Saturday, June 21, 2008

Setengah tahun 2008

Bulan Jun sudah mula ke penghujung... dan aku telah melepasi tahap2 kritikal dalam urusan majlis perkahwinan adik-adik aku. Cuba fokus kepada kerja tapi macam susah jer... Aku pernah terfikir betapa lambatnya aku menjadi fokus tahun ini. Aku rasa prestasi kerja macam merosot dan seperti lambat utk warm-up. Dan tak ketinggalan usia aku meningkat setahun lagi bulan ni dan anniversary ke-5 perkahwinan aku pun bulan ni.

9 - 12 April 2008 institut menganjurkan Crptology2008, dan segala selesai seperti dirancang. Alhamdulillah satu lagi indikator utk aku tahun ini sebagai puan kerani. Dan seperti biasa aku menguruskan hal2 teknikal (seakan jadi badi..aku tak tau berapa lama aku akan buat kerja teknikal). Malam pertama aku stay di Seri Pasific dan seterusnya berulang dari Serdang. Tekanan agak kurang kerana hanya menggunakan satu dewan persidangan. Apa pun alah bisa tegal biasa... Tapi malang tema oren hitam tak dapat diabadikan kerana tak sempat utk photo session tambahan pula kami bekerja bersama dengan 2 pihak lain iaitu CyberSecurity dan UKM. Tak baiklah interframe lebih2.

Anyway.... aku dpt satu lagi star untuk diri aku sepanjang bekerja di UPM...menambah satu lagi star dalam koleksi peribadi aku.

Monday, June 16, 2008

MENCARI MASA


Kebelakangan ini terlalu banyak kekangan masa yg perlu aku tangani. Bukan dlm lingkungan kerja, tetapi lebih dalam lingkungan hidup peribadi aku. Menghadapi majlis perkahwinan dua adik yang berlangsung awal bulan ini..tapi kronologinya bermula dari 10 Mei 2008 dan pastinya kesibukannya lebih awal dari itu. Adik lelaki yg keempat (Ateh) melangsungkan pernikahan dan majlis perkahwinan pada 10 Mei 2008 di Bukit Gantang, Perak. Selesai di sana pernikahan adik perempuan ketiga (Alang) pada 24 Mei 2008 di BBB. Pastinya lega apabila yang wajib selesai dan bersedia pula untuk majlis kenduri keduanya di BBB pada 1 Jun 2008.


Dan selesai pada 1 Jun 2008, aku seakan-akan goyah menghadapi kerja (yg taklah sebanyak mana pun). Namun setelah mengenepikan hal kerja hampir dua minggu terasa betapa peritnya utk mengekalkan prestasi. Dan sehinggalah 8 Jun 2008, selepas majlis bertandang alang, aku terus ke PWTC - Cryptology2008 yang pastinya memakan masa sehinga seminggu.


Aku tak sabar utk bercuti pada hujung bulan ini. Walau sekadar di Langkawi, tapi inilah masanya aku ingin bersama suamiku sepenuh masa. Kesempatan ini memang utk berehat sepenuhnya dan sempena anniversary ke-5 Jun ini.

Monday, June 9, 2008

~Aku~

Aku menjadi seorang aku yg sangat penat...menyelesaikan macam2 perkara yg memerlukan penglibatan aku sebagai seorang anak, kakak, isteri, kerani dan wanita. Segalanya kadang2 sudah jadi wajib...walau asalnya hukumnya mungkin sunat...herm....baru AKU ini sekadar insan yg biasa. Belum ada tanggungjawab besar sbg ibu, belum lg menjadi ketua dan belum lagi menjadi siapa-siapa.

Betapa bertuahnya AKU memiliki seorg suami yang sangat memahami aku...yg sentiasa membantu, menyokong malah selalunya mengalah dengan sikap seorang AKU yg sungguh keAKUan.

Segalanya AKU dedikasikan kepada ANUAR MOHD. YUSOF yang sentiasa bertolak-ansur dengan AKU dan kepada umi dan walid yg sentiasa memberi inspirasi dengan ketabahan dan kegigihan.

19062003 - 19062008 : 5th anniversary

Sunday, May 25, 2008

One more to go




BANDAR BARU BANGI 24052008 menuju 01062008...

Wednesday, May 14, 2008

10052008 SETTLE SATU HAL


TAKDE MENDE NAK TULIS....DAH SETTLE YG WAJIB.LEPAS NI CITER LAIN PLAK.....

Wednesday, May 7, 2008

Di Dalam Kekeliruan




Minggu ini adalah minggu yg paling sukar bagi aku. Dengan hal2 yg belum selesai aku rasa kekeliruan memang memenatkan.Apa pun minggu ini aku mesti terus teguh..seteguh Gunung Tahan.

Bukit Gantang 10-05-2008

Only Allah knows.

Monday, May 5, 2008

VerSioNs oF LoVe



............PiCk yOur VerSiOn oF LoVe..........

Tuesday, April 29, 2008

Crypto2008


Tak perlu aku explain panjang lebar ttg tajuk tu...yg pastinya ia satu lagi International Conference yang akan dijalankan pada awal bulan Jun nnt. Lokasi ? PWTC, KL. Hermmm...nampak cam dekat tp bg yg akan mengalaminya taulah macam mana. Bunyi glamor la...sbb international conference tp kategori teknikal cam aku nih, tetap berpeluh-peluh beb. Tapi ye lah...imej tetap kena jaga hehehehehe. So pastinya satu tema dah dipilih; iaitu oren + hitam. Sensasi betul....

Setakat ni belum lg terasa bahangnya sebab teknikal selalunya akan mula panas seminggu sblm hari kejadian. So kawan2 seangkatan..get ready lah yer dgn kemungkinan2 yg biasa. Kali ni takyah la nak ngamok2 lagi dah sebab dah tau dah situasi camner...

Dengar cerita tiada parallel session dan poster, so kuranglah sikit. Tapi nnt nak tido mana ek...paling dekat pun Pan Pasific Hotel...mahalnyer....Takpelah, kalu ade complimentary room ok gak.Kalu takde..kena la kuar duit sendiri. Sangap2...

Bila Bos Tiada...

Bila bos tiada
Semuanya sama...
tak kira siapa
Ada yang ketawa tanpa punca
senyum sumbing hati suka
Datang lambat asal jgn merah sudahlah
Pergi bank pejabat pos
Beratur lama pun ok saja
Terus lunch makan lambat sikit takpe
Tapi tak mengapa...
Bos tiada pun tak lama
esok lusa bos akan kembali jua
Kerja macam biasa
mungkin lebih dari sebelumnya

Sekian.....

Terasa mcm nak makan sundae McDonald. Dah dapat dahhhhh..

Sunday, April 27, 2008

Another Weekend of April

Here comes weekend...hujung minggu adalah hari2 di mana aku perlu mencoraknya agar ia tak bosan dan penuh terisi.Selalunya kalau tiada pilihan sudah tentu ke ofis, tp nampaknya minggu ini tiada keperluan...So tengahari smlm aku rasa mcm nak memasak (which is not my favorite thing to do).Around 10 am pegi Giant beli brg2 skit, then balik terus masak.Disebabkan aku tak suka masak sikit2, so I'm cooking in a large portion and called my adik-beradik to join me for lunch. Menu...siakap 3 rasa, sup sayur, ayam goreng, sambal belacan..yum..yum....itulah penangan for almost a month tak masak.


Anyway weekend selalunya membuatkan aku rasa nak makan macam2...lepas kemas rumah apa yang patut selalunya aku bacalah apa2 yg aku belum habis baca...tgk CSI back to back from 12 -3 pm dan pastu tak tau nak wat ape. Sedapnya kalau dapat makan coklat ker...burger ke..pizza ker...dulu2 aku selalunya layan selera aku gak, esspecially fast food leh call delivery jer.Tp skrg ni dah malas.Bila teringin tu wat tak tau jer....mmg aku selera boleh tahan pun...harharharhar...Tp kengkadang aku suka nk berjalan-jalan..pagi td patutnya aku nk tgk adik aku kat pertandingan memancing tp terbabas kul 10 baru bgn...hehehehe tak sesuaiiii......


Hari ni aku sebenarnya bercadang nak browse pasal PCOS (Polycystical Ovarian Syndrome) which I was diagnosed few month back and get ready for my next appointment at Hospital Serdang on June. Dan satu lagi nak siapkan bunga penanggah utk my sis and bro wedding this coming June.

Adios