Thursday, November 18, 2010

Kisah PD yg sudah BASI - Episod Deepavali di Port Dickson

Disebabkan sudah malas citer akibat dari kebasiannya, maka aku letak gambar dgn caption aje lah.


Hoel bajet yg terpilih. Hotel ini baru je siap setelah terbengkalai lama. Ok la. Dekat pantai.

Swimming pool nyer ok gak. Ade slide besar...dan paling penting boley mandi pakai tshirt. Oh aku tak excited sgt dgn pool, aku tak sabar dgn laut di blkg sana.





Elok2 lepas check-in, kuar mencari makanan okayyyy. Harus la lapar. Terjumpa stall ini. Lokasi dekat selekoh berhampiran Marina Hotel. Sangat sedap dan berbaloi. Highly recomended pada pencinta ayam (ikan pun ade) dan bajet travellers.



Ini pula malamnya. Mencari seafood. Restoran Ikan Bakar Mesra. Alaaa..cari je sepanjang jalan ke Telok Kemang tu. Restoran ni satu bangunan dgn Hotel Mesra (mesti nampak sebab bangunan ini agak besar). Oh ini baru first day ok. Hahahahaha. Ikan siakap bakar (heaven), udang black pepper (super heaven). Makan dgn nasik lemak.

Kami berdua mmg tak suka bwk baju banyak2 kalau g holiday dekat2 ni. So malam tu lepas dinner pegi terjah bundle ni. Sgt banyakk pilihan. Anda tk pakai bundle? Saya pakai. Lokasi dekat Petronas Pasar Malam PD.

Oh. Ini selingan. Bukan saya punya. Ini En. ANuar yg punya. Saya bawak ubat gigi ngan berus gigi saja. Sikat pun saya malas nak bawak.

Ini lokasi breakfast pagi terakhir (Ahad). Dalam banyak2 tempat, harus lah pulak aku makan kat Bangi Kopitiam. Ntah apa2 kan?

Banyak aktiviti lain lagi sebenarnya. Tapi aku tak kuasa nk amek gambar. Makan, mandi laut, BBQ, shopping (?). Ntah la. Ok la. PD tetap best.

Final Piala Malaysia yg lalu

Ye...Lama dah...Basi dahh...sajer aku nk wat hot. sebab aku bosan. Aku dah takde duit ni. Gaji lambat lg (motif?). Cepatlah gaji, campur bonus kaya sikit aku nnt. Mengarut sudaaaa...

Negeri Sembilan kalah. Kelantan menang. Tau kenapa? Nak tgk ni? Ni luar stadium je tau.




Best kan datang jauh-jauh pastu menang plak. Aku? Aku mmg org N9. Tapi aku tak kesah pun. Sebab pas game, aku kaya. Hahaha. Naper? Ntah malas citer la.


Sunday, November 14, 2010

NO BBQ at Telok Kemang, PD


Merujuk pado tajuk...diumumkan den baghu tau pasal hal ni rayo deepavali ari tuh. Laaa... yo ko? Alaaaahaiii..... nak sewo port kek dlm hotel byr RM150. Bapak la mahaaallllll.... Nak buek camno. Ngelak pembakaran terbuko gak eh.


Sekian.

Gubahan Bunga Meja Pengantin

Wahhhh tetibe tajuk rasa cam mak andam kan? Antara yg disiapkan untuk projek akan datang ialah goodie bag dan gubahan bunga meja pengantin. Bunga tu modal tak sampai Rm50 okeyyy. Aku telah bejaya meniru design simple itu dari kedai kat Nilai 3. Kalau beli siap RM50 tu ko dapek satu je tu. Aku dapek tigoo.......hahahahha. Tp ini adalah gigih dalam keadaan malas ok.


Tengah siap sedia nk tengok Hawaii Five-O nih. Hahahaha..excited gilo!

Misi Char Kuey Teow Gagal (updated)

Gagal mendapatkan char kuey teow. Tapi plan berubah. Pas zohor kuar g Nilai 3, tp singgah Bukit Mahkota makan kenduri dulu. Terus ke Nilai 3 tp takdok beli mende pon. Then sambung pula ke Nilai 1 @ Nilai Square. Jumpa ape yg dimahukan. Kain scallop warna turqouise utk meja pengantin. Dan singgah di Ice Room (wah dekat rumah ade ice Room di sini jugak mau try). Tak expect ape2 since aku dh tau eskremnya tak best. Order spagetti with cream soup, air apple juice asam boi (aku) dan black n white snow ice (ye ke?) + strawberry smoothies utk uda. Ok lah...setakat nk try kot. Tp tak tau la menu lain. Harga reasonable. Gambar malas nk upload dan staff agak friendly. Huhuhu.





Apple juice asam boi dan spageti cream soup @ Ice Room. Ok laaa...

Saturday, November 13, 2010

Char Kuey Teow

Kopi O bukan gambar sebenar. Kredit En. Gugle

Roti telor juga bukan gambar sebenar: Kredit kepada web ini.

Gambar sebenar

Pagi-pagi buta sudah bedal roti telo + kopi O panas. Ini malam mau cari char kuey teow sedap. Misi meracun En. Anuar pegi Uniqlo gagal. Takpe. Usaha tangga jaya. Esok masih ada.


Friday, November 12, 2010

LEVERAGE



Ini satu lagi siri yg boleh buat aku lipat kain sampai abes. tapi mlm kemarin Nate Ford kena tembak tu, matikah? Hehehe..suka tp aku tak folo betul2. Tapi seriyes best. Parker paling best!


Oh ye nape mesti berlaku situasi kaler merah itu? Sebab citer ni sejam, dan aku akan tgk sambil lipat kain.

Hahahaha.

Ke Pintu Kasihmu


Aku suka lagu ni sebab tajuknya. Dengan menggunakan "pintu" lagu ni jadi best. Anyway, kredit kpd penulis liriknya (maaf aku tak jumpa info).

Takziah kpd penyanyi ini - Shamrin Fotograf. Berita kematian beliau boleh baca di Harian Metro.


Entry yg akan di"update" - Lepak2 di rumah aku


Malam ini ialah malam ziarah oleh mak aku. Mak aku mmg suka melawat aku. Tak baik kan aku ni? Patutnya aku yg melawat mak aku. Apa2 pun nnt aku update. Sbb mak aku nk bawak mee bandung. Hermmmm...makan je kejenya. Best kan burger di atas itu????


Update : Sorry aku tipu lg. Tak sempat nk update. Gambar bnyk snap tp tak upload lg.

Friday, November 5, 2010

Hawaii Five-0 2010

Sangat teruja tunggu siri ini di AXN 14 November nnt..... babai Rookie Blue..tak bessshhhhh...............