Wednesday, August 24, 2011
apa lagi nak dikata
duit ada dihabiskan
masa ada dibazirkan
tanggungjawab ada diabaikan
perasaan ada diketepikan
ilmu ada disia-siakan
bakat ada disalahgunakan
maruah ada digadaikan
Apa lagi nak dikata?
Monday, August 22, 2011
Pantun Panas Hati
Kompang dipalu berkali-kali
Gendang-gendut tali kecapi
Tenang-tenang air di kali
Mungkinkah ada naga berapi
Sunday, August 21, 2011
Thursday, August 18, 2011
Monday, August 15, 2011
Zakat Fitrah Online via mobile dan Internet Banking
Wahhh...zakat fitrah online via mobile. Rasanya dah lama tapi aku jer yg baru pay attention. Anyway, servis ini amat mudah dan memudahkan. So uolss takde alasan utk terlupa atau lengah2kan bayar zakat. Shopping online boley...bayar zakat pun sure boley.
Aku tak sure utk negeri lain, tp untuk Selangor sila layari http://www.e-zakat.com.my/terkini/guna-sms-untuk-membayar-fitrah/.
Oh juga boleh juga gunakan internet banking. Mudah kan?
Monday, August 8, 2011
info ramadhan
Aku tak rajin nak tulis banyak. Tapi boleh refer ke
http://wadefuk.blogspot.com/2011/08/prosedur-perubatan-ketika-berpuasa.html.
Ini bakal doktor bagus. Dia bagi info ni supaya takde yg ngelat puasa walaupun kene g klinik.
Motif? Sebab tadi aku g klinik. Kene cucuk sedas. Dr kata pil makan malam pas buka je. Skali cucuk leh tahan 4 jam. Ok lah kot.
http://wadefuk.blogspot.com/2011/08/prosedur-perubatan-ketika-berpuasa.html.
Ini bakal doktor bagus. Dia bagi info ni supaya takde yg ngelat puasa walaupun kene g klinik.
Motif? Sebab tadi aku g klinik. Kene cucuk sedas. Dr kata pil makan malam pas buka je. Skali cucuk leh tahan 4 jam. Ok lah kot.
Sunday, August 7, 2011
buka puasa
Pecah rekod tahun ini. Masuk hari ke-7 puasa, baru sehari saja ke bazar Ramadhan. Dan selebihnya masak dan makan di rumah, 1st day di umah umi dan 2nd di umah mak mertua. Bagus. Tp menyebabkan aku makan nasik dgn banyak. Sebab sendiri masak sendiri perasan sedap.
Cuma tak bagusnya, baru dpt sekali terawih. Ishhh tkleh jadi ni.
Cuma tak bagusnya, baru dpt sekali terawih. Ishhh tkleh jadi ni.
Wednesday, August 3, 2011
Geng Mengaji
Salam Ramadhan Kareem...
Selesai hari ke3 puasa. Blog lain mungkin cerita pasal menu berbuka. Tapi bagi aku la, sama je kot tiap2 tahun. Cuma kali ni, 1st day puasa kami buka kat umah umi. 2nd day di umah mak. Makan memang la tak ingat. Cuba kawal pengambilan nasi tapi nampaknya makin horror. Hahaha Gasaklah!
Memulakan minggu bulan Ogos ni, aku dah terjebak dgn hal yang bodoh. Yup mula2 seronok2 tetibe terlayan perasaan plak. Aku taklah beriya-iya tapi kadang2 benda2 yg lepas mmg berhantu sikit. Tp akhirnya aku berjaya gak merungkai kekusutan. Mujur tak terlajak jauh. Aku pun salah. Sebab dia mungkin perlukan orang yang "faham" dengan perangai dia. Shit! Rasa cam budak bangang baru akil baligh dpt couple. Hahaha. Gelakkan diri sendiri. Dalam perjalanan 10km, aku mungkin dah terlajak salah jalan 3.5 km kot. Seb baik nampak papantanda AWAS BAHAYA DI HADAPAN. Anyway, semua dah selesai. Kawan tetap kawan. Itu takkan berubah. Dan nampaknya dia pun faham. Noktah. Gila berderau aku. Tak tau bila nak berhenti dan patah balik. Asyik terlajak...terlajak...terlajak... Cukuplah 3.5 km ajer.
Anyway, hujung Julai selesai Program Kemasyarakatan Bersama Orang Asli Selangor. Tuhan bagi aku kerja yg sangat memerlukan tenaga dan fokus. Itu juga membantu aku agar tidak terus terlajak. Geleng kepala sudah.
Jadinya, Ramadhan aku aman. Doa sepanjang Ramadhan, syaitan diikat jauh dari aku. Seram sejuk. Sebab dengan dia ini memang aku kalah. Damn!
Biarlah rahmat Ramadhan berada di keliling aku dan En. Anuar.
Catatan agak emo di awal Ramadhan.
Hati aku pun ada taman...walaupun taman tu setakat taman permainan, bukan taman bunga.
Sila gelakkan aku. Hehehehe.
Tajuk takde kaitan.
Wednesday, July 27, 2011
salah sendiri - sajak versi ii
Masih terus buat salah
Jangan sesal kalau terjatuh lagi
Luka kalau berdarah...sakit
Tapi kalau parah...perit
Terima saja
Aku juga yang akan tanggung
akibatnya
Subscribe to:
Posts (Atom)

