Monday, March 16, 2009

Akademi Fantasia 7

Sabtu 14 Mac 2009

Siangnya aku telah menyertai program riang-ria anak gergasi; yang pastinya akan diceritakan secara detail oleh Cik Mek dan tak perlulah kiranya aku mengulang cerita yang sama di sini.

Balik rumah hampir jam 6 petang (ye ke?)...dan masak2 sebab aku isteri solehah (kahkahkahkahkah). Hari hujan renyai-renyai menjadikan aku isteri solehah yang malas. Lepas masak dan makan aku pun ala-ala adjust utk menonton tv...nak basuh kain tak sesuai sebab hari hujan (ada kaitan ke?). Encik Anuar plak sebok bersiap untuk pertandingan karaoke. Aku malas nak ikut sebab hujan, dan sebab tempat dia nak pegi tu ramai org dah pencen dan veteran dangdut.

Makanya aku pun duk la depan tv (ehhh LCD laa...)tengok channel 104 Astro Ria. Menjelang jam 9.00 aku dah letak semua jenis jajan dan bancuh air berkafein @ Nescafe panas. Elok-elok aku nak amik feel jer...Cessss..........mula la siaran bergoyang-goyang macam kena hembus angin dan terputus-putus la suara AC Mizal 4U2C tu. ALamak..camne nih?

Aku sms pada sume org tetapi aku dapat reply tak berapa cerdik cthnya dari Cik Mek - Kak Zah payungkan je la pemancar astro kak zah tu...apa daaa. Cik Matahari plak sebok citer jalan nak masuk umah dia banjir. tak relevan langsung.

Aku dapat gak tgk konsert AF 7 yang pertama ni time peserta ke 2...huhhhhhhhh...tapi mood dah potong la.

WALAUPUN UMAH AKU HANYA BEBERAPA KILOMETER DARI ASTRO (BANGUNAN ASTRO TU TAU), TAPI AKU TETAP ALAMI GANGGUAN SIARAN BILA HUJAN. ABISSSS...NAK SUH AKU PINDAH DUK DALAM ASTRO TU KE HAPA? SEKIAN. ITU JE LAH YANG AKU NAK CITER.

Thursday, March 12, 2009

PENAGIH KAFEIN (SERIUSSSSSS.......) dan lain-lain

SATU




Post ini sebenarnya dicetuskan oleh bos aku (ex-bos kot...) iaitu Puan Zurita Ismail yang merupakan salah seorang AJK Tertinggi Persatuan Penagih Kafein (kehkehkehekeh) yang masih belum didaftarkan. Gambar di atas ditujukan juga kepada semua ahli persatuan dan sila jawab 3 soalan berikut dengan tepat :

1. Di manakah lokasi gambar diambil?
2. Air apakah di dalam cawan itu?
3. Siapakah penyumbang paket 3 in 1 yang digunakan?

-------------------------------------------------------------------------------
DUA

Oooooo...korang g jenjalan tak ajak aku ek. Nampaknya cha cha dah ambil alih posisi aku nih. Nasib baik mama Cha Cha AJK Tertinggi persatuan di atas...dan nasib baik juga aku dh isytiharkan tahun ni aku nak jadi isteri solehah (kuikuikuikuikui). Korang tak caya? Tahun ni aku masak tau (selain masak air)...hari2 lagi. Kehkehekehekeh......

-------------------------------------------------------------------------------

TIGA

Aku dan sakit pinggang - adusss rasa cam dah tua sangat jek. Mana ntah datangnya punca sakit tu. Agaknya sebab aku aktif sgt ngan aktiviti persatuan di atas (sekali lagi) kot. Mula-mula cam tak rasa sgt, tapi seminggu ni macam giler mengganggu. Kak (Dr) Situt suh aku scan, tapi rasa cam malas je. Tunggu ar appointment 24hb nanti.

Thursday, February 26, 2009

Selamba Gaban

Imaginasi aku memang kurang. Jadi bila nak post apa2...mesti jadi macam biul kalau takde apa yang best berlaku sepanjang hari. Realist ke apa namanya ek....berpegang kepada realiti je. Aku kagum ngan bloggers yang terror berimaginasi; contohnya Encik Luffy, akak2 3 Diva dan beberapa lagi yang sering aku nikmati hasil tulisan mereka. Berblog menjadikan kita insan yang berbeza...lain dari identiti di alam maya. Kahkahkahakahkahakahakah.....menatang apa la aku tulis ni.

Apa yang aku suka buat sekarang? Layan Raja Lawak kot. Pastu layan audition AF...audition jer.....bukan konsert sebab aku tak berapa suka sangat la.

Brengsetttt!!!!Aku memang tak tau nak tulis apa sebenarnya ni. Woiiii kepala hotak bergerak la sket....

Korang pernah dengar orang yang alergik kenduri. Pernah rasa camni....bila nak g kenduri masalah pertamanya nak bangun pagi...sebab kenduri selalunya masa cuti bersamaan dengan hari bangun lambat sedunia. Keduanya...pilih baju dan gosok baju....busaaaannnnn. Dah la sepanjang minggu keje kena gosok dan pakai baju kurung; kalau g kenduri pakai jeans leh? Ahakssss..... Ketiganya, time pengantin sampai dan time makan selalunya tengahari....panas terik atau hujan lebat; maka gabungan semuanya tadi menjadikan aku SAKIT KEPALA. Aku kalau sakit kepala (jarang-jarang kena) memang GILA sebab akan membawa kepada ciri-ciri mengamuk luar kawalan. SO kalau aku pergi kenduri (tak baik gak tolak jemputan dengan alasan aku yg tak munasabah ni), lepas makan aku akan balik walaupun tak sempat nak jumpa pengantin. Jadi SORRY pada kawan2 aku yg wat walimatulurus, kelibat aku kadang2 sekelip mata jer.

Sekarang semasa aku berblog ni, aku sambil tengok Channel Travel & Living 707 - Food Paradise. Aku terfikir satu benda; apa yang aku tak suka makan ek?
TAK SIHATTTTT.......TAPI SODAPPPPPP......

Tuesday, February 24, 2009

Unsorted Myspace Comments


Unsorted Myspace Comments

TERANG BAGAI BULAN PURNAMA

Pagi ini pejabat aku bagai diserang garoda. Bukan sunyi sepi tetapi semua orang dalam mode berjaga-jaga. Andainya digambarkan ia bagaikan sang teruna menunggu masa ijab kabul. Kalau dibayangkan lagi ibarat menanti keputusan AF - peserta mana yang tersingkir. Dan kalau nak over lagi macam nak tunggu nama dipanggil untuk cabut gigi...hehehehheheh.... Nak menunggu jarum jam bergerak rasa macam nak tolong pusingkan je jarum jam tu. Nak makan pun rasa macam ala-ala tak sampai ke perut. Fuhhhhh....serius aku cakap. Memang suspen!

Kesahnya plak, sebenarnya hari ini ialah Audit Pemantauan SIRIM.... Inilah first time kami menghadapinya. Ya Allah betapa berdebar-debarnya hari ni... Aku tau ramai yang tau betapa hebatnya penangan Audit SIRIM ni.

Bagi setengah orang; di pejabat aku ni lah contohnya, bagai takde apa je yang berlaku. Boleh lagi bersuka-suka....keluar makan, lepak-lepak.... Itu hari ni. Sepanjang seminggu dua yang lepas, aku tak rasa ada nampak sikap tolong-menolong. Yang ada cuma buat kerja masing-masing. Pastu dengan bangganya mencanang betapa dia sudah siap semuanya...sudah ready segalanya. Memanglah! Sebab ko buat keje ko je. Langsung tak tengok apa pun keje orang lain. Kengkadang ko tak sedar pun yang keje ko pun melepaskan batuk di tangga, orang lain yang selesaikan. Bodoh punya manusia.

Kepada manusia2 itu, sedarlah diri. Kesian kat kawan2 yang terpaksa selesaikan bermacam-macam hal sendirian. Ketika ni aku tercari-cari gak...mana la kawan2 yang selalu makan sama-sama, keluar jalan sama2...tapi bila kena stayback sampai tengah malam; mana ek kawan2 tu..... Senang sama-sama, susah sorang2 ek?

Jadi kepada Puden, Kak Jun dan Hanim...tahniah setinggi-tingginya atas kegigihan korang. Kepada Kak Jun yang mengendong baby ke opis di hari minggu, tabik spring dari aku. Pada Hanim yang sering terpaksa menangguhkan janji untuk balik kampung, tahniah sebab maintain sentiasa. Apa pun keputusannya esok aku tetap salute sebab korang berdualah perjalanan program ni lancar. Dan aku juga berharap orang2 sekeliling yang perasan bagus (sebab buat keje sendiri je kan?), sedarlah weiiii....korang sendiri letak diri korang di mana. Di bawah? Bukan di bawah....memang dah level bawah tanah. Sedar la weeiiiiiii..................

JADI KEPADA SEMUA; TAHNIAH (ditujukan kepada semua yang tak perasan).


Kepada ORANG-ORANG yang BIASA....Hehehehhe...biasalah tu kan? Macam tak biasa.... Pas ni sambung wat mende lain plak.

Monday, February 23, 2009



SEKIAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

Saturday, February 21, 2009

Monkey D Luffy

Encik Luffy, (tak best panggil ko Monkey)....

Tima kasih sebab memberi aku idea untuk menulis. Aku sebenarnya nak komen je kat entry ko ttp aku rasa panjang giler plak komen aku tu. Maka aku pun dedikasikan la satu entry ni untuk ko yang aku baru je kenal dalam blog selama beberapa minggu ni; dan juga kepada orang2 yang belum kahwin (selepas ini ejaan - kawin) dan yg dah kawin. (untuk makluman aku dah nikah & kawin).

Aku kawin umur 23, laki aku plak masa tu umur 30. Korang rasa aku muda lagi ke? Atau pun laki aku yang dah tua? Masa aku kawin tu (tahun 2003), aku rasa macam aku ni kategori kawin awal. Sebabnya ; 1. Kawan2 aku belum kawin dan 2. Aku ni bukan la spesis ayu dan anggun sehingga berjaya menarik perhatian lelaki. Hehehehhehe.....

Oklah, bukan itu isunya di sini. Aku tau ada di kalangan umat manusia di luar sana menjadikan isu kawin2 ni macam isu besar sangat. Apasal ek? Bagi aku, takde apa yang jadi isu sekarang ni. Sesiapa pun boleh kawin dengan sesiapa yang dia nak, bila2 masa asalkan tak langgar hukum dan adat. Misalnya Encik Luffy yang membayangkan dia kawin di usia senja dengan makwe umur 20an....ape ada halllll kan? Ataupun seorang makcik umur 50 yang terasa macam nak kawin ngan brader umur 30...pun apa ade halllll.....(kan trend terkini...hehehehehhehehe). Jodoh tetap di tangan Tuhan. Bila dan dengan siapa, kita boleh pilih, tapi akhirnya Dia yang tentukan.

Hal-ehwal nikah kawin ni, pada pandangan aku janganlah terlampau excited sangat. Perancangan tu perlu, tapi mustahil ia akan berlaku 100% seperti yang dirancang. Kalau anda bercinta dengan anak jiran anda selama 12 tahun, belum tentu ngan dia anda kawin. Silap2 anda kawin ngan budak yang datang interview kat tempat kerja anda. (selingan) Korang tau Roslin Hashim (pemain badminton laaaaa...itu pun tak tau), baru je kawin 12 hari dah lafaz talak 1 (cerai la tu).


Jadi kepada encik Luffy dan kepada sesiapa saja.....jangan la minum Nescafe banyak sangat sebab nanti jadi macam aku. Merapu takde hala tuju.

Anak tupai di atas dahan
Mati ikan dilempar tuba
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan
Jangankan senja, dah malam pun kan tiba



Selepas ini aku akan menulis satu entry yang agak serius.....nantikan....(helllehhhh macam ramai peminat).


SEKIAN TIMA KASIH

Thursday, February 19, 2009

Wednesday, February 18, 2009




oleh : JoyahSport


Kalau hendak menjulang tuan
Jangan dipetik kata berbisa
Kalau hendak mencari kawan
Biarlah baik budi bahasa


Bunga kemboja indah jambangan
Ditabur kelopak atas pusara
Dipegang tidak dibuang jangan
Hanya Yang Esa adil bicara


Tepuk tepuk anak rebana
Bukan sebarang tepuk perlahan
Kalau tak tahu hendak ke mana
Cari petunjuk suluhkan jalan


Hendak mencari anak kedidi
Jumpa sekawan di tengah laman
Mata menjeling bukan tak sudi
Gurindam jiwa jadi peneman


Sulam-sulam si urat benang
Silang-silang buat penanda
Jangan diduga sungai yang tenang
Andai ilmu kurang di dada



Hahahahahha....camne nak dapatkan copyright ni...Original tau. Lama gila aku tak berpantun; rasa cam mangkuk je kepala otak.

SEKIAN. Harap terhibur.

p.s : Pantun ini hasil seni yang tulus tanpa ditujukan kepada sesiapa.

Tuesday, February 17, 2009

Kain Terselak Kaki Terkangkang

Panas giler la tajuk ni....sebenarnya tajuk ni rekaan aku je la memetik ayat dari warta berita. Ada lagi sambungannya tapi sungguh la tak manis kalau aku tulis gak... Aku seperti biasa, no komen la. Sebab satunya aku pelik; apahal la kes posisi amoi tido pun nak jadi isu nasional. Dah-dah la tu. Ntah la..tak sampai la level aku nak membicarakan kisah ni. Mende yg privacy dah jadi sensasi, yg patutnya tak privacy, tak pulak kita sebok2. Sebab tu la pembantu rumah beranak sorok baby dalam laci sampai 3 hari pun tuan rumah tak sedar. Apa pun terima kasih la sebab memberi aku idea untuk entri kali ni. Heheheheh....tajuk mesti panas baru la seronot utk dibaca.
Privacy ni ada kaitan dengan kerahsiaan...ye la benda2 privacy ni selalunya rahsia la. Bagi yang tak paham Bahasa Melayu, Bahasa Inggerisnya PRIVATE & CONFIDENTIAL (P&C). Dulu2 aku paham kalau istilah P & C ni semuanya applied to official document je. Heheh sekarang ni rupanya dah semakin meluas plak. Tapi ye lah selalunya mana yang sangat2 dirahsiakan tu selalunya itulah yang paling2 orang nak tau. Best nyerrrrr.....
Kat Malaysia ni sebenarnya istilah privacy (kalau di'melayu'kan privasi) sebenarnya lebih sinonim dengan artis2 yang tak berapa popular tu. Heheheheheh....
Artis LW : Hubungan dia dengan I itu hak peribadi. Tunggu saja kad jemputan dari kami.
Artis RMA : Tolonglah hormat privasi I dan family I. Kami pun nak hidup macam orang lain gak.
Artis XXF : Saya rasa kisah rumahtangga kami ni x perlulah dicanang dlm media. Kita selesaikan cara baik.
(Semunya membawa maksud RAHSIA = PRIVACY)
Jadi apa kesss? Sebenarnya aku dah tak tau apa yg aku merapu ni. Kepala pening sebenarnya Cuma satu je lah. Jagalah privacy anda. Di opis, di rumah, di pasar malam atau pun di alam cyber.
SEKIAN.