Saturday, February 21, 2009

Monkey D Luffy

Encik Luffy, (tak best panggil ko Monkey)....

Tima kasih sebab memberi aku idea untuk menulis. Aku sebenarnya nak komen je kat entry ko ttp aku rasa panjang giler plak komen aku tu. Maka aku pun dedikasikan la satu entry ni untuk ko yang aku baru je kenal dalam blog selama beberapa minggu ni; dan juga kepada orang2 yang belum kahwin (selepas ini ejaan - kawin) dan yg dah kawin. (untuk makluman aku dah nikah & kawin).

Aku kawin umur 23, laki aku plak masa tu umur 30. Korang rasa aku muda lagi ke? Atau pun laki aku yang dah tua? Masa aku kawin tu (tahun 2003), aku rasa macam aku ni kategori kawin awal. Sebabnya ; 1. Kawan2 aku belum kawin dan 2. Aku ni bukan la spesis ayu dan anggun sehingga berjaya menarik perhatian lelaki. Hehehehhehe.....

Oklah, bukan itu isunya di sini. Aku tau ada di kalangan umat manusia di luar sana menjadikan isu kawin2 ni macam isu besar sangat. Apasal ek? Bagi aku, takde apa yang jadi isu sekarang ni. Sesiapa pun boleh kawin dengan sesiapa yang dia nak, bila2 masa asalkan tak langgar hukum dan adat. Misalnya Encik Luffy yang membayangkan dia kawin di usia senja dengan makwe umur 20an....ape ada halllll kan? Ataupun seorang makcik umur 50 yang terasa macam nak kawin ngan brader umur 30...pun apa ade halllll.....(kan trend terkini...hehehehehhehehe). Jodoh tetap di tangan Tuhan. Bila dan dengan siapa, kita boleh pilih, tapi akhirnya Dia yang tentukan.

Hal-ehwal nikah kawin ni, pada pandangan aku janganlah terlampau excited sangat. Perancangan tu perlu, tapi mustahil ia akan berlaku 100% seperti yang dirancang. Kalau anda bercinta dengan anak jiran anda selama 12 tahun, belum tentu ngan dia anda kawin. Silap2 anda kawin ngan budak yang datang interview kat tempat kerja anda. (selingan) Korang tau Roslin Hashim (pemain badminton laaaaa...itu pun tak tau), baru je kawin 12 hari dah lafaz talak 1 (cerai la tu).


Jadi kepada encik Luffy dan kepada sesiapa saja.....jangan la minum Nescafe banyak sangat sebab nanti jadi macam aku. Merapu takde hala tuju.

Anak tupai di atas dahan
Mati ikan dilempar tuba
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan
Jangankan senja, dah malam pun kan tiba



Selepas ini aku akan menulis satu entry yang agak serius.....nantikan....(helllehhhh macam ramai peminat).


SEKIAN TIMA KASIH

Thursday, February 19, 2009

Wednesday, February 18, 2009




oleh : JoyahSport


Kalau hendak menjulang tuan
Jangan dipetik kata berbisa
Kalau hendak mencari kawan
Biarlah baik budi bahasa


Bunga kemboja indah jambangan
Ditabur kelopak atas pusara
Dipegang tidak dibuang jangan
Hanya Yang Esa adil bicara


Tepuk tepuk anak rebana
Bukan sebarang tepuk perlahan
Kalau tak tahu hendak ke mana
Cari petunjuk suluhkan jalan


Hendak mencari anak kedidi
Jumpa sekawan di tengah laman
Mata menjeling bukan tak sudi
Gurindam jiwa jadi peneman


Sulam-sulam si urat benang
Silang-silang buat penanda
Jangan diduga sungai yang tenang
Andai ilmu kurang di dada



Hahahahahha....camne nak dapatkan copyright ni...Original tau. Lama gila aku tak berpantun; rasa cam mangkuk je kepala otak.

SEKIAN. Harap terhibur.

p.s : Pantun ini hasil seni yang tulus tanpa ditujukan kepada sesiapa.

Tuesday, February 17, 2009

Kain Terselak Kaki Terkangkang

Panas giler la tajuk ni....sebenarnya tajuk ni rekaan aku je la memetik ayat dari warta berita. Ada lagi sambungannya tapi sungguh la tak manis kalau aku tulis gak... Aku seperti biasa, no komen la. Sebab satunya aku pelik; apahal la kes posisi amoi tido pun nak jadi isu nasional. Dah-dah la tu. Ntah la..tak sampai la level aku nak membicarakan kisah ni. Mende yg privacy dah jadi sensasi, yg patutnya tak privacy, tak pulak kita sebok2. Sebab tu la pembantu rumah beranak sorok baby dalam laci sampai 3 hari pun tuan rumah tak sedar. Apa pun terima kasih la sebab memberi aku idea untuk entri kali ni. Heheheheh....tajuk mesti panas baru la seronot utk dibaca.
Privacy ni ada kaitan dengan kerahsiaan...ye la benda2 privacy ni selalunya rahsia la. Bagi yang tak paham Bahasa Melayu, Bahasa Inggerisnya PRIVATE & CONFIDENTIAL (P&C). Dulu2 aku paham kalau istilah P & C ni semuanya applied to official document je. Heheh sekarang ni rupanya dah semakin meluas plak. Tapi ye lah selalunya mana yang sangat2 dirahsiakan tu selalunya itulah yang paling2 orang nak tau. Best nyerrrrr.....
Kat Malaysia ni sebenarnya istilah privacy (kalau di'melayu'kan privasi) sebenarnya lebih sinonim dengan artis2 yang tak berapa popular tu. Heheheheheh....
Artis LW : Hubungan dia dengan I itu hak peribadi. Tunggu saja kad jemputan dari kami.
Artis RMA : Tolonglah hormat privasi I dan family I. Kami pun nak hidup macam orang lain gak.
Artis XXF : Saya rasa kisah rumahtangga kami ni x perlulah dicanang dlm media. Kita selesaikan cara baik.
(Semunya membawa maksud RAHSIA = PRIVACY)
Jadi apa kesss? Sebenarnya aku dah tak tau apa yg aku merapu ni. Kepala pening sebenarnya Cuma satu je lah. Jagalah privacy anda. Di opis, di rumah, di pasar malam atau pun di alam cyber.
SEKIAN.

Sunday, February 15, 2009

Blog aku..Sukati aku la

Aku ada sorang kawan. Katanya dia selalu la baca blog aku ni walaupun dia takde blog. Oklah...tqvm sebab at least aku tau la dia baca blog aku. So boleh la aku elakkan menulis hal2 yg mungkin sensitif pada dia. Heheheh... But the thing is, dalam pada dia takde blog tu sebok la dia komen kata blog aku ni takde isi yang serius macam blog-blog lain yang dia baca. Aiiiiittttt...pandainya ko bercakap. Nasib baik member. Kisahnya pulak, di awal ketika aku nak ber'blog' ni aku tak terpikir pun akan jadi serajin ni sebab masa tu internet pun akses di ofis je. Tapi ye lah skrg ada laptop dan maka boleh la ber'internet' di rumah. Jadinya tak la kacau waktu kerja. Dan aku pun tak sangka pulak boleh menjadi rajin untuk update blog aku ni. Ada satu masa tu, aku gila Friendster tapi sejak ramai kenkawan dah pindah ke Facebook, aku jadi malas plak. Blog ni asalnya aku letak header Warna-warni...without any spesific reason la. Ikut sedap rasa je. Lama dah aku register sebenarnya tapi tak aktif pun sebabnya; as mentioned above. Aku mula rajin (sampai aku rasa sekarang macam hobi plak) melompat-lompat dalam dunia blog ni rasanya awal 2008 kot. Lepas tu aku mula la modified blog aku ni bagi comey sket. Sekarang aku dah tukar header - Dari Sifar ke Infiniti. Rasionalnya...macam best jerrrr..... Berbalik kepada member aku yg tegur kata blog aku ni macam tak serius. Rasanya aku tak terlintas pun nak jadikan blog ni sebagai bahan bacaan yang serius. Banyak lagi bahan bacaan yang boleh dipilih untuk hal-hal yang serius. Bacalah TIMES ke, AL-ISLAM ke, Dewan Bahasa ke...kalau nak cari blog yang serius pun banyak. Tapi cari la sendiri.
BLOG AKU...SUKATI AKU LA

Saturday, February 14, 2009

Saja semb@ng



Politik : Seminggu dua ni kisah lompat-lompat, mohon derhaka dan saman-menyaman penuh di mana-mana. Suratkhabar, blog, berita tv, berita radio, internet, kedaikopinet, kaunter opis dan etc...etc..etc..Tapi aku paling suka (bukan bermaksud apa2) cara tulisan dalam http://www.chedet.cc/. Try la tengok. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. So tunggu je la sape yg terjatuh; maka dialah tupainya! Atau nak jadi katak? Pilih la....




Raja Lawak musim ke-3 : Last Comic Standing versi Malaysia. Musim ni ada 2 peserta wanita tapi satu dah terkeluar. Malaysia bakal menyaksikan barisan2 pelawak yang muka ala-ala boleh jual selepas Nabil Raja Lawak musim ke-2. Hermmmm...lawak ke? Ntah la. I'm sorry...



Upin & Ipin : Dah masuk panggung 12hb lepas. Bila gamaknya nak tengok. Macam best je, sebab krew produksinya budak2 muda dan ada support dari MIMOS (besar tu). Best ker?.....






Central Market : Dulu2 (takdela dulu sangatttt...) aku selalu lepak kat Central Market @ CM tengok baskers dari petang sampai ke malam. Apesal sekarang dah macam malas ek? Manalah brader2 yg selalu melalak lagi sedap dari peserta AF tu? Hehehe.....




Pajeri terung : Hari ni kena masak pajeri terung atas permintaan En. Anuar. Suka la wat kelakar. Takpe masak jer la.



SEKIAN.

Tuesday, February 10, 2009

TeArS To HeaVeN

Would you know my name
If I saw you in heaven
Will it be the same
If I saw you in heaven
I must be strong, and carry on
Cause I know I don't belong
Here in heaven
Would you hold my hand
If I saw you in heaven
Would you help me stand
If I saw you in heaven
I'll find my way, through night and day
Cause I know I just can't stay
Here in heaven
Time can bring you down
Time can bend your knee
Time can break your heart
Have you begging please
Begging please (instrumental)
Beyond the door
There's peace I'm sure.
And I know there'll be no more...
Tears in heaven
Would you know my name
If I saw you in heaven
Will it be the same
If I saw you in heaven
I must be strong, and carry on
Cause I know I don't belong
Here in heaven
Cause I know I don't belong
Here in heaven

MY MOOD TODAY
Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Monday, February 9, 2009

A weekend & a purple wedding













Ahad, 8 Februari 2009.

Majlis perkahwinan di Nilai; one of my cousin menamatkan zaman bujang. Unik sikit sebab dia berkahwin dengan suami orang, maknanya bermadu lah tu. Jadi isteri kedua dalam usia baru 26 tahun tak silap aku; dan suaminya mungkin pertengahan 40. Bertuahnya sebab madunya turut datang meraikan majlis tu bersama-sama anak2nya. Kalau dah dapat restu begitu bersama restu ibubapa, orang lain nampaknya takde hak lagi bersuara kan? Bagi aku; mudah aje. JODOH. Kalau dihalang pun tetap takkan ke mana.

Disebabkan kenduri katering, takde lah sebarang kesibukan. Cuma to be fair and square, aku dan En. ANuar tetap balik kampung awal, bermalam di sana. Malam tu aku hiaskan bilik pengantin serba sedikit; kerana pengantin sendiri tak kisah. Bukan keutamaan katanya.

Majlis hari Ahad, berjalan meriah walaupun tiada kompang dan muzik bingit dari PA sistem. Cuaca agak panas; panas terik sebenarnya tetapi tetamu memang ramai sehingga jam 4 petang.
Apa pun, tahniah kepada cousin aku dan suaminya...bukan saja kerana perkahwinan mereka tetapi kerana berjaya membuktikan poligami tidak semuanya menyakitkan. Rintangan dan halangan ada di mana-mana. Semoga bahagia selama-lamanya.
MY MOOD FOR THE WHOLE WEEKEND

Friday, February 6, 2009

Quotes Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

Any comment?......

Wednesday, February 4, 2009

SEMAKAN SEMULA

Hari ni aku ambil masa baca semula semua post yg aku buat dalam blog ni. Semenjak dua menjak nih aku terpikir gak kandungan blog aku ni ok ke, tak...terkawal ke...boleh diterima ke...sensitif ke...Walaupun blogging hakmilik peribadi (dan yg pastinya blog aku ni takla sampai ke tahap ISA) aku taknak lah mencetuskan apa2 rasa yg tak sesuai; terutama di kalangan orang terdekat.
__________END________________
MOOD HARI INI