Saturday, September 10, 2011

Raya yg raw

Jadi...dh raya ke berapa ni?

Hahha....nk update citer raya biarlah lepas2 raya.

Baru layan

Wednesday, August 31, 2011

raya 2011

Sehari sebelum raya / malam raya

- Keje
- Balik PJ
- Balik Nilai

Raya pertama

- Solat raya di BBB
- Raya umah mak mertua Angah (blok bawah), balik PJ
- Balik rumah petang, tido
- Malam tgk Final Destination kat Alamanda

Thursday, August 25, 2011

Pantun Raya dari sifar ke infiniti


Cantik tersusun punjut pelita
Malam raya bersinar ceria
Salam dihulur maaf dipinta
Panjatkan syukur dikurnia bahagia


Anyam ketupat di hari Selasa
Senyum melebar tiada henti
Andai ada terkasar bahasa
Jangan disimpan di dalam hati


Enak rendang sedapnya rasa
Buat hidangan di Aidilfitri
Sabarlah hati memandu ke desa
Walau rindu tidak terperi

Wednesday, August 24, 2011

zakat fitrah

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
http://www.e-zakat.com.my/video/zakat-andazakat-fitrah-2/

sumber : laman web LZS

apa lagi nak dikata



duit ada dihabiskan
masa ada dibazirkan
tanggungjawab ada diabaikan
perasaan ada diketepikan
ilmu ada disia-siakan
bakat ada disalahgunakan
maruah ada digadaikan

Apa lagi nak dikata?

Monday, August 22, 2011

Pantun Panas Hati


Kompang dipalu berkali-kali
Gendang-gendut tali kecapi
Tenang-tenang air di kali
Mungkinkah ada naga berapi


Sunday, August 21, 2011

Thursday, August 18, 2011

We Don't Talk Anymore

Everyday is a wordless wednesday nowadays.

Sorry.



METALLICA di KL? Iye kerr...????

My alter ego

Tapi cam khabar angin jer.....

Monday, August 15, 2011

Zakat Fitrah Online via mobile dan Internet Banking

Wahhh...zakat fitrah online via mobile. Rasanya dah lama tapi aku jer yg baru pay attention. Anyway, servis ini amat mudah dan memudahkan. So uolss takde alasan utk terlupa atau lengah2kan bayar zakat. Shopping online boley...bayar zakat pun sure boley.

Aku tak sure utk negeri lain, tp untuk Selangor sila layari http://www.e-zakat.com.my/terkini/guna-sms-untuk-membayar-fitrah/.

Oh juga boleh juga gunakan internet banking. Mudah kan?