Klik utk besarkan. Tgk di bulatan merah. Hampeh kan????? Blog ini tiada unsur pornooooo...tolong...tolong...
Friday, March 18, 2011
pantun keluarga

Celah mengkuang ada semalu
Ditebas orang di atas bagan
Adik kakak orangnya pemalu
Abang pula tak reti nak segan
Pokok ketapang tumbuh menunggul
Dipotong-potong dibuat papan
Sepakat muafakat perkara yang unggul
Bahagia keluarga aman kehidupan
Buah keranji di dalam raga
Dijual pak tani bersama petola
Bertikam lidah adat keluarga
Lepas sekejap berdamai semula
tentang apa
cacamarba,
famili,
kongsi sama-sama,
pantun
pantun jejaka perasan
Anak keli tepi telaga
Jadi umpanan anak haruan
Hamba tampan otak geliga
Adik menolak hati tak keruan
Batu serai berwarna merah
Disimpul ikat suasa indah
Adik ku sayang janganlah marah
Abang di sini setia tak sudah
Bunga melur haruman malam
Jadi igauan inang istana
Baru berjumpa hari semalam
Ingatkan abang tidur tak lena
(Bila baca pantun ini, sila bayangkan seorang lelaki yang perasan hensem dan konon2nya dialah lelaki yang paling baik dan hebat di mayapada ini). Hehehehe.......
Sekian.
Thursday, March 17, 2011
Christian Loubotin dan Piper Perabo (Annie Walker)
Teringat sembang-sembang kasut dengan Cik Raksasa Mini...antara kasut yg aku suka bangat ialah Jimmy Choo dan Christian Loubutin. Hahahaha gila banyak duit kalau dapat beli.
Kasut ini aku suka selepas tgk dlm Covert Affairs. Sangatttttttttttttttttt cantekssssssssssss kan?


Ya....dalam episod ini. Oh korang tau ini pompuan berlakon dalam Coyote Ugly? I loikkeeee itu filem.
Dan Jimmy Choo punya kasut buat aku nangesss......huhuhuhuhu...berjuraian airmata.
Tengok kat website ini. Lebih kureng macam gladiator Vincci yg aku beli ari tu. Sob..sob..sob..
Oh kalau la aku kaya cam Kimora.....(hahahahahahahahaha). RaksasaMini ko mesti gelakkan aku kan?
porno siottttttt
Tuesday, March 15, 2011
apa nak jadi
Tsunami Jepun



gambar adalah dari google.
Lembut angin menjadi kawan
Bila berang roboh semua
Tsunami jangan jadi gurauan
Orang bersedih kita ketawa
Jepun negara beribu batu
Sendai indah "City of Trees"
Marilah dunia bantu-membantu
Kiri sakit kanan terhiris
Tanabata pesta di musim panas
Pokok cahaya di musim salji
Ombak tsunami dah tentulah ganas
Janganlah cuba diuji-uji
Monday, March 14, 2011
SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA
Sekali lagi rajin try segmen Encik Ben. kalau nak join boleh la tengok entry beliau yerr... macam takde syarat jerr. Dah kawen cam aku leh join. Try aje la ek.

- LELAKI pilihan anda ?Bagusnya kalau boley pilih kan? Nak pilih yg pandai masak boleh?
- Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?Lelaki perlu SEKSI dan BERSIH. Ada gabungan itu baru betul. Lelaki SEKSI ialah Alex O'loughlin (tibe-tibe plak).
- LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?Entah...statement ni mcm citer zaman dulukala...Teruna bertikam-tikam nak dapat Dara. Haha
- Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?Kalau aku jawab SANGGUP orang percaya?
- Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?Dah pernah alami. So kalau jadi lagi...aku suruh kawen jer..(rujuk jawapan soklan 4).
- LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?Dua-dua sama jer sekarang. Gender equality kan?
- SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??Sama jawapan cam no. 6.
- Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?TIDAK
pantun ada kerja takde kerja
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Banyak sungguh awak mencadang
Tapi kerja asyik tak jadi
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Buat kerja saat terdesak
Kalau salah buat rayuan
Hendak ditampi padi seguni
Buat hantaran tuan puteri
Kalau tuan berdarah seni
Mengapalah keras bila menari?
pantun cari kerja
Buah keranji dibawa bekal
Makan bersama si anak raja
Kecil-kecil mestilah nakal
Tapi dah besar carilah kerja
Subscribe to:
Posts (Atom)



