Thursday, March 17, 2011

Christian Loubotin dan Piper Perabo (Annie Walker)

Teringat sembang-sembang kasut dengan Cik Raksasa Mini...antara kasut yg aku suka bangat ialah Jimmy Choo dan Christian Loubutin. Hahahaha gila banyak duit kalau dapat beli.

Kasut ini aku suka selepas tgk dlm Covert Affairs. Sangatttttttttttttttttt cantekssssssssssss kan?




Ya....dalam episod ini. Oh korang tau ini pompuan berlakon dalam Coyote Ugly? I loikkeeee itu filem.

Dan Jimmy Choo punya kasut buat aku nangesss......huhuhuhuhu...berjuraian airmata.




Tengok kat website ini. Lebih kureng macam gladiator Vincci yg aku beli ari tu. Sob..sob..sob..


Oh kalau la aku kaya cam Kimora.....(hahahahahahahahaha). RaksasaMini ko mesti gelakkan aku kan?

porno siottttttt


Aku gatal-gatal menganalisis akaun nuffnang yg tk brape nk ade duit tu. Tgk keywords ke ape ntah...ada ka yg wat perangai gini. citttt!!!!

Tuesday, March 15, 2011

apa nak jadi

Gagau ikan..pernah buat? Lokasi : Kg. Sama Gagah, Selinsing, Perak

Tanah Rata, Cameron Highland. Cari pasal merayap tgh malam. Sejuk giler.


Gambar paling poyo setakat ini.
Lokasi : Bharat Tea Plantation.
Fokus pada shawl lolipop gua. Pink giler kan?


Ini kategori entry mengarut. Best kan kalau selalu g holiday?

Ye...entry takde kaitan ngan tajuk. Sajer...........

Tsunami Jepun



gambar adalah dari google.

Lembut angin menjadi kawan
Bila berang roboh semua
Tsunami jangan jadi gurauan
Orang bersedih kita ketawa


Jepun negara beribu batu
Sendai indah "City of Trees"
Marilah dunia bantu-membantu
Kiri sakit kanan terhiris


Tanabata pesta di musim panas
Pokok cahaya di musim salji
Ombak tsunami dah tentulah ganas
Janganlah cuba diuji-uji

Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA

Sekali lagi rajin try segmen Encik Ben. kalau nak join boleh la tengok entry beliau yerr... macam takde syarat jerr. Dah kawen cam aku leh join. Try aje la ek.


  1. LELAKI pilihan anda ?
    Bagusnya kalau boley pilih kan? Nak pilih yg pandai masak boleh?
  2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
    Lelaki perlu SEKSI dan BERSIH. Ada gabungan itu baru betul. Lelaki SEKSI ialah Alex O'loughlin (tibe-tibe plak).
  3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
    Entah...statement ni mcm citer zaman dulukala...Teruna bertikam-tikam nak dapat Dara. Haha
  4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
    Kalau aku jawab SANGGUP orang percaya?
  5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
    Dah pernah alami. So kalau jadi lagi...aku suruh kawen jer..(rujuk jawapan soklan 4).
  6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
    Dua-dua sama jer sekarang. Gender equality kan?
  7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
    Sama jawapan cam no. 6.
  8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
    TIDAK

pantun ada kerja takde kerja


Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Banyak sungguh awak mencadang
Tapi kerja asyik tak jadi


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Buat kerja saat terdesak
Kalau salah buat rayuan


Hendak ditampi padi seguni
Buat hantaran tuan puteri
Kalau tuan berdarah seni
Mengapalah keras bila menari?

pantun cari kerja



Buah keranji dibawa bekal
Makan bersama si anak raja
Kecil-kecil mestilah nakal
Tapi dah besar carilah kerja

Friday, March 11, 2011

pantun senja jumaat





Sejuk sungguh angin di bukit
Bertiup lembut seluruh desa
Pening kepala hatiku sakit
Kalau tuan tak reti bahasa


Hiruk-pikuk Seri Menanti
Gendang dipalu buat amaran
Kalau diikut rasa di hati
Marah datang hati pun baran


Murah sungguh tuan berjual
Suka sungguh saya membeli
Bila berdepan tak henti berbual
Tapi di belakang perli-memerli

Tuesday, March 8, 2011

dua posennnnnnn....

Tercetus idea dari blog Tuan Al-Lavendari kisah dia dan tauke kedai, terkenang zaman kanak-kanak bila buat apa-apa keje pun nakkan upah. Buat keje = upah....upah = buat keje.

Korang selalu dapat upah aper ek?

Ingat citer ni???? Dua poseennnnnnn

Monday, March 7, 2011

Hattan


gambar ini kredit : penguin.com.my


Semalam (Ahad) aku tengok Melodi. Oh. Aku memang suka gossip-gossip. Citer artis kena tipu, atris menipu, artis perasan best, artis memang best, artis yg tak brape nk artis. semua la yg pasal artis. (sila baca dengan nada serong...wakakakakaka). Ah apekejadahnya!

Aku tgk Melodi sebab aku dah tak tau nk tgk apa. Astro ulang citer yg sama ajer. TV1 ngan TV2 lagi la aku tak layan. Lagipun sebelum Melodi aku tgk JJCM musim baru hosted by Qi. Best best best. Aku nk g Kurau Stone lah. Tak tau? Tu la saper suh tk tgk JJCM bajet ko tak kuat makan. Gelak gelak gelak....

Eh nak citer ape ar tadi? Oooo... Hattan. Aku minat gak Hattan ni. Ehhh...memang minat. Bukan minat gak. Lagu paling berhantu Dari Kekasih untuk Kekasih. Pastu Biso Bonar. Mahligai Syahdu apatah lagi. Rendang Tak Berbuah memang pergghhh...

Eh lupa lagi...nak citer ape td? Oooohhhhh... Hattan nak wat konsert solo kat IB. IB tu aper? Ikan Belanak?! Waklu! Istana Budaya la ngko! Jadi...harap2 leh pegi.

Errkkk....cita-cita nk tgk konsert ni, sesuai ke idak?

Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn................