Friday, March 21, 2008

MENUJU PUNCAK


Bagi yg menjadikan AF sebagai "jenama seisi rumah: (meminjam kata dari satu artikel dlm Utusan Malaysia) pastinya familiar dgn tajuk ini. Ya....musim baru AF bermula dan kita dpt saksikan betapa terujanya anak2 muda (oppsss...thn ini sehingga 45 thn..dan anak2 tua?) ingin menjadi penyanyi/selebriti/artis. Aku pun terjebak juga kadang-kala (sekadar melayan minat cik abang) tapi banyak unsur2 kelakar yg aku dapat kesan (walaupun tak spt Raja Lawak...harharharharaharrrrr......). Selain dari teknik "mumbling" mcm bernafas dlm air tu...aku dpt saksikan betapa janggalnya Dr. Fadzley menyudahkan selawat tiba2 dengan wassalamualaikum(?). Itu musim lepas...dan musim ini (malam td) sempena sambutan Maulidur Rasul...duduk bersimpuhlah anak2 didik AF mendengar ceramah dari seorg motivator Islamik...bercerita ttg sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad, cara2 mengingati Baginda dan di akhir sesi ada pelajar yang bertanya ttg solat hajat (hajat utk menang?) dan solat2 sunat yang lain. Herrmmmmm... Apalah penilaian anda?

p/s : Ini pendapat peribadi aku. Jgn lah pulak ade yg emosi...sbb aku tau pengAFUNDI ni mmg beremosi skettt...Heheheheheh

Wednesday, March 19, 2008

MeRaH


Dan kita akan terus menilai diri.....
Aku rasa ruang cyber ini mmg sesuai utk keluar dari kepompong kerja.

Satu cop jer...masa ni lah kita akan menghargai keluarga kita.
Wedding BangYong - Palong, N.Sembilan.

Lama dah tak berceritera

Dan al-kesahnya...hidup sebagai seorang civil servant perlu diteruskan. Purnama demi purnama tetap berjalan tanpa henti. Susah itu sudah pasti 50% andai kita sudah fikir tentang keSUSAHan. Bukan kita aje di bumi Tuhan ni. Ramai lagi yang kita kenal, tak kenal, besar, kecil, tua, muda....Susah senag pun hidup kena terus....Sama ada jadi lebih baik atau terus statik. Itu perlu dicetuskan sendiri.

Friday, October 5, 2007

SELAMAT HARI RAYA

Seminggu lagi kita nak sambut Syawal. Hujung minggu ni, pasti ramai yg keluar shopping. Yelah adalah beberapa perkara lagi yg tak cukup.Bila dah kira-kira kuih pulak tak cukup bekas, so kenalah pergi beli bekas kuih. Lepas belek-belek, tudung plak tak match dengan baju, kena pilih tudung baru. Sambil2 susun pakaian, baju anak-anak plak rasanya tak lengkap...beli lagi. Seronoknya masa nak membeli-belah tu.

Soal bajet satu hal...tapi sekarang ni eloklah utamakan satu perkara. Keselamatan anak2 masa kita jalan2 tu. Jagalah anak2 anda baik yg kecil mahupun yg remaja. Janganlah ada yg hilang, accident time2 nak raya ni. Dan satu lagi kalau tak perlu bawa anak2, tinggalkan aje anak2 tu di rumah (mestilah ada orang jagakan...).

So...SELAMAT MEMBELI-BELAH...JAGA DIRI...JAGA KELUARGA...

Monday, October 1, 2007

KITA MASIH MANUSIA?

Sejauh mana kita menjadi manusia?Tak mungkin kita akan tanya soalan ni pada siapa pun..walau pada diri sendiri.Tapi sekarang mungkin wajar diwujudkan indicator bagi memastikan "tahap kemanusiaan" manusia.Jadi kalau ada kes-kes jenayah kejam,pelik,rakus,ngeri dan seangkatan dengannya,mudahlah kita nak nilai tahap mental pelakunya.Memang laknatlah manusia2 yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.Semoga di dunia ini lagi mereka akan dihukum dan terus dihukum di akhirat kelak.Janganlah hendaknya penjenayah sebegini dibebaskan dengan alasan sakit mental...biarkan jasad mereka ini busuk dimakan bumi dan matilah mereka atas sumpahan orang.