Tuesday, December 2, 2008

BILO KELATE BAH....BILA BKT ANTARABANGSA RUNTUH



Bulan Disember ini, spt tahun2 sebelumnya, adalah musim tengkujuh. Ketika ini, cuaca di hampir keseluruhan negara kita diramalkan hujan dan ribut petir, terutama di negeri2 Pantai Timur. Setahun dua yang lalu, keseluruhan Semenanjung diuji dengan banjir, termasuklah utara dan selatan. Namun di Pantai Timur, Kelantan khasnya; banjir atau bah di"sambut" dengan redha. Tiada keluh-kesah dan tiada tangisan hiba, sekurang-kurangnya ketika diwawancara stesen tv. Mereka masih dgn redha dan tawakal...yg mmg kelihatan jelas di wajah masing-masing; baik kanak-kanak, warga tua, ibubapa malah keseluruhan penduduk kampung. Semuanya kalau boleh diusahakan sendiri tanpa mengharap dan meratap.

Sebagai manusia, aku memang yakin hal ini...orang yang kita anggap sederhana hidupnya, malah kadang-kala mmg miskin dan daif, adalah orang2 yg paling cekal dan tabah. Mereka takkan menitiskan airmata di depan orang, tidak bersungut dan mengeluh malah masih bersyukur kerana masih diizinkan Allah untuk hidup. Malah bagi yang menghadapi kehilangan pun, masih mampu tersenyum; dengan ertikata lain hidup perlu diteruskan. Walau sesukar manapun, Allah akan membantu kerana Dia sahaja satu2nya tempat mereka bergantung harap. Pasukan penyelamat tetap akan menjalankan tugas, dan itu pun mereka redha. Jika ada bantuan dihulurkan, mereka terima...jika tiada yang menolong, cukup sekadar yang ada. Anak2 yg menghadapi peperiksaan berdayung sendiri ke dewan peperiksaan, agihan daging korban pun dilakukan sendiri dengan bersampan. Tiada helikopter atau bala tentera utk membantu. Yelah...siapalah mereka...orang kampung dari Bendang Pak Yong, Tumpat. Agaknya di hati mereka...mungkin berkata-kata..."Takpo lah...kito nih dah selalu. Demo hok di KL nuh lagi payoh...keto hok besa2 lagi nak keno belo, ghumah lagi punoh...."(betullah gamaknya ejaan aku nih). Dan mereka pun teruslah mendiami pusat penempatan banjir dengan seadanya...yelah, nak suruh mohon kuarters kerajaan bukan keje kerajaan pun. Nak suh duk hotel....hissshhhhh....jauh panggang dari api. Nak tumpang sedara-mara, sama jer...sekampung banjir.

Itulah kisahnya bilo Kelate bah...mungkin ada yang mengeluh kesah tetapi tidak di khalayak umum, di depan kamera tv. Anak2 main air bah bukan kerana ibubapa tak melarang, tapi itu dunia mereka dan mereka tak pernah menyalahkan takdir jika malapetaka berlaku.

Dan tanggal 6 Disember 2008, selang sehari sebelum Aidil Adha menjelang, Bukit Antarabangsa bergegar, runtuh ranap menyembah bumi. Melenyapkan hampir 14 buah banglo yang tersergam gah di atas puncaknya. Kita imbas sejarah Bukit Antarabangsa ini, yang merupakan antara kediaman elit terawal di Malaysia sesuai dengan namanya. Bukanlah sejarah yang indah, tetapi yg pastinya itulah satu sifat manusia. Takkan serik andai diri sendiri belum terkena. Tragedi 6 Disember lalu berlaku dan hiruk-pikuklah semuanya. Pelbagai teori dan spekulasi (?) dicanang mengapa ia berlaku. Perlu ke? bagi aku yang bukan ahli geografi dan dan bukan juga ahli meterologi, kesimpulannya senang saja. Bukit-bukau gunung-ganang hak Allah yang perlu ditadbir oleh khalifahNya (manusia). Tetapi apabila pentadbir gagal, Pemilik hak itu itu boleh memutuskan apa yang perlu. Kalau dimudahkan, kata seorang rakan kecilku berusia 6 tahun; Cik Li namanya, " Ala diorg ni masa nak buat rumah tu tak pikir ke...tiang kecik nak tahan bukit besar tu mana boleh...Pastu pecah2kan tanah ngan tebang pokok. Ingat tanah ngan pokok tu tak marah ke?" hujah Cik Li. Diulangi sekali lagi...Cik Li umurnya 6 tahun (budak pra-sekolah). Dia bersuara bila melihat gambar runtuhan dalam akhbar pagi Ahad (dia tak baca pun laporan tu). Ambil iktibar...bencana ini memanglah suratan, tapi anggap juga sebagai peringatan dan amaran Allah untuk semua termasuk aku.





Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia.

Wednesday, November 26, 2008

Dah cukup kuat ke?!

Hari ini 26 November 2008...sebulan lagi 2009 menjengah. Setiap kali tahun baru, ada saja hal yang memerlukan aku berfikir. Aku tak kisah la ttg keperluan berfikir, tapi aku cuma taknak berfikir ttg masalah. Tak paham? Tak pe la....bukan hal korang pun, hal aku sendiri. Tahun 2009 nnt aku perlu buat keputusan...nak mengandung ke; nak sambung belajar. Sebab aku dah buat keputusan awal (yg dah lama aku tak review) bahawa antara kedua hal itu, aku perlu pilih satu. En. Anuar takde masalah...he's ok with both or either one.

Appointment demi appointment yang aku lalui di Hospital Serdang menjadikan aku lebih banyak berfikir betapa hidup ini ada bermacam-macam sisi. Sisi itu boleh kita pilih dan statik...atau kadang2 ia sisi yang terbias oleh sisi2 lain yang kita tak pilih. Hahahahhaha...tak paham...tak paham.... Ada yang taknak anak, dapat anak. Senang2 je mengandung, beranak. Saat2 menunggu dipanggil ke bilik rawatan, memberi aku masa untuk berfikir. Dan kadang-kala habis di situ saja lah.....habis dengan berfikir.


Masalah duit? Kalau dah pasal duit, memang lah ada masalah. Tapi apelah sangat..masalah duit takkan selesai. Dah mati pun kadang2 ade masalah lagi dengan duit. Tahun ini target aku utk dapatkan rumah sendiri tercapai. Itulah kejayaan terbesar aku sepanjang 3 tahun ni (selepas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005). Kaedah bintang yg aku aplikasikan selama ini memang menyeronokkan. Walaupun dari segi kerja aku agak merosot tahun ini, tapi personal life mmg banyak bintang. Termasuklah menyelesaikan majlis kahwin dua orang adik aku. Dan keduanya aku dah dapat rumah sendiri!!!!!....YESSSS!!!!!

Aku senang dengan hidup aku sekarang. Cuma selepas ini, aku perlu lebih banyak berbakti, pada umi ngan walid, adik-beradik, suami, keluarga dan kawan-kawan. Bekerja di INSPEM memberi aku interpretasi baru utk istilah kawan. Bertambah ramai kawan, maka bertambahlah karenahnya. Perbezaan jawatan, pendidikan dan umur menjadikan hubungan aku dengan kawan-kawan lebih menginsafkan. Antara aku dan "kawan-kawan" ruang lingkupnya amat terhad. Aku bukanlah menafikan istilah sahabat baik, cuma itu bukan gaya aku; bukan prinsip aku. Aku mengkategorikan diri aku sebagai org yg sangat flexible dalam hal berkawan, sesiapa sahaja boleh berkawan dengan aku dan sesiapa juga boleh bermusuh dengan aku. Dan aku tidak pernah mencari keduanya; kawan atau musuh.
SEMOGA TAHUN 2008 INI BERLALU DENGAN BAIK DAN KEDATANGAN 2009 BERMULA DENGAN LABIH BAIK.

Sunday, November 16, 2008

Personal & Official



Personal.....
Hidup ini indah (walaupun kadang-kala aku perlu berusaha utk mengindahkannya). Aku baru bernafas seumur 28 tahun...mana mungkin aku boleh mengatakan hidup ini pahit? Kalau sekarang ini pahit, bagaimana esok?lusa?

Aku hampir (walaupun masih jauh sbnarnya) utk menjadi seorang peguam. Memulakan alam universiti di UKM dalam Matrikulasi Undang-undang seterusnya ke tahun satu. Kandas? Itu mungkin perkataannya. Kesilapan mengatur langkah menyebabkan aku gagal melunaskan perjuangan belajar.... Tak terfikir utk aku menjadi peguam, malah aku tak terfikir pun utk bekerja sebagai Puan Kerani. Yang Maha Esa itu Maha Penentu, DIa telah merencanakan utk aku, maka tiba saatnya, AKU kini AKU.

Melangkah ke alam dewasa mengajar aku hidup ini indah...tetapi syaratnya kita perlu mengindahkannya. Aku pernah di puncak gemilang dalam segalanya, kemudian kecundang, bangun semula, tumbang dan tegak kembali. Kalau itu tidak indah, nescaya aku akan terus dimamah dukacita. Kini masanya aku membuktikan diri.

Cinta dan perkahwinan? Aku boleh mendabik dada, kerana aku telah Allah kurniakan kegagahan (ALhamdulillah). Mengharung manis bercinta, meredah pahit bertunang lama, mengecap bahagia sementara, kemudian dilanda malapetaka. Tujuh bulan aku menjadi zombie, bekerja 24 jam, bukan utk cari duit lebih tapi semata utk pastikan aku sibuk. Aku menjadi hamba pada kerja, pastikan diri aku tak leka. Hingga satu tahap aku takut utk ke tandas, kerana berseorangan di situ akan membuat aku leka dan kemudian melayan perasaan. Hikmahnya ketika inilah aku membina diri aku yg lebih kuat, luar dan dalam. AKu jadi kejam pada diri sendiri, menafikan rehat. Syukur aku telah melepasi saat itu dan kini terus bahagia kembali.

Kalau dikenangkan saat ini, hidupku dan hidup semua orang tak pernah lari dari masalah. Sama ada masalah itu jadi simpanan dalam hati atau diluahkan pada orang, atau masalah yang dicari sendiri, bezanya cuma sekuat mana kita mengendalikannya. La Tahzan...kuatkan hati dan serahkan pada Yang Esa utk menentukannya jika sudah keputusan ikhtiar.


Official...




KerjA...KERJA....dan kerja lagi. Siapa kata jadi kerani senang? Perspektif umum memanglah...tambah pula kalau di sektor kerajaan. Ala masuk kerja kul 8 kul 5 balik. 830 pagi sarapan, 10 pagi minum pagi,1 tghari makan lagi...
Tapi aku tak rasa macam tu. Aku berhempas pulas berhadapan dengan kerja yang kadang2 bukan kerja aku pun. Mujurnya aku berada di pihak yg menerima arahan dan melaksanakan arahan. Tapi aku sendiri telah meletakkan standard aku sendiri. Aku pegang pada tuan badan, kalau pemberi arahan berwibawa aku akan melaksanakan dengan wibawa juga. Jika pemberi arahan pantas dan cergas aku pun aku akan laksanakan tugas begitu juga.
Aku telah korbankan banyak perkara utk kerja aku. Mungkin tak terpandang pun oleh sesiapa (aku tak kisah punnn...). Mungkin aku masih belum sehebat mana untuk bercakap pasal pengorbanan kerja. Penat? Semua orang penat. Tapi aku penat berdepan dengan org2 atasan yg mempunyai cita-cita setinggi langit...asyik mendongak tanpa menjeling sedikit pun ke bawah. Kadang-kala ikhlas aku bekerja jd macam dendam. Seakan tak adil...mereka berada di tempat yg tinggi tetapi rendah pula sikap "perikemanusiaan"nya. Dan sekali lg, aku berpegang pada tuan tubuh. Walau sehebat mana ilmunya, setinggi mana pencapaiannya...andai hubungannya sesama manusia "out of service"...sorry aku tak respect langsung.
Sibuk? Haaa.....perkataan inilah yg aku paling benci dengar. Taknak sibuk jangan kerja. Duduk rumah tidur. Jangan merantau kat tempat org. Duduk je di kampung, teruslah berada di "comfort zone" anda. Aku peduli hapa! Jujur dan adillah pada jawatan kita. Officers must act like officers... tapi dengan gaya yg bijak. Kadang2 tingkah laku para profesional ni buatkan org bawahan tergelak. Nak kata BODOH...belajar tinggi...tapi nak isi borang pun tak reti. Aku rasa aku nak senaraikan benda2 bodoh yg diorg buat.
SIMPUL MATI
Apa saja yg datang dalam hidup kita, ada sebab-musababnya. Bagi aku, tiada yg mustahil. Menjadi yang terbilang itu hakmilik setiap insan.





Friday, November 14, 2008

Aku & Dia


Berkali-kali...malah kadang-kala jd pertengkaran. Apa? Setiap kali aku update blog atau update Friendster, dialog ni akan muncul;
"Mama ni asyik buka friendster jer...tp takde gambar abg pun"...atau pun
"Eleh bukak blog tu bukan nak citer pasal abang...asyik citer pasal opis ngan keje je"
So, kali ni aku nak dedicate kan post ni khas utk dia.
Hari ni dia ke Grik, meraikan sahabat baiknya yang akan bernikah. Selalunya aku yg akan tinggalkan dia keseorangan di rumah, atas urusan kerja yg kadang-kala membuatkan dia merungut (walau bukan depan aku, tp aku tau). Aku dan dia...berbeza...banyak. Perbezaan itulah yang membuatkan aku dan dia serasi dan saling melengkapi.
Allah itu telah mengaturkan yg baik2 untuk hambanya. Aku dan dia pernah melalui saat getir perkahwinan kami. Hampir putus di tengah jalan; mujur kami dikelilingi dengan doa org2 yang sayangkan kami.
Kalau ingin bercerita ttg dia, panjang pulalah post ni. Dia minat seni, menyanyi, berlakon, suka bergendang, rebana dan bergaya. Aku? Baca buku, kerja, kerja, outdoor, comot sket, kerja lagi, suka makan....herm...takde pun yg sama ngan dia. Satu je kot yg sama...kitorg suka berada kat tmpt yg crowded. Hahahahahah...pelik? Tak kesah la karnival ker....konsert ker...stadium ker...pasar malam ker...biar seramai mana pun manusia, ok jer.....
Bila difikir-fikirkan dalam2....takde apa pun yg sama antara aku dan dia. Tapi sekali lagi; Allah tu Maha Adil kan?

Saturday, November 8, 2008

End of 2008


Lama tak menulis....rasa malas pulak nak mula semula. My last post was during Syawal. HAbis Syawal, catch up dgn kerja. Penutup kepada segala jamuan raya ialah Sambutan Aidilfitri INSPEM pada 24 Oktober 2008. Tahun ni tak sesibuk tahun lepas, namun menjelang dua bulan terakhir 2008 ini dipenuhi dengan beberapa perkara di pejabat dan peribadi.

Di pejabat sedang giat operasi ISO. Aku suka...walaupun Ya Allah susahnya nak mulakan 1st step. Dalam proses mendapatkan ISO dan seterusnya...dah nyatalah siapa yang paling sibuk. Mmg aku tak berniat pun nak mention all the *#%^** things. Tapi aku dh dapat bayangan awal sejauh mana kerjasama di kalangan pegawai dalam merealisasikan hal2 ISO ni. Di pihak aku, takde masalah sbb aku dlm kedudukan menerima dan melaksanakan arahan. Dan prinsip aku, kalau pegawai cergas dan pantas, aku pun follow sekali walaupun terpaksa ketepikan personal life aku. Tapi kalau yg jenis2 BALA bagi arahan; lembab, selenga, blur, menggelabah tak tentu hala; aku wat bodo je. Sorry aku tak keje dgn insan2 yg kurang motivasi dan kurang berdaya maju. Hahahahahah.

Coming soon, ada beberapa events yg akan berjalan....bengkel dan seminar. Agak suntuk masa memandangkan dah hujung tahun, tapi biasalah. Hampir 5 tahun di sini, aku dah terbiasa sgt2 sampai ke tahap lali dan kebas...Herm.....bombastiknya.

Personal life aku....dihiasi dengan deretan appointment hospital...and on the next appointment aku akan menjalani prosedur HSG dan sekiranya takde progress, akan proceed with IUI. RAsa mcm agak drastik, tapi ikhtiar takkan dihentikan. Haaaa...my HSG apptmnt jatuh sekali dengan Seminar Equals (24th November). So for the first time, aku takkan bertugas ketika itu.

The best thing utk tahun ini ialah aku dh berjaya beli rumah....lega sgt rasanya. Sekarang sedang tunggu utk amik kunci. Insya Allah aku cuba utk sambut Aidiladha di rumah baru.

Cukup setakat ni....BYE

Sunday, October 12, 2008

Open House....

12 Syawal...huh penat betul. Penat berjalan dan makan. Itulah kalau beraya di bandar, mmg betul2 30 hari berhari raya. Selalunya ketika ini memenuhi undangan rumah terbuka pun bagaikan tak cukup masa....maklumlah semuanya terhad ketika hujung minggu sahaja. Asyik ke rumah orang, rumah sendiri bila lagi yer?

Anyway, semoga Syawal yang akan datang akan terus meriah dan diberkati. AMIN....

Tuesday, October 7, 2008

Warna-warni AidiLFitRi



Aidilfitri kali ini agak berbeza....satunya kerana setelah sekian lama kami sekeluarga beraya di Bandar Baru Bangi. Seterusnya akan jadi kebiasaan kerana atok di kampung sudah kembali ke Rahmatullah tahun lepas. Bagi aku, takde masalah sebab kalau bukan beraya di Perak, aku beraya di PJ. BBB dan PJ tak beza sangat pun. Tetap meriah sebab kawasan itu dah mula nampak transformasinya menjadi kampung halaman. Dan pemerhatian aku, tahun ini jumlah yang beraya di bandar nampak macam ramai, terutama kalau melihat jumlah kenderaan yang banyak di PJ dan BBB. Selain dari masalah harga petrol (agaknya lahhhh...), mungkin kerana lepas cuti raya, ada anak2 yang akan menduduki exam; tak silap aku PMR.

Ramadhan terakhir aku dan adik-beradik dah berkumpul di BBB.....sama je macam raya kat kg. Masak rendang, ketupat (dua jenis lagi; ketupat sate & ketupat daun palas) dan bakar lemang. Lagi seronok dengan kehadiran adik-adik umi (pakcik ngan makcik aku laaa....) dan anak2 diorang yg meriuhkan keadaan. Malam sambil bakar lemang, main mercun dan bunga api kat padang. Macam kecik-kecik dulu.....

First day raya kami beraya ke rumah in-law aku dan in-law alang...oooppsss lupa plak tahun ni kami beraya dengan 2 ahli keluarga baru; Fahrul (suami alang) dan Ieda (isteri ateh). Raya kedua aku balik Nilai, malam tgk Senario (serius bosannnn....) kat Alamanda. Jumaat tak ke mana...balik Serdang berkemas; petang gi pasar malam pastu lepak Old Town Cafe. Sabtu wat kerja giler pegi Sg. Gabai piknik ngan Huda & Husna....best giler! Ahad sempat ke open house Tun Mahathir; penat giler berjalan nak sampai ke rumah dia.

Hermmmm....ok gak raya tahun ni. Lain dari selalu....semoga Aidilfitri kami sekeluarga akan terus dilimpahi berkat.

Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan dan Aidilfitri




Hari ini ialah Ramadhan ke-19...bila dewasa tak terasa sgt betapa pantasnya Ramadhan berlalu. Zaman kanak-kanak, hari2 akan di'countdown'....menjelang Aidilfitri. Selain baju baru, balik kampunglah perkara yang amat2 ditunggu.

Tahun ini sepatutnya aku beraya di Perak...tapi tahun ini juga kali pertama beraya tanpa atok yg kembali ke rahmatullah Disember lepas; sekali lagi betapa pantasnya masa berlalu. Jadi tahun ini buat kali pertama juga setelah berbelas tahun, aku akan beraya di Bangi. Pernah sekali mungkin dalam tahun 90, aku beraya di Bangi. Wahhhh....sunyi teramatnya dan surau pun dipenuhi warga asing. Bukan sahaja lengang tahap maksimum, kami sekeluarga ibarat berada di zaman darurat apabila bekalan makanan terhad kerana kedai tutup. Jika ada kedai yang buka pun, barangan amat kurang hingga hampir pada tiada.

Kepada semua Selamat Menyambut Aidilftri dan berhati-hatilah di jalanraya.

Friday, August 29, 2008

Black Out....Blackened

Last weekend akhirnya berjaya gak aku dan beberapa officemates meredah ke Port Klang utk makan ikan bakar. Tak ramai yg boleh join sbb Sabtu ramai kena exam SPA. Next time, buka puasa lah pulak....

Minggu ni berjalan dengan agak kurang lancar....ofis black out disebabkan masalah wiring. Disebabkan aku yang bertanggungjawab dengan hal-ehwal yang berkaitan dengan bangunan tempat kerja kesayangan aku ni, maka buat kesekian kalinya aku terpaksa ketepikan beberapa hal peribadi.

Masalah black out tu dh berlarutan dari hari Isnin. Pada mulanya aku jangka masalah biasa, tp bila dah panggil technician, nampaknya ia masalah besar. Asalnya hanya sebahagian power supply yag bermasalah, akhirnya keseluruhan wing pejabat bergelap. Aku terpaksa stay back utk perhatikan kerja-kerja baik pulih tu. The thing is...kena kebalkan telinga dgr complaints dan sediakan jawapan. Sambil itu berdoa agar Dato' Pengarah menerima dan bersabar dengan situasi ini.

Sehari...dua hari masalah belum selesai. Dan pada hari ketiga Dato' panggil aku - bukanlah kebiasaan utk dia terus panggil staf. Tapi dah pastinya mmg aku je yg boleh jawab sebarg soalan berkaitan. Apa pun, aku cuma ditegur supaya pastikan kontraktor yg dipilih tu boleh buat kerja. Dan sememangnya aku mengaku disebabkan masalah ini, banyak kerja terganggu lantaran hampir100% kerja di pejabat melibatkan internet dan komputer.

Hari ketiga itu juga (Rabu), aku terpaksa stay back lagi...tinggalkan sekejap utk balik mandi dan dtg semula 7 pm. Kesian En. Anuar.....ALhamdulillah, jejak kaki di pejabat lampu dh menyala. Nampaknya masalah hampir selesai. Terima kasih utk kontraktor yg berusaha dalam kegelapan dan tekanan, dan juga pegawai yg in-charge sbb tak pressure aku. Hehehehhehehe.....lega rasanya sbb aku dh apply cuti Khamis dan Jumaat.

Di kesempatan ini juga, aku nak abadikan ucapan tahiah kepada 2 org officemates yg banyak bersama-sama aku iaitu Kak Ct yg dapat Anugerah Cemerlang dan Ita yang baru je lapor diri sebagai Pegawai Penyelidik. Suksesssssss........Dan tak lupa juga Feziul yg baru je dapat baby girl; CONGRATULATIONS!

SeLamAT MenYambUT MERDEKA ke-51 dan Ahlan Ya RaMADhan.

Sunday, August 24, 2008

Killing Time





Dan bilalah Malaysia boleh ada drama2 macam ni....? Nak salahkan siapa kalau rakyat Malaysia tak tgk drama Melayu; dan kalau tgk pun disertai dengan kutukan berjela-jela dan kritikan tak membina. dan dua tiga hari lepas aku "ter"tengok satu siri ala-ala E.R / Chicago Hope tajuknya Ampang Medikal....persepsi pertama - Apa ke jadahnya -
Sorryyyyy.......