAHANAT. Kalaulah ada org2 dalam penjara baca kes ni...korang sepak terajang la mamat ni dalam sel. Pastu suntut je ngan apa2 yg patut.

4. Ahli keluarga, masyarakat, org kampung...mana semuanya? Kerajaan Malaysia amacam? Hari tu baby kena bakar kecoh sekejap. Sekarang?!!!!

5. Aku pun bodoh gak....tak pernah terpikir hal mcm ni boleh menjadi sgt sadis di Malaysia yg AMAN, DAMAI, TERBILANg ni. Salam 1Malaysia!

Paper hari ni ade tulis pasal Menteri YB Shahrizat Jalil nk g jumpa mak arwah. Buat ape? Sah2 dia akan citer nyesal la...sedih la...chiiittttporahhhhhhhhhhhh!!! Pastu dapat bantuan.

Selamatkan je abang si Syafia tu..umur dia baru 7 tahun.

Wednesday, February 17, 2010

Sekeh kang!

Demam
Urine infection
Sakit kepala
Sakit belakang

MC : 8 - 12 Februari 2010
Cuti weekend & CNY : 13 - 16 Februari 2010
(Cutilah sehingga gila!)

Menu : Zinnat, Unasyn, Ural, Rowatinex, Panadol
(sila makan sampai muntah hijau...hahahah)

Saturday, January 30, 2010

NIRVANA lagi

ENTAH...

Semalam Jumaat aku cuti. Plan awal kononnya nak ke Karnival Buku Utusan tapi tetiba jer rasa malas. Tapi pagi2 buta gak dh sampai ofis. Hahahahaha...ntah apa2.

Lebih kurang 1030 am En. Anuar call tanya nk ikut dia wat delivery barang ke KL tak? Aku cakap okey jer tp katanya aku kena tunggu dia kat KL. Alaaa...kena naik bas la ek. Aku cakap kalau cmtu takyah pun takpe la. Malas aku nk naik public transport g KL. Tapi dia kata alaaa jom ar mama kita jalan2. Ek eleh ape kes lak pakcik ni... So sbg isteri yg solehah (?) aku pun ye kan jer la.

Perjalanan aku bermula camni...

Aku tunggu bas...selalunya bas Metro tp rupanya skrg dh ade RapidKL yang terus ke KL from Serdang. Tapi aku tak tau laluan mana. Bas penuh padat, mula2 dengan student U yang mungkin nk balik kg. Half way, penuh plak ngan budak2 sekolah. Sungguh sendat. Bagi aku ni biasa jer...sebab public transport dah jadi darah daging aku sekian lama. Kalau dah nama public mesti la ramai pengguna kan? Masa tu jam dah kul 1230 tengahari dan aku masih di kawasan Serdang. Bila masuk highway Besraya, En. Anuar call katanya kalau leh turun kat Sungei Wang lagi ok. Udahhh...dah la aku tak tau bas ni lalu ikut mana. Aku ckp kat ok. Ape2 dh samapi KL aku call. Dekat kul 2 baru masuk KL, rupanya bas tu lalu kat Jalan Pudu, so aku terus turun kiranya kat belakang Time Square. Menyusuri tembok Penjara Pudu di tengah terik matahari Jumaat. Wahhhhh..... Aku harung je la jalan sampai ke Sungei Wang dan pusing2 dalam tu dekat2 sejam, siap sembahyang Zohor dalam tu. Dan kemudiannya En. Anuar call. " Boleh tak jalan balik ke TS? Jalan jem arrr..abang takleh nak masuk Sungei Wang." Haruskah aku hangin? Arghhh...what the heck! Bukan aku tak biasa pusing alam kat KL ni. Di luar dah ujan. Depan Sungei Wang, ade satu grup Selamatkan Hidupan Liar dan Hutan Malaysia. Ok...diorg suh aku sign...Pastu tanya; belajar kat mana? Wakakakaa.......suker aku! Bila letak no. IC; mamat tu cakap. "Eh biar benar kak...ni tahun 80 ni." " Ye la dik oii...ko ingat aku umo braper..?" Hahahaha perasan muda gilerrr................ (budak tu ingat aku umor 26..abesss? haruslah perasan kan?). End. Aku jalan gak la redah ujan sket g kat keta En. Anuar. Pastu drive balik...hahahahhaa... Tapi sempat singgah Rasamas Seri Serdang makan.

Tadaaaaaaaaa..........dah update. Aku nk citer ape sebenarnya?

Entah!

Friday, January 29, 2010

Sweet Child o Mine

Cuti hari ni...tp lepak di opis. Hahahahaha...

Lagu ini khas utk Cik Raksasa Mini "luv u muah muah muah" yg celebrate besday semalam. Layannzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......

Sunday, January 24, 2010

MENU TENGAHARI HUJUNG MINGGU

Makan tengahari tadi... bangun dh la lambat. Pas subuh tido balik kul 11 baru bangun. Celik mata je lapar. Konon la ek nk kuruskan badan. Takde maknanya. Dlm peti ais takde yg menarik. Rasa cam nak makan sotong. Rempit la kejap ngan En. Anuar cari sotong dan beberapa barang lagi.

Hasilnya...........tadaaaaaaaa................



Sotong bakar, ikan kembung 3 rasa dan sup bebola + cendawan. Jemput tengok yer......


PEACE



Friday, January 22, 2010

TERIMA KASIH UNTUK KELEDEK GORENG, KEK BUAH & SECAWAN NESCAFE

Selesai sudah Hari Inovasi. Sangat suka sbb gimik yg diusahakan berjaya walaupun agak kureng. Yg penting Cik EMCEE kata dia terkejut. Hahahaha...ok la tu.

Hari Inovasi (formerly known as Hari Q) mungkin hanya familiar di kalangan kakitangan kerajaan. Private sector aku tak tau. Anugerah itu dan ini dan ucapan bla...bla....bla.....

Apa pun aku hanya nak ucapkan terima kasih kepada 3 orang yang telah menganugerahkan 3 perkara ini kepada aku (dan juga kamu-kamu semua)....

1. Keledek goreng dan pisang goreng di petang persiapan.
2. Kek buah dimakan beramai-ramai di hari kejadian.
3. Secawan Nescafe dibancuh tangan ketika kehausan.

Baca perlahan-lahan ketiga perkara ini dan fikirkan sedalam-dalamnya. Kalau kamu-kamu semua terasa keikhlasannya, terima kasih kamu-kamu semua akan beserta dengan rasa amat2 terharu dan sangat jauh di dalam hati. Terima kasih juga pada yang lain-lain tapi mungkin tak sedalam ini. Sorry.

Thanks to Dr. NA, Dr. HZ, Dr. R dan Kak BB. That's what I call "ANUGERAH".

Monday, January 18, 2010

TERINGAT

Ayah aku kalau marah tak banyak cakap. Dia cuma bgtau 2 benda ni jer;

"KALAU DIPUKUL... SAKIT HANTAR HOSPITAL, MATI TANAM!"
"BIJAK TAK BOLEH DIIKUT BODOH TAK BOLEH DIAJAR!"

Sekor pun tak berani bersuara dah. Rasa nak bernafas pun takut.

Hehehehe...

Takde la bukan lepas kena marah. Mana la ayah aku nk marah anak dah tua2 camni. Teringat jer...

Hatikah?

Dijulang jatuh
Dicampak pecah
Diketuk retak
Dipukul sakit
Digigit luka
Dipotong putus
Dijentik perit
Dicubit jerit
Dihentak lebam
Dihiris berdarah

Hatikah?