Friday, February 25, 2011

PANTUN JUMAAT


Hendak disunting si anak dara
Bukan calang ayu jelita
Andai mahu pelbagai cara
Usah cepat berputus cita


Ikal mayang lembut berbelai
Putih melepak si tuan puteri
Andai ketawa mengilai-ngilai
Wajah yang cantik hilang seri


Kembang mekar si bunga cina
Celah-celah si pohon kopi
Manalah hilang anak teruna
Siang tiada malam pun sepi

Thursday, February 24, 2011

PANTUN KHAMIS


Wangi harum bunga melati
Dipetik dara buat kalungan
Tercucuk jarum di ulu hati
Lara terasa sepanjang kenangan


Kembang bulan di tengah purnama
Indah menyinar di taman puspa
Tuan ku kenal tanpa bernama
Wajah manis manakan ku lupa


Kalau dijinjing si bakul buluh
Isikan dengan tepung pelita
Sudah terang lagikan bersuluh
Hatiku kasih jiwaku cinta


Merdu dendang syair pujangga
Buat hiburan dayang senandung
Walau buruk ku sayang juga
Wajahmu usah bermuram mendung


Wednesday, February 23, 2011

PANTUN


Hendak dicuri tanah Melaka
Jauh letak tinggi arasnya
Kalau tuan bijak belaka
Mengapa pendek fikir akalnya


Buah nona di pohon kayu
Hendak dicapai buat penawar
Wajah cantik manis dan ayu
Tapi tak senyum alahai tawar


Indah nian hujung kuala
Angin sepoi jadi peneman
Kalau yang muda keras kepala
Yang tua jangan hilang pedoman

Wednesday, February 16, 2011

Ketidakadilan MAHA 2010


Tajuk giler gelabah. Takde maknanya aku poyo2 seru (?) orang supaya pegi MAHA tapi takdo gmbar. Cam palsu je kan? MAHA 2010 aku g Jumaat, Sabtu dan Sabtu (sblm abes). Giler gigih aku menapak ok.

Jumaat ialah 1st day dan hari bekerja. Balik keje terus ku redah bersama En. Anuar dalam gerimis. Rilek2 je sebab tak ramai org sangat.

Hari Sabtu esoknya aku redah lagi. Kali ni ngan Angah dan famili. Seakan-akan tourist guide aku rasa. Tapi masih lagi ok walaupun terpaksa menapak.


Hari Sabtu sekali lagi. dengan mak mertua aku plak. Itu baru tru punya gigih. Jalan ngan org tua umo 60 buat ko rasa cam "huh aku kena gagah"...hehehe sebab dia jalan cam okayyy jer.

Okay lah. Itu sedikit cerita ketidakadilan MAHA2010. Semoga MAHA2012 bertambah best.

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS

nak try la segmen from En. Ben ni.

1. Letak header blog En. Ben Shaari.

2. Letak tajuk entry SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS dan linkkan ke entry ini.

3. Tinggalkan url blog korang, bukan blog aku (ini pesanan dari En. Ben).

Sekian....join lahhhh..............

Tuesday, February 15, 2011

MARI MEMBACA HARIAN METRO HARI INI (15 FEBRUARI 2011)






Baca la sendiri. Muak plak rasanya.

APA ADA 2010










Macam-macam cerita sepanjang 2010 yang tak sempat diblogkan.

Arggghhhh...camno nak jadi blogger jutawan?

Monday, February 14, 2011

TAHNIAH UNTUK ENTRY VALENTINE ANDA

http://zaza96.blogspot.com/2011/02/kempen-ada-apa-dengan-14-15-febuari.html


Aku dapat link entry di atas dari blog tuan ini :


Di seluruh Selangor (tak silap saya atau mungkin juga di sekitar daerah Hulu Langat), tajuk ceramah Maulidur Rasul ialah "MAULIDUR RASUL vs VALENTINE". Tak caya cuba tengok banner ceramah/sambutan di tempat anda.

Tapi ada sedikit rasa kesedaran terutama melalui FB dan blogs tentang ketidakwajaran menyambut Valentine ini.

Yaaaa...seperti tuan entry al-lavendari, katanya...entry ini bukan untuk non-muslim ya.

Jadinya ujung tahun ini, brape kes buang bayi akan jadi pula yaaaaaaaaaaaaa???????


Jengok2 juga entry ini :



Tasik Chini

Cantik indah si Tasik Chini
Naga berlingkar di hujung titi
Panas teriknya cuaca di sini
Hendaknya sejuklah di dalam hati

Sunday, February 13, 2011

Hantaran hitam+putih+silver


Hantaran2 ni aku buat masa adik lelaki aku bertunang last year. Aku rasa kalau orang tua sure tak suka guna kombinasi warna ni. Hitam? Cam takut je nk try. Tapi bila dah buat ok gak. Nmpak unik sket.