Tuesday, June 7, 2011

Pantun Dagang Kelana



Sudah dipasang bubu dan lukah
Jangan kelah, belukang pun tak nampak
Dari jauh menghitung langkah
Hendak menagih beras secupak


Bukan toman bukan haruan
Rupanya serupa susah dipegang
Santun dipegang jadi panduan
Itulah syarat hidup berdagang

Nuffnang

Tetiba dpt emel dari Nuffnang...tiket wayang free. Hahaha walaupun sekadar terpilih secara random....tp 4 keping hokayyyyyyy utk any movies..


TQVM Nuffnang!

Monday, June 6, 2011

Pantun Sekolah Rendah


Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati


Pat pat siku lipat
Siapa cepat dia dapat


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan



Sekarang dalam sukatan pelajaran sekolah rendah ada lagi ke tentang Pantun?

Wednesday, June 1, 2011

Hantaran Pinkylicious Silver Bling-bling










Nama hantaran sukahati aku nk reka. Layan gambarr...........


Ooohh yerrrr...tak boleh tunjuk gambar penuh. Majlisnya belom lg.

GUA dot com


Last year...ade surprise masa besday gua. En. Anuar bikin pakatan dengan adik-beradik gua beli sate la hapa la...skali ngan mak pak gua skali komplot. Ala2 jadi gak la surprise tu. 1st time la gua ada surprise besday ni...hihihi...

Tahun ni...(to be exact malam ni), gua sorang. Layan citer Kongsi kat Astro First smpai muntah. En. Anuar sudah pegi Ipoh. Mak pak gua pegi umrah dari last week. Bos gua nikah kat Kelantan gua tak dapat join. Weekend ni sepupu gua nikah gua gerak sorang. Arrggghhhhhhhhhh.....


Baru gua tau. Gua ni manja sebenarnya. Hikhikhikhik...........

Hepi besday gua. Pastinya malam ni gua tido awal. Peluk bantal.

Wednesday, May 25, 2011

Pantun Cakap Temberang


Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri

* Pantun klasik. Sukatan pelajaran sekolah rendah. Sekarang ada lagi tak?

Kerbau terpalit lumpur berselut
Tengah bendang dihurung belalang
Manis berkata lembut di mulut
Pandainya temberang tutup tembelang


Indah taman bunga mengembang
Petik sejambak indah dikarang
Kotak-katik berbelit sembang
Leka tertipu di siang terang

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat




Semoga dipermudahkan semuanya. AMin.

Friday, May 20, 2011

Nur Kasih the movie



Ok...banyak lah blog yg wat review filem ni. kalau fokus baca setiap review tu, nescaya sampai ke tahap kita tak payah tgk wayang dah.


Aku nk tunggu kuar tv je. Astro First ker...raya ker...mana2 lah. Aku adalah org yg tak-tgk-muvie-kalau-dah-tgk-drama bersiri. Serupa juga filem Lagenda Budak Setan. Sebab aku dah baca novelnya, aku malas la nk tgk drama siri dan movie nya. Rasa cam basi (walaupun katanya garapan lebih bagus, cerita berbeza...bla..bla...bla...)





Dan kelmarin aku dah menjahanamkan Ops Bajet sebab telah tak sengaja(?) mendepositkan sebijik sunglasses Baby Phat dari PrincessVictoriaStylo. Dah lama minat dgn brand ni (ke sebab aku minat Kimora?) makanya disebabkan barang2 lain adalah amat lah mahal makanya aku rasa sunglasses ini berbaloi lah kot? Lagipun spek itam Levi's aku dah ntah mana ku letak. Tak jumpa dah (alasan?).

Hahahaha...buang masa lagi melayan handbag. Ngokkksss!

Wednesday, May 18, 2011

Pantun Panas Cuaca



Cantik manis wangi berbedak
Selempang bunga di atas bahu
Sayang hendak kasih pun hendak
Ajak bermanja kenapa tak mahu


Buah kerdas buah geduak
Nama lain tapi seregu
Panas cuaca hujan tak luak
Panas di hati terasa ragu

Tuesday, May 17, 2011

Pinky dooooo



2-3 hari ni aku bergelumang dengan warna pink. Cantik sebenarnya pink ni, tp disebabkan aku bukan pinky, so aku rasa cam adoyaiiiiii pink nyerrr....

Gambar penuh lom boleh tunjuk, sebab majlisnya belum lg. Ini pun hasil yg raw, belum diperhalusi lagi (waahhhhh....kelasss kan gitew). Anyway, semoga idea datang lagi dan lagi.