Saturday, April 13, 2013

Pantun Sopan-santun

Kalau hendak menuai padi
Tuailah padi si padi huma
Kalau hendak hasil menjadi
Jangan diam termenung cuma

Cantik kilat bersinar intan
Dikalung emas berselang-seli
Kerana pulut binasa santan
Jangan pula perli-memerli


ILHAM DI JOHOR DARUL TAKZIM

KAMI PINDAH!

Minda ampuh halus berseni
Jauh berdebat berbincang dekat
Pindah jasmani pindah rohani
Moga pindah membawa berkat
Kosong..kosong..kosong...

Penurunan papan tanda. Rasmi berpindah.

Saturday, April 6, 2013

Pantun @ AKEPT

Pisang raja di dalam kantung
Pisang emas di atas peti
Hitung bukan sebarang hitung
Hitung falsafah penuh bererti

Wednesday, March 27, 2013

Rabu

Diam! Hari ni hari Rabu!

Saturday, March 23, 2013

Pantun Diri II


Kembang mawar merah berseri
Malang duri tajam sekali
Sempurna kita perasan diri
Orang menilai jauh sekali

Pantun Sifat Diri

Teratai layu enau berduri
Tumbuh berganti bunga teluki
Lihat orang lihatlah diri
Agar akur fitrah hakiki



Friday, March 22, 2013

Pantun Kawan



Merah bukan jingga pun bukan
Pilih-pilih jadi bidaan
Sahabat bukan musuh pun bukan
Agaknya hati dah ada perasaan

Thursday, March 21, 2013

Pantun berani II

Kalau besi biar kursani
Kalau intan biar berlian
Kalau mati biar berani
Jangan mengalah pada ujian

Tuesday, March 19, 2013

Pantun Berani



Ikan duri ikan ketutu
Dijoran oleh anak petani
Andai benar hatimu batu
Mengapa berjuang tidak berani


Monday, March 18, 2013

Pantun Usik-usik

Lari berkejar atas terendak
Terang malam bersinar bulan
Sibuk tidak kisah pun tidak
Sekadar berbahasa jalin kenalan


Kalau seribu bahasa terluah
Pasti terdetik secalit luka
Kalau rasa diri bertuah
Jangan melenting bila berduka