Thursday, September 10, 2009

Abby Abadi / Norman Hakim / Memey / Awek Hingusan (tajuk tak boleyyy blah)

Dengarnya...: Kasihan Abby Abadi

Oleh Normah Becok

CIK Normah dapat tahu pada saat Memey Suhaiza dan Norman Hakim sedang bahagia dilamun asmara, kisah sebaliknya berlaku kepada Abby Abadi. Satu sumber yang cantik persis peragawati dan enggan namanya didedahkan memberitahu hubungan Abby dengan pelakon baru yang juga seorang model, Zul sudah berakhir.

Patut pun, sumber berbadan montok macam Cik Normah itu cakap, status dirinya di laman sosial, Facebook, tidak lagi menjalinkan hubungan sebaliknya, kembali single. Buat Abby, jangan sampai melara jiwa sampai lupa tanggungjawab dekat tiga orang anaknya. Cik Normah kadang-kadang naik kasihan pula dekat Abby.

Cik Normah nak kongsi satu lagi cerita panas mengenai mereka pada musim cuti sekolah baru-baru ini. Nak dijadikan cerita ketiga-tiga anak Abby dan Norman teringin sangat nak jumpa nenek mereka (ibu Norman) di Kuantan. Abby pun tidak mahu menjadi penghalang anak-anaknya untuk menagih kasih bekas ibu mentuanya.Kebetulan dua kereta milik Norman dalam keadaan yang tidak sesuai untuk dibawa berjalan jauh, lalu, Abby yang baik hati ini, menawarkan keretanya kepada Norman. Lagipun, selesa sikit untuk anak-anaknya duduk dalam kereta sebelum sampai ke destinasi.


Yang mengejutkan Cik Normah, bukan hanya Norman dan anak-anak mereka saja yang pulang ke kampung. Sebaliknya, buah hati pengarang jantung Norman, Memey pun ikut serta. Abby pula Cik Normah mendapat tahu, menerima laporan apa yang terjadi di kampung itu daripada saudara mara Norman juga.

Alkisahnya, Memey pandai mengambil hati anak-anak Norman dan Abby. Kononnya Memey berlagak baik di depan keluarga Norman. Mahu tak angin Abby. Sangkakan Norman dan anak-anak saja pulang ke kampung. Ini tidak, Memey pun ikut sekali. Kalau Cik Normah di tempat Abby pun, boleh 'hangin' satu badan. Sudahlah naik kereta Abby....Lucunya, selepas beberapa hari kejadian itu terjadi, Cik Normah diberitahu Memey boleh siap SMS Abby bertanyakan sama ada terjumpa anting-antingnya yang mungkin terjatuh di dalam kereta. Motif? Nampak sangat Memey pun macam lagi sengaja nak tambah angin 'taufan' Abby.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertamanya sorry la kepada peminat2 Memey & Norman Hakim (ade lagi ker?)...aku tak amik pot pun keje tak berpekdah korang dua nih. Apa pun bukan jugak aku ni peminat atau penyokong Abby. Takde kena-mengena langsung aku nak mencemar duli masuk campur hal diorg nih...lain la kalau aku nih reporter berbayar kekdahnyerrr....

Cumanya apabila aku terbaca artikel nih, aku senyum jer la sorang sambil rasa cam kelat2 sket. Sebab? Sebab kesah nih cam sama jer cam kisah awek hingusan yang aku tengah karang. Hehehehehe...tak sangka kesah aku bertaraf selebriti gak. Tapi ye jugak...awek hingusan tu pun kira cam selebriti gak walaupun ala-ala hangat2 taik ayam gitewwww (taik ayam lagi hangat tauuuu...).

Anyway draft kisah awek hingusan ni dh sampai part akhir. Pas raya pertama la aku baru post, sebab taknak la aku mencipta kontroversi bulan2 puasa nih, marah Akhil Hayy nanti (tak relevannnnn pon....sajer je nak sebut nama ostad kiter yg sangat ostad ituuu).

So, SELAMAT BERPUASA.....jangan wat keje tak baik yer korangggg.

PEACE!

Monday, September 7, 2009

TAKDO KOJO!

Your results:
You are Green Lantern

Green Lantern
85%
Wonder Woman
77%
Supergirl
77%
Superman
70%
Catwoman
60%
Hulk
50%
Spider-Man
50%
Robin
47%
The Flash
40%
Iron Man
35%
Batman
35%

Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.
Click here to take the "Which Superhero are you?" quiz...

Saturday, September 5, 2009

BUKA SOLO - SAHUR BERDUET LA NANTI

Giler la...ni post aku yg ke berapa ntah hari ni....

Hari ni aku buka solo. sebab En. Anuar bwk mak selesaikan satu urusan. So aku malas la nak join. Disebabkan buka solo, aku bedal ikut selera aku la. Aku explore dapur, ada Preggo Cheese & Herbs setin, fettucini ade sket lg, button mushroom ade sket. Aper lg....kita buka ala Italiano kali nih. Cara masak...malas nak citer la...campak2 jer. Sendiri mau makan kannnn? Pastu aku terasa nak try buat roti john plak... Hehehehe... Pecah telur campur ngan bawang, cili merah, tomato potong kecik2, garam... Letak skit marjerin kat pan...deburrrrr...masuk dalam pan, agak2 time tgh cair2 sket tu tepekkan roti gardenia sekeping (ye la mana aku nak cekau roti panjang tu kannn...). Haaaa...jadilah roti john versi JoyahSport. Air? Aku kalau En. Anuar takdok aku minum air panas jer. Disebabkan aku dh kurangkan minum Nescafe makanya minum teh O panas jerrrr...

Ni tgh tunggu En. Anuar balik la ni....hehehehe sepuloh kali tepon tanya aku buka aper. Hellehhh cam la zaman Jepun mengganas. Tau la aku nak reka2 menu kannn?. Ni kang dia balik silap2 kena masak plak ni. Nasib baik tahun ni ialah tahun isteri solehah. Auuuwwww......

KISAH BAJU KURUNG

Ini kisah kedua utk hari ni. Aku merayau-rayau di blog orang lain. Dan ada satu blog ni, aku mmg suka. Aku antara silent reader dia. Di saat kita masih cari baju raya last minute nih, aku terbaca post dia. Boleh baca kat sini.

Makna kata... Aku pun tengok la balik baju-baju kurung aku yang bersusun dalam almari tu. Tengok2...belek2...selak2... Heheheheheh...baju kurung ka baju kurang?

NYANYIAN SERAMBI


KISAH LAKSAM DAN NASI GORENG TENGAH MALAM

Gambar ehsan eiyda. Anyway aku sebenarnya dah lama nak makan laksam ni. Dulu2 selalu gak beli tapi kat satu gerai yg skrg dh tak wujud. Mmg banyak laksam dijual di merata tempat tapi aku serik sbb pernah terbeli yg tak sedap. Just imagine la...kuah yg isi ikan tu rasa cam basi. Errrghhhh...

Jadinya pastu aku lupakan je la hasrat makan laksam kerana gerai feveret aku dh takde. Tapi semalam aku memberanikan beli di satu gerai kat Pasar Ramadhan Kompleks Hentian Kajang. Peniaganya org Kelate so konfem la laksam ori nih. Harga RM3.00 dan seriyes aku harap nau rasanya sedap.

Hari semalam memang tak plan utk masak pun. Sebab balik keje terus pegi kedai borong beli barang2 dapur sket. So beli siap2..selain dari laksam aku tu, En. Anuar beli roti john dari satu gerai awek tomboy yg mukanya kelat (tapi nasib la sodapppp...) dan air tembikai. Pastu balik ler...walaupun En. Anuar duk terpisat-pisat kata ni tak cukup makanan ni. Tapi aku tarik gak suh balik dgn janji malam2 sket kalau lapar gak aku masak.

So balik dah jam 7 pm. Siap2 tunggu je waktu buka sambil ngadap facebook dan bloghopping sket2. Malamnya aku kemas rumah, basuh kain dan sebagainya sbb aku mmg malas nak wat ape2 di siang hari. Hahahahah...pemalazzzz..... Jam 11 pm En. Anuar lapar dan spt dijanjikan aku kena masak lerrr. Nak masak lauk malas. Tgk peti ais ade ikan bilis, nasik sejuk, baki ayam sambal, timun, sambal belacan. Jeng...jeng...jeng... Tumbuk ikan bilis+bawang+cili api tumis skali ngan sambal ayam. Campak sambal belacan sket masuk nasik. Ada sayur kangkung..belasah jer la. Telur sebijik. Potong timun wat ulam susun memolek dalam piring sama sambal belacan. Huhuhuhuuh...kan dah mcam makan kat kedai tu. Pastu bancuh air panas. Settled......

Luper nak bgtau...laksam tadi fuhhhhhhhh sedap bangattttttt. Pasni leh beli kat mek tu lagi la. Belajar masak? Tima kasih je la....Aku rasa tak chemistry plak, org N9 belajar masak laksam. Huhuhuhu. Makan boleyyyyy!

NIAT PUASA dan DOA BUKA PUASA

SCROLL DOWN FOR MY NEW POST. THIS IS ON STICKY MODE.

Niat puasa ramadhan height="500" width="100%" > value="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=5400790&access_key=key-yj534j053hbtj2muw9e&page=1&version=1&viewMode=">


Sepatutnya post ni aku letak awal2 lagi...sebab aku tau someone
out there yang masih tercari-cari niat setahun sekali ini.
Aku paham...kadang-kala kita malu bertanya. Tapi ini kita kongsi bersama.

Aku letak yg format gini sbb ada yg takleh view hak yg atas.

“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.

Friday, September 4, 2009

HERRRRMMMM.....


gambo from google

Aku tak berkira sangat pasal makan...tapi aper rasionalnya ayam potong 8 ko jual 6 hengget seketul?!Pastu aku cakap nak beli satu je, ko buat muka kelat campur #@*^t!

Wednesday, September 2, 2009

Kartunkah Kita? LAYANNNNNN............



Sakit purut la plakkkk...En. Anuar lagi merana. Salah makan kah? Tu la mlm td gatal buka kat luar.MC? Alahai malasnyer nak g klinik.

Tuesday, September 1, 2009

KORANG PERNAH DENGAR LAGU NI?



Aku selalu dengar lagu-lagu Ally Noor & Mastura sebab arwah atok yunus di Nilai suka sangat pasang kaset lagu ni. Dulu setakat Ayam den Lapeh tu cam air sungai jer aku hafal. Arwah asal Minangkabau, jadi aku ni ader la darah Minang sikit. Campur lak ngan umi aku orang Banjar Perak.

Minang + Banjar = 1Malaysia!!!!!