TQVM Nuffnang!
Tuesday, June 7, 2011
Nuffnang
Tetiba dpt emel dari Nuffnang...tiket wayang free. Hahaha walaupun sekadar terpilih secara random....tp 4 keping hokayyyyyyy utk any movies..
Monday, June 6, 2011
Pantun Sekolah Rendah
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Pat pat siku lipat
Siapa cepat dia dapat
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Sekarang dalam sukatan pelajaran sekolah rendah ada lagi ke tentang Pantun?
Wednesday, June 1, 2011
Hantaran Pinkylicious Silver Bling-bling
GUA dot com

Last year...ade surprise masa besday gua. En. Anuar bikin pakatan dengan adik-beradik gua beli sate la hapa la...skali ngan mak pak gua skali komplot. Ala2 jadi gak la surprise tu. 1st time la gua ada surprise besday ni...hihihi...
Tahun ni...(to be exact malam ni), gua sorang. Layan citer Kongsi kat Astro First smpai muntah. En. Anuar sudah pegi Ipoh. Mak pak gua pegi umrah dari last week. Bos gua nikah kat Kelantan gua tak dapat join. Weekend ni sepupu gua nikah gua gerak sorang. Arrggghhhhhhhhhh.....
Baru gua tau. Gua ni manja sebenarnya. Hikhikhikhik...........
Hepi besday gua. Pastinya malam ni gua tido awal. Peluk bantal.
Wednesday, May 25, 2011
Pantun Cakap Temberang
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri
* Pantun klasik. Sukatan pelajaran sekolah rendah. Sekarang ada lagi tak?
Kerbau terpalit lumpur berselut
Tengah bendang dihurung belalang
Manis berkata lembut di mulut
Pandainya temberang tutup tembelang
Indah taman bunga mengembang
Petik sejambak indah dikarang
Kotak-katik berbelit sembang
Leka tertipu di siang terang
Saturday, May 21, 2011
Friday, May 20, 2011
Nur Kasih the movie
Ok...banyak lah blog yg wat review filem ni. kalau fokus baca setiap review tu, nescaya sampai ke tahap kita tak payah tgk wayang dah.
Aku nk tunggu kuar tv je. Astro First ker...raya ker...mana2 lah. Aku adalah org yg tak-tgk-muvie-kalau-dah-tgk-drama bersiri. Serupa juga filem Lagenda Budak Setan. Sebab aku dah baca novelnya, aku malas la nk tgk drama siri dan movie nya. Rasa cam basi (walaupun katanya garapan lebih bagus, cerita berbeza...bla..bla...bla...)
Dan kelmarin aku dah menjahanamkan Ops Bajet sebab telah tak sengaja(?) mendepositkan sebijik sunglasses Baby Phat dari PrincessVictoriaStylo. Dah lama minat dgn brand ni (ke sebab aku minat Kimora?) makanya disebabkan barang2 lain adalah amat lah mahal makanya aku rasa sunglasses ini berbaloi lah kot? Lagipun spek itam Levi's aku dah ntah mana ku letak. Tak jumpa dah (alasan?).
Hahahaha...buang masa lagi melayan handbag. Ngokkksss!
Wednesday, May 18, 2011
Pantun Panas Cuaca
Cantik manis wangi berbedak
Selempang bunga di atas bahu
Sayang hendak kasih pun hendak
Ajak bermanja kenapa tak mahu
Buah kerdas buah geduak
Nama lain tapi seregu
Panas cuaca hujan tak luak
Panas di hati terasa ragu
Tuesday, May 17, 2011
Pinky dooooo

2-3 hari ni aku bergelumang dengan warna pink. Cantik sebenarnya pink ni, tp disebabkan aku bukan pinky, so aku rasa cam adoyaiiiiii pink nyerrr....
Gambar penuh lom boleh tunjuk, sebab majlisnya belum lg. Ini pun hasil yg raw, belum diperhalusi lagi (waahhhhh....kelasss kan gitew). Anyway, semoga idea datang lagi dan lagi.
Saturday, May 14, 2011
Lu langsi, lu mati! - Gua dah tengok
LU LANGSI, LU MATI!
Update
Ok...ceritanya so-so je. Tp budak2 /// pasni jgn nk hangin plak. Agak2 cam ade bahan diorg sket. Adnan Sempit agak stylo lah sebagai Tumulak. Cuma cakap Kelantan tak jd sgt. Fizo Omar jd polis cam tk brape nk kena. Yg best ialah co-star si Bobby dan juga special appreances otai2 kongsi gelap. Suka jugak pada Bront Palare sebagai Kempedu. Cuma tak setuju scene depan patung Buddha, tak sesuai sgt kot. Anyway...oklah kepada peminat Adnan Sempit. Belom level kongsi gelap Young and Dangerous lg. Baru sampai takat samseng Chow Kit.
Aku nk sambung wat hantaran. Silver + pink horror.
Bye
Update
Ok...ceritanya so-so je. Tp budak2 /// pasni jgn nk hangin plak. Agak2 cam ade bahan diorg sket. Adnan Sempit agak stylo lah sebagai Tumulak. Cuma cakap Kelantan tak jd sgt. Fizo Omar jd polis cam tk brape nk kena. Yg best ialah co-star si Bobby dan juga special appreances otai2 kongsi gelap. Suka jugak pada Bront Palare sebagai Kempedu. Cuma tak setuju scene depan patung Buddha, tak sesuai sgt kot. Anyway...oklah kepada peminat Adnan Sempit. Belom level kongsi gelap Young and Dangerous lg. Baru sampai takat samseng Chow Kit.
Aku nk sambung wat hantaran. Silver + pink horror.
Bye
Subscribe to:
Posts (Atom)













